SEREMBAN 28 Okt. - Kerajaan dicadang menubuhkan jawatankuasa kabinet di peringkat kebangsaan dan negeri untuk menyusun semula institusi dan akta berkaitan
SEREMBAN 28 Okt. - Angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha tidak dapat melihat untuk kali terakhir wajah adiknya yang meninggal
KLANG 28 Okt. - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sukar mengawal kenaikan harga tepung pelbagai guna memandangkan
SEREMBAN 28 Okt. - Orang Melayu perlu mempunyai sifat “kiasu”, iaitu sentiasa mahu menjadi nombor satu atau yang terbaik dalam apa jua bidang yang mereka ceburi, kata pakar ekonomi dan cendekiawan negara, Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid di sini hari ini.
Beliau berkata, walaupun sifat “kiasu”, perkataan Hokkien yang bermakna
“terlalu takut untuk kalah” mempunyai kebaikan dan keburukannya, dan orang Melayu perlu mengambil aspek keberaniannya dalam berusaha mencapai kecemerlangan dalam kehidupan mereka.
Sifat “kiasu” itu adalah antara tujuh kebaikan yang perlu dimiliki orang Melayu untuk berjaya yang digariskannya pada Forum Khas Konvensyen Pertanian Kebangsaan 2007 yang bertemakan “Melayu Dalam Pertanian: Dulu, Kini dan Akan Datang” di sini hari ini.
Konvensyen dua hari mulai semalam, dianjurkan bersama oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Biro Pertanian UMNO Malaysia dan Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan.
Ia bertujuan mencetus kesedaran di kalangan anggota UMNO khususnya, mengenai pentingnya industri pertanian terhadap ekonomi orang Melayu.
Ungku Aziz berkata, orang Melayu juga perlu mempunyai sikap berani serta berani menanggung risiko, selain sifat “siddique” yang bermakna “berkata benar” serta beramanah, telus dan mempunyai sifat ingin tahu.
Beliau berkata, sebelum zaman penjajahan, orang Melayu terkenal sebagai pedagang di rantau ini berikutan keberanian mereka mengembara menjaja barangan dagangan di peringkat antarabangsa serta berani mengambil risiko.
Malangnya, dengan kedatangan British, orang Melayu telah ditindas dan minda serta pemikiran mereka dipengaruhi secara halus menyebabkan sehingga kini masih tidak mampu bangkit untuk mencapai kecemerlangan zaman Kesultanan Melayu, katanya.
Bagaimanapun beliau yakin orang Melayu, terutama yang terlibat dalam bidang usahawan akan menggubah sikap mereka secara automatik dengan lebih menitikberatkan ilmu dan sentiasa berusaha bagi memajukan diri kerana wujudnya sikap “ingin tahu” untuk membangun dan memperluas bidang yang mereka ceburi.
Terdahulu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucaptamanya pagi ini turut menyentuh mengenai pentingnya orang Melayu mempunyai sikap “kiasu”.
“Kita kena fikirkan, cari jalan dan kaedah, bagaimana kita boleh ubah minda dan fikiran orang Melayu terhadap diri mereka sendiri dan persekitarnnya supaya mereka boleh jadi kiasu, aktif, gila kerja, tak suka duduk diam, sungguh-sungguh, setia, bertanggungjawab, cinta serta sayangkan bangsa dan agamanya,” katanya.
Naib Presiden UMNO itu berkata: “Kita perlu membentuk satu pandangan hidup orang Melayu, memperbetulkan `world view’ mereka dengan cara yang baru dan konkrit, sistematik dan praktikal.”
Beliau yang tidak menafikan kerajinan orang Melayu bagaimanapun berkata, usaha perlu dilakukan bagi menjadikan mereka lebih rajin, serius dan bersungguh dalam kerjaya.
“Orang Melayu memang mahu jadi kaya, tapi mahu ambil jalan yang mudah dan cepat, takut mengambil risiko dan hanya melakukan pelaburan yang paling minimum.
“Mereka suka membina dunia fantasi, dibuai dengan membayangkan yang indah-indah dan seronok-seronok, tetapi hakikatnya mereka tidak serius dan bersungguh melakukan kerja dan tugasan,” katanya.
Muhyiddin berkata, akhirnya orang Melayu menjadi bangsa yang lemah, tidak berani, tidak agresif untuk mencapai kejayaan sehingga timbul cerita seperti `Angan-Angan Mat Jenin’, iaitu jenaka yang menghina bangsanya sendiri.
Beliau berkata, orang Melayu secara relatifnya masih rendah dari segi produktiviti, malah lebih rendah daripada pendatang tanpa izin walaupun mereka tidak ada kemahiran.
“Adakah ini akibat penjajahan yang begitu lama, hampir lebih 500 tahun menyebabkan minda orang Melayu beku dan statik bagaikan tanah yang tidak berbaja dan tidak ditimpa hujan sehingga tanah menjadi gersang dan me"layu”?" katanya.
- Bernama
Awang Harun Sun | Oct 28, 07 | 7:49:13 am MYT KUALA TERENGGANU, 28 Okt (Hrkh) - PAS menyifatkan 2010 orang
Azamin Amin Sun | Oct 28, 07 | 7:21:37 am MYT KUALA LUMPUR, 28 Okt (Hrkh) - "Naik, naik dan naik lagi!" begitulah
Tubuh koperasi agro -- Rintis para petani bina kilang tingkatkan nilai hasil pengeluaran – PM
Oleh: AINOL AMRIZ ISMAIL dan LAUPA JUNUS SEREMBAN 27 Okt. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahukan golongan petani di seluruh negara menubuhkan koperasi
BERKONGSI KESEDIHAN...Empat pelajar, dari kiri, Mohd. Farhan Supran, Muhammad Syahir Omar, Fairul
PETALING JAYA 27 Okt. – Adik kepada angkasawan pertama negara, Sheikh Mustafa Shukor Al Masrie, 32, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya
KUALA LUMPUR 27 Okt. – Tenaga Nasional Berhad berkata, syarikat utiliti itu tidak pernah memajukan sebarang permohonan kepada kerajaan untuk mengkaji
PM ajak petani kongsi niaga
Oleh Ahmad Naim Tahir, Saufi Hamzah dan Hussain Said SIMBOLIK: Abdullah
SITI Nadzirah mendukung anaknya, Arman Khan Fazal Azim di Islamabad, Pakistan, semalam. KUALA LUMPUR
Oleh: TARMIZI ABDUL RAHIM ABDULLAH Ahmad Badawi sambil diperhatikan Mohamad Hasan (kiri) dan Muhyiddin
SEREMBAN 27 Okt. – Penerokaan semula minda perlu bagi membawa anjakan baru yang lebih radikal dan revolusi dalam membina jati diri ekonomi yang lebih
IPOH 27 Okt. – Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bertitah, dasar dan pelaksanaan agenda pelajaran negara ini perlu meletakkan isu hubungan agama dan kaum
Polis siasat dakwaan Rekha
GEORGETOWN: Polis dalam proses menentukan kesahihan cerita Rekha Abdullah, 10, yang mendakwa diculik oleh seorang wanita sebelum dibawa ke sebuah flet
Oleh Nahar Tajri KUALA LUMPUR: Adik Angkasawan Negara, Sheikh Mustafa Shukor Al-Masrie Sheikh Mustapha, 32, yang
SEREMBAN: Sebuah syarikat tempatan, Distinct Agricultural Services Sdn Bhd berhasrat menjadikan ladang ternakan kambing Boer seluas 40.87 hektar di Serting
Oleh Ahmad Naim Tahir, Saufi Hamzah dan Hussain Said SEREMBAN: Orang Melayu khususnya yang terbabit dalam industri
Oleh M Hifzuddin Ikhsan KUCHING: Kanak-kanak lelaki yang menjadi mangsa tebusan bapa saudaranya selama 16 jam di
SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan mengarahkan pentadbiran Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim (SMHMY), Ulu Gadong, Rembau menyediakan laporan terperinci
’Jangan asing agama, kaum’
Oleh Mohd Feroz Abu Bakar IPOH: Malaysia sebagai negara yang mempunyai penduduk pelbagai agama dan kaum tidak wajar
MANILA: Akhbar utama dan kumpulan menentang Presiden Gloria Macapagal Arroyo semalam menyuarakan kemarahan berikutan keputusan beliau memohon maaf bekas
YANGON 27 Okt. – Junta Myanmar membebaskan 87 lagi penunjuk perasaan yang ditangkap dalam operasi untuk menghancurkan protes antikerajaan bulan lepas.
YANGON: Junta Myanmar membebaskan 87 lagi yang ditahan dalam tindakan tegas kerajaan termasuk lebih 50 ahli parti pembangkang, Liga Demokrasi Kebangsaan
TEHERAN 27 Okt. – Ketua perunding nuklear baru Iran, Saeed Jalili tidak mengendahkan sekatan terbaru Amerika Syarikat (AS) ke atas negaranya. Menurut
GARHI KHUDA BAKSH: Beribu-ribu penyokong menyambut ketibaan bekas Perdana Menteri Benazir Bhutto di kubu kuatnya di selatan Pakistan semalam yang menjadi
SAN DIEGO, California 27 Okt. – Pakar-pakar kesihatan mental dihantar ke selatan California untuk membantu mangsa-mangsa kebakaran yang bergelut dengan
Mangsa kebakaran trauma
Pasukan Palang Merah terpaksa hantar pakar mental ke CaliforniaSAN DIEGO: Pasukan Palang Merah Amerika terpaksa menghantar beratus-ratus pakar kesihatan
NEW YORK 27 Okt. – Seorang pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan amalan menukar tanaman sumber makanan menjadi sumber bahan bakar
ANKARA, Turki 27 Okt. – Ancaman kemungkinan berlakunya serangan besar- besaran ke atas pemberontak Kurdis di Utara Iraq menjadi semakin nyata hari ini
Ulat makanan di angkasa
JADI MAKANAN: Seorang pekerja Amerika Syarikat menunjukkan sejenis spesies
Gul 'pulas telinga' AS, Iraq
Oleh Azman Abdul Hamid Washington, Baghdad tunduk kehendak Ankara demi jaga imejPertikaian Turki dengan gerila
MUMBAI: Aktor popular Bollywood, Shah Rukh Khan, semalam disaman sebuah badan bukan kerajaan (NGO) kerana merokok di khalayak ramai ketika hadir dua
Tahanan Muslim saman Britain
Banduan dakwa pengurusan penjara hidang sandwic babi untuk buka puasaLONDON: Sekumpulan 16 tahanan Muslim yang ditempatkan di sebuah penjara dikawal
Ruqaya sertai All-Comers
KUALA LUMPUR – Pemenang pingat emas 200 meter Sukan Asia Doha 2006, Ruqaya Al Ghasara dari Bahrain yang mendedikasikan kemenangannya itu kepada semua
Oleh: SHARIZA ABDULLAH ALOR STAR – Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) memperuntukkan sebanyak RM6 juta bagi menampung keperluan skuad Liga Super, Piala
Oleh Johari Ibrahim BERBALOI bagi pasukan Kedah yang memenangi tiga piala dalam Liga Malaysia musim lalu apabila