KUCHING 13 Nov. – Polis masih berusaha mengesan individu yang bertanggungjawab dalam pembunuhan kejam kanak-kanak, Nurin Jazlin Jazimin, 8, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
‘‘Kes ini masih lagi dalam siasatan dan polis masih cuba mengesan penjenayah terbabit,” katanya ketika ditemui pemberita semasa melawat Pusat Latihan Polis (Pulapol) Puncak Borneo dekat sini, hari ini.
Nurin ditemui dalam keadaan menyayat hati dalam sebuah beg di Taman Petaling Utama, Petaling Jaya pada September lalu, selepas usaha mencarinya yang hilang selama empat minggu menemui jalan buntu.
Tidak lama selepas itu, gambar bedah siasat Nurin disebarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab melalui internet dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
Mengulas penyebaran gambar bedah siasat Nurin tersebut, Musa berkata, siasatan mengenainya telah selesai dan kes itu kini diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP).
0 comments:
Post a Comment