Kawal jenayah rentas sempadan

TERLETAK di tengah-tengah ASEAN, Malaysia menjadi lokasi palingstrategik sama ada sebagai negara destinasi atau transit bagi aktivitipenyeludupan manusia.


Dimensi baru kerja amah
PERIBAHASA Melayu ada menyatakan bahawa 'ada padi masak, adalah pipit'.Dengan kemakmuran ekonomi dan kestabilan politik negara ini, puluhanribu warga asing datang ke Malaysia bertujuan untuk mencari rezekidalam pelbagai sektor pekerjaan. Pada tahun 2008, 9.7 peratus daripada10,889,500 tenaga buruh di Malaysia adalah warga asing.

Masa terbaik perkemaskan peraturan pembantu rumah
BANYAK yang melihat keputusan Indonesia untuk menghentikan sementarapenghantaran pembantu rumah ke Malaysia sebagai mengejutkan.

BISIK-BISIK
DATUKNik Abdul Aziz Nik Mat nampaknya berkeras mahu menghantar surat kepadaDatuk Seri Najib Tun Razak untuk mengajak berdebat.

Lima PM gagal pulih selatan Thailand
SERANGAN ke atas pos tentera di Narathiwat pada 4 Januari 2004merupakan pencetus gelora di selatan Thai. Sejak itu tiga wilayah Islamdi sana - Pattani, Narathiwat dan Yala - berdepan dengan keganasan.

Jackson tetap diingati sampai bila-bila
KETIKAIran sedang bergelut menghadapi pergolakan politik yang dianggapterbesar di negara itu sejak Revolusi Iran pada 1979 dan menepis segalakritikan Barat, dunia meratapi kematian seorang ikon industri muzik.

Rugi Melayu tolak perpaduan, 1Malaysia
KETIKApertama kali Datuk Seri Najib Tun Razak melontarkan idea tentangaspirasi 1Malaysia, pelbagai pihak dilihat cuba memberikan takrifan danandaian terbaik mereka mengenai istilah berkenaan.

Persimpangan dilema Melayu jadi perhitungan di Manek Urai
MANEK Urai hanyalah sebuah kampung di daerah Kuala Krai, Kelantantetapi dengan hampir seluruh 31,000 penduduknya orang Melayu, adasesuatu yang perlu diperhatikan tentang kampung ini dalam seminggu duayang akan datang.





Membina budaya pengurangan risiko bencana alam
FORUMGlobal untuk Pengurangan Risiko Bencana berlangsung di Geneva,Switzerland baru-baru ini dengan tema 'Melabur hari ini untukkeselamatan esok' dengan dihadiri kira-kira 2,000 peserta dari lebih300 negara dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada peringkat global.

Minda Pengarang: Kaedah perlu dicari elak kebergantungan kepada amah asing
KEMELUTmembabitkan pembantu rumah warga asing yang bekerja di negara inisemakin merumitkan dan memerlukan tindakan segera untukmenyelesaikannya. Bermula daripada isu pembantu rumah warga Indonesiayang mendakwa cedera didera majikan di Malaysia sehingga kepadatindakan kerajaan Indonesia melarang rakyatnya ke negara ini untukberkerja dalam sektor berkenaan � menarik perhatian semua. Senario yangada memperlihatkan negara semakin terikat dengan permasalahan ini danruang untuk mengatasinya semakin sempit berikutan kesukaran mendapatkanpembantu rumah warga tempatan bagi memenuhi permintaan yang tinggi.Sehingga kini ada 251,355 pembantu rumah dari 14 negara sumber sedangberkhidmat di negara ini dan 51.7 peratus adalah warga Indonesia.Tindakan kerajaan Indonesia menghalang warganya bekerja di Malaysia,tentunya memberi masalah besar kepada majikan tempatan yang memerlukanperkhidmatan berkenaan. Namun kesediaan kerajaan Filipina untukmembekalkan sehingga 60,000 pembantu rumah dari Mindanao, selatanFilipina mungkin dapat menyelesaikan masalah itu untuk sementara waktu.Kedatangan pembantu rumah Filipina mungkin dapat mengurangkan sedikitmasalah yang kita hadapi. Bagaimanapun, untuk jangka masa panjang, kitaperlu memikirkan kaedah terbaik untuk mengurangkan pergantungan ke ataspembantu rumah asing. Sekiranya gagal, kita bakal berdepan denganpelbagai masalah pada masa depan kerana untuk menggaji pembantu rumahsekarang, bukan murah kosnya, sedangkan perkhidmatan yang diberikanbelum mencapai tahap terbaik.

Keupayaan Measat-3a tingkat perkhidmatan ICT teruji 22 Julai
DRAli R Ebadi nyata gelisah hari itu. Laporan cuaca yang diterima � cuacaburuk, awan gelap � benar-benar membimbangkannya. Adakah usahanya kaliini akan 'gagal' sekali lagi?





Menjejak khazanah bernilai
Program Jejak Warisan Masjid memberikan ilmu dan pengalaman berharga buat peserta yang mengikuti acara ini.


Nilai estetika tiga masjid
Senibina Masjid India, Masjid Jamek Kuala Lumpur dan Masjid Jamek Kampung Baru mempunyai nilai estetika yang tinggi.
Kawal jenayah rentas sempadan


Anggota Polis Marin mengiringi bot yang cuba menyeludup warga Afghanistan keluar dari Malaysia untuk dibawa ke pangkalan polis marin Pelabuhan Klang.


TERLETAK di tengah-tengah ASEAN, Malaysia menjadi lokasi paling strategik sama ada sebagai negara destinasi atau transit bagi aktiviti penyeludupan manusia.

Kelemahan dari sudut kedudukan geografi itu memudahkan negara menghadapi kesan limpahan apabila berlakunya masalah ekonomi di negara jiran seperti yang dihadapi ketika ini.

Keamanan dalam negara juga menyebabkan Malaysia menjadi destinasi pilihan di kalangan penduduk dari negara-negara bergolak. Namun apa yang menjadi masalah utama ketika ini ialah apabila negara dijadikan transit untuk menyeludup manusia ke negara ketiga.

Daya tarikan Malaysia sebagai negara transit hakikatnya bukan kerana kelemahan kawalan dan penguatkuasaan oleh pihak keselamatan. Tetapi ia disebabkan oleh kedudukan Malaysia yang mempunyai sempadan laut dan darat yang terlalu luas.

Keadaan itu memudahkan aktiviti penyeludupan manusia terutamanya ke Jepun, Singapura, Kanada, Australia dan Amerika Syarikat (AS).

Sebelum ini, Malaysia pernah didakwa dijadikan negara transit kepada rakyat dari Timur Tengah, Afrika, Pakistan dan Bangladesh ke negara ketiga terutamanya Australia.

Isu ‘negara transit’ itu antara yang sering menjadi perhatian dan mempengaruhi hubungan diplomatik antara Malaysia dan Australia.

Selain Malaysia, negara jiran Indonesia juga berdepan masalah serupa dan sehingga beberapa kali menggoncang hubungan diplomatik negara itu dengan Australia.

Sebagai negara yang dituju, Malaysia pastinya sangat memahami kebimbangan Australia mengenai masalah ini.

Penyeludupan manusia tidak hanya melanggar hak sesebuah negara untuk melindungi sempadannya, tetapi turut menimbulkan masalah sosial, jenayah dan ekonomi di negara yang menjadi destinasi.

Kegagalan Malaysia bertindak dengan pantas melindungi negara daripada terus dijadikan transit juga dibimbangi akan meningkatkan kes-kes jenayah rentas sempadan.

Ia termasuk pergerakan kumpulan pengganas, penyeludupan senjata dan kayu balak, perdagangan manusia terutamanya wanita dan kanak-kanak untuk tujuan pelacuran dan banyak lagi.

Dimensi baru kerja amah


Trend keluarga Malaysia menggunakan khidmat pembantu rumah warga asing untuk mengurus kerja-kerja rumah. - gambar hiasan


PERIBAHASA Melayu ada menyatakan bahawa 'ada padi masak, adalah pipit'. Dengan kemakmuran ekonomi dan kestabilan politik negara ini, puluhan ribu warga asing datang ke Malaysia bertujuan untuk mencari rezeki dalam pelbagai sektor pekerjaan. Pada tahun 2008, 9.7 peratus daripada 10,889,500 tenaga buruh di Malaysia adalah warga asing.

Antara warga asing yang menjadikan Malaysia sebagai 'rumah kedua' demi memastikan survival ialah warga Indonesia. Dalam sektor pekerjaan pembantu rumah atau amah sahaja, setiap bulan sejumlah 3,000 pembantu rumah dihantar ke Malaysia melalui agensi pekerjaan. Sehingga kini terdapat 300,000 wanita Indonesia bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia.

Beribu-ribu warga Indonesia telah berjaya meningkatkan taraf hidup diri dan keluarga di kampung halaman hasil pekerjaan sebagai pembantu rumah di Malaysia. Namun, jarang sekali peranan dan sumbangan Malaysia dalam meningkatkan taraf ekonomi warga asing dihargai.

Suasana tersebut mungkin berakhir kerana kerajaan Indonesia mengambil keputusan mengarah agensi-agensi pekerjaan republik itu menghentikan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia berkuat kuasa serta-merta. Keputusan ini diambil atas alasan kerajaan Indonesia menerima banyak aduan pembantu rumah warga Indonesia didera majikan dan tidak dibayar gaji.

Keputusan tersebut dipercayai akan membawa lebih banyak masalah kepada Indonesia. Ini adalah kerana jumlah warga Indonesia yang mendaftarkan diri untuk ke Malaysia terus meningkat. Kadar pengangguran yang tinggi di Indonesia adalah salah satu punca yang menyebabkan ramai warga Indonesia berhijrah ke Malaysia.

Biarpun keputusan tersebut seolah-olah menidakkan segala faedah ekonomi yang selama ini dikecapi warga Indonesia di bumi Malaysia, keputusan tersebut perlu dilihat dari sudut positif. Atas semangat setiakawan kita merakamkan penghargaan kepada semua pembantu rumah Indonesia yang sekian lama menabur bakti di Malaysia.

Sama ada keputusan menghentikan penghantaran pembantu rumah Indonesia diteruskan atau ditarik balik bukan lagi persoalan besar. Kita perlu melihat tindakan kerajaan Indonesia sebagai peluang dan bukannya ancaman. Dengan kata lain, sudah sampai masanya kerajaan Malaysia meningkatkan daya tarikan kerja sebagai pembantu rumah untuk menarik minat rakyat tempatan.

Rancangan kerajaan untuk mencari pembantu rumah dari negara lain selain Indonesia seharusnya menjadi langkah jangka pendek untuk mengisi kekosongan. Kebanjiran warga asing diakui membantu negara mengatasi masalah kekurangan pekerja serta membantu mencapai kadar pertumbuhan ekonomi. Namun ia turut membawa beberapa masalah sosial yang rumit.

Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 10 Julai 2009, melaporkan bahawa kadar pengangguran di Malaysia dijangka meningkat pada tahun ini iaitu sebanyak 4.5 peratus berbanding tahun 2008 sebanyak 3.7 peratus. Untuk mengurangkan kadar pengangguran serta kebergantungan terhadap buruh asing, rakyat tempatan perlu bersikap tidak memilih pekerjaan.

Dengan mengambil kira masalah yang berkaitan dengan pembantu rumah asing yang tidak pernah reda, Kementerian Sumber Manusia disarankan agar mengambil tindakan-tindakan yang mampu menaikkan imej kerja sebagai pembantu rumah demi menarik minat rakyat tempatan.

Persepsi rakyat tempatan bahawa kerja sebagai pembantu rumah mempunyai status yang rendah dan tidak mempunyai masa depan perlu segera diubah. Ini boleh dilakukan jika kerja sebagai pembantu rumah distruktur semula menjadi kerjaya yang menarik.

Biarpun Kementerian Sumber Manusia belum mempunyai sebarang rancangan yang khusus bagi melatih rakyat tempatan menjadi pembantu rumah di negara sendiri, diharapkan ada pihak yang mampu mengerakkan inisiatif untuk 'memodenkan' kerja sebagai pembantu rumah.

Alasan bahawa wanita tempatan kurang berminat bekerja sebagai pembantu rumah biarpun ada kebenarannya, ia tidak boleh terus dijadikan alasan untuk bergantung kepada warga asing sebagai pembantu rumah. Persatuan Pembantu Rumah Asing Malaysia (PAPA) yang dianggotai oleh 350 agensi boleh mengorak langkah menyediakan kertas cadangan untuk pertimbangan pihak kerajaan.

Untuk menjadikan kerja sebagai pembantu rumah satu kerjaya, kita perlu bersedia untuk menawarkan latihan formal yang berkaitan serta mewujudkan kelulusan atau kelayakan asas. Kerajaan melalui institusi pengajian yang ada boleh merangka pengajian formal di bidang pengurusan rumah tangga sekurang-kurangnya di peringkat sijil.

Begitu juga dengan penggubalan skim-skim perkhidmatan sebagai pembantu rumah yang menarik, sistem ganjaran yang menarik, peluang kenaikan pangkat, pembangunan kerjaya serta mewujudkan imej yang lebih positif terhadap kerja sebagai pembantu rumah.

Perkataan 'pembantu rumah' itu sendiri perlu diubah agar lebih kontemporari sesuai dengan peredaran masa. Nama-nama seperti 'pembantu takbir rumah tangga', 'pegawai urusan keluarga' atau 'pengurus rumah tangga' bukan sahaja lebih digemari malahan memberikan imej yang lebih positif.

Ada pihak yang berpendapat adalah sukar untuk mengawasi sebarang peraturan yang berkaitan dengan penggunaan pembantu rumah memandangkan mereka bekerja dengan keluarga yang merupakan institusi tidak formal.

Ia adalah isu yang boleh diselesaikan. Kita perlu keluar daripada kebiasaan bahawa tugas pembantu rumah memerlukan mereka untuk tinggal bersama-sama dengan majikan. Tidak mustahil bagi pembantu rumah untuk bekerja mengikut waktu pejabat seperti juga kakitangan organisasi formal. Ini bermakna agensi pembantu rumah harus bertindak sebagai majikan kepada pembantu rumah.

Pembantu rumah sebagai kakitangan sepenuh masa kepada agensi perkhidmatan pembantu rumah, bertugas menyediakan perkhidmatan mengurus hal ehwal rumah tangga kepada pelanggan-pelanggan agensi berdasarkan spesifikasi tugas yang piawai.

Mereka juga seperti golongan pekerja yang lain, pergi ke pejabat (rumah pelanggan) di waktu pagi, mengurus rumah tangga berkenaan dan pulang di waktu petang.

Perkhidmatan-perkhidmatan sampingan yang memerlukan kerja lebih masa di sebelah malam atau hujung minggu adalah bergantung kepada permintaan tetapi ada hadnya. Ia akan memastikan sempadan tanggungjawab dan akauntabiliti yang lebih jelas di antara agensi pembantu rumah, pembantu rumah dan pelanggan mereka.

Jika pelanggan tidak berpuas hati, mereka boleh memohon untuk menukar pembantu rumah. Jika keadaan ini boleh diwujudkan, pembantu rumah juga akan kurang mengalami tekanan yang berpunca daripada bebanan tugas dan mempunyai masa rehat yang mencukupi.

Ia akan turut membawa kesan positif dari segi tanggungjawab ibu bapa terhadap keluarga. Tidak boleh dinafikan kebergantungan yang keterlaluan terhadap pembantu rumah boleh menimbulkan suasana rumah tangga yang 'huru-hara' apabila pembantu rumah berhenti, jatuh sakit atau lari.

Ibu bapa zaman moden perlu sedar, ada tugas yang perlu dilaksanakan oleh pembantu rumah dan ada tugas-tugas yang mereka sendiri perlu dilaksanakan. Akibat terlalu bergantung kepada pembantu rumah, tidak hairanlah baru-baru ini ada pihak yang tidak bersetuju agar pembantu rumah diberikan cuti sehari seminggu.

Dimensi baru kerja sebagai pembantu rumah seperti yang disarankan bukan sahaja mampu memperbaiki nasib pembantu-pembantu rumah secara keseluruhannya tetapi juga memelihara kepentingan pelanggan.

Agensi pembantu rumah tempatan juga akan menikmati perniagaan yang besar pasarannya dengan sistem pengurusan yang lebih berkesan. Rakyat tempatan akan lebih bersedia untuk menjadikan 'jawatan' pembantu rumah sebagai kerjaya. Ia sudah tentu akan membantu negara mencapai guna tenaga penuh, mengurangkan kebergantungan terhadap warga asing, mengurangkan masalah sosial dan jenayah yang dilakukan warga asing dan mengurangkan pengaliran keluar Ringgit Malaysia.

PENULIS ialah Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara Perlis

Masa terbaik perkemaskan peraturan pembantu rumah

BANYAK yang melihat keputusan Indonesia untuk menghentikan sementara penghantaran pembantu rumah ke Malaysia sebagai mengejutkan.

Tindakan drastik Indonesia yang dibuat ekoran beberapa kes terpencil melibatkan penderaan ke atas warganegaranya bagaimanapun perlu dilihat secara positif.

Paling penting kedua-dua negara Indonesia dan Malaysia tidak boleh terlalu emosional dalam menangani isu ini.

Langkah ini sudah pasti memberi kesan kepada sektor pembantu rumah negara yang kebergantungan kepada amah atau 'bibik' dari Indonesia sangat tinggi.

Kesan yang sama juga akan dirasai oleh rakyat Indonesia yang memasang impian untuk merantau mencari nafkah ke Malaysia - negara yang sudah membantu mengubah nasib hidup berjuta-juta rakyat Indonesia sejak berpuluh-puluh tahun lalu.

Jika direnung seketika, ada banyak hikmah tersembunyi di sebalik perkembangan ini.

Inilah waktu terbaik bagi kedua-dua negara untuk membuat kajian semula, mengemas kini serta menguat kuasa secara betul segala peraturan dan undang-undang berkaitan pembantu rumah sedia ada.

Selama ini banyak peraturan yang dikenakan tidak dipatuhi malah 'dicabuli' sewenang-wenangnya oleh ejen-ejen pekerja asing di kedua-dua buah negara.

Antaranya para pembantu rumah yang dihantar ke negara ini tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan daripada aspek umur, tahap pendidikan serta status kesihatan.

Bukan menjadi rahsia lagi kebanyakan pembantu rumah yang dihantar ke Malaysia adalah 'berkelas rendah' berbanding yang dihantar ke Singapura, Hong Kong, Taiwan atau negara-negara Timur Tengah.

Sesetengahnya pula tidak cukup umur minimum yang disyaratkan, buta huruf, tidak sihat atau berpenyakit yang jelas bertentangan dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh kedua-dua negara.

Sebahagian daripada mereka kononnya sudah diberi latihan dan menjalani kursus induksi, realitinya tidak sedemikian apabila mula bekerja.

Walaupun datang dari satu rumpun yang sama, bahasa masih lagi dan kerap kali menjadi tembok halangan komunikasi antara majikan dan pembantu rumah.

Maklumlah mereka datang daripada pelbagai latar belakang kehidupan di sebuah negara yang jumlah penduduknya melebihi 250 juta.

Pelbagai penipuan daripada aspek syarat-syarat penghantaran pembantu rumah Indonesia ini ternyata mendatangkan banyak masalah kepada majikan di Malaysia. Ini tidak termasuk isu pembantu rumah melarikan diri yang sudah cukup untuk membuat majikan Malaysia 'sakit jiwa.'

Justeru langkah Indonesia memberhentikan sementara penghantaran pembantu rumahnya ke Malaysia memberi ruang kepada kedua-dua negara untuk memperbaiki segala lompang dan kepincangan selama ini.

Dari satu sudut lain langkah pembekuan sementara ini membolehkan kerajaan Malaysia mengkaji dan mencari negara-negara sumber yang baru antaranya India, Sri Lanka, China, Thailand dan Nepal.

Pada masa yang sama Malaysia perlu bersedia untuk menghadapi 'kebanjiran' baru warga asing khususnya dari Indonesia yang cuba masuk secara haram ke negara ini.

Perlu diingat, tindakan Indonesia itu bukanlah sesuatu yang disenangi oleh kebanyakan mereka yang terlibat dalam 'industri' membekalkan pekerja asing di kedua-dua negara.

Dari sudut perniagaan, tindakan drastik ini walaupun hanya sementara memberi kesan yang besar kepada mereka.

Jika selama ini, aktiviti menyeludup masuk manusia untuk bekerja secara haram di Malaysia sudah berleluasa, bayangkanlah jika pemberhentian ini berpanjangan.

Rakyat Malaysia mungkin memerlukan pembantu rumah dari Indonesia tetapi pada masa yang sama juga jangan lupa, rakyat Indonesia juga sangat-sangat ingin mencari nafkah di sebuah negara jiran yang aman, mesra, pemurah dan berstatus 'lubuk emas' ini!
BISIK-BISIK

DATUK Nik Abdul Aziz Nik Mat nampaknya berkeras mahu menghantar surat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengajak berdebat.

Apakah motifnya setelah beliau secara lantang menentang gagasan kerajaan perpaduan yang ideanya dicetuskan sendiri oleh pimpinan Pas.

Bagi Awang, Nik Abdul Aziz perlu pandai membaca pendapat umum iaitu rata-rata sama ada di dalam UMNO mahupun cerdik pandai atas kapasiti berkecuali mendesak supaya UMNO tidak melayan pelawaannya kerana ia hanya membuang masa.

Lagipun, selaku orang yang dikaitkan sebagai Tok Guru, Nik Abdul Aziz sudah tentu lebih maklum bahawa dalam Islam perbincangan atau muzakarah lebih diutamakan daripada perdebatan terbuka.

Melihat kepada struktur gabungan parti-parti politik pembangkang sekarang, adalah lebih logik bagi Nik Abdul Aziz, selaku pemimpin Pas, berdebat dengan sekutunya terlebih dahulu iaitu DAP kerana Awang percaya terlalu banyak perbezaan ideologi antara Pas dan DAP. Antaranya perkara yang boleh ditumpukan ialah isu negara Islam.

Bagi Awang, Nik Abdul Aziz perlu bereskan terlebih dahulu perkara- perkara dalam pakatan pembangkang sebelum menyatakan minat untuk berdebat dengan pihak lain.

Awang – Cukup faham.
Lima PM gagal pulih selatan Thailand

Oleh WAN NORAZAH WAN CHIK
rencana@utusan.com.my

SERANGAN ke atas pos tentera di Narathiwat pada 4 Januari 2004 merupakan pencetus gelora di selatan Thai. Sejak itu tiga wilayah Islam di sana - Pattani, Narathiwat dan Yala - berdepan dengan keganasan.

Ia berlaku hampir setiap hari. Berita mengenai serangan terhadap penduduk, termasuk penjawat awam, bukan lagi sesuatu yang eksklusif. Penduduk di tiga wilayah itu sudah lali dengan pertumpahan darah.

Lima tahun sudah berlalu. Namun ketegangan di selatan masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk berakhir. Malah ia semakin semarak seiring putaran waktu.

Serangan ke atas Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan di daerah Cho-ai-rong, Narathiwat pada malam 8 Jun adalah bukti kemelut itu seakan tiada penghujungnya.

Malah insiden yang mengorbankan 11 penduduk termasuk imam selain turut mencederakan 19 yang lain itu didakwa sebagai "pencetus gelombang keganasan baru" di selatan Thai.

Penyerang berkenaan tidak dikenali. Kesemuanya memakai pakaian hitam serta bertopeng. Mereka memasuki masjid itu ketika jemaah menunaikan solat, serta melepaskan tembakan dengan raifal M-16 dan pump gun.

Identiti yang tidak dikenali itu menyebabkan semua pihak kini dibelenggu prasangka. Masing-masing menuduh satu sama lain.

Ramai yang mengaitkan peristiwa itu sebagai angkara pihak tentera. Penduduk mempunyai alasan untuk berasa curiga. Peristiwa berdarah di Masjid Kerisik, Pattani pada April 2004 dan di Tak Bai, Narathiwat pada Oktober tahun yang sama mempunyai cerita pahit mengenai kaitan tentera dengan keganasan. Luka penduduk belum pulih bila dikaitkan dengan kedua-dua tragedi berkenaan.

Sementara itu, ada yang menuding kepada kumpulan ekstremis Buddha malah kumpulan pemisah turut dikaitkan dengan insiden tersebut. Sejak serangan lima tahun lalu itu, cerita mengenai pelbagai kumpulan pemisah timbul kembali. Antara yang paling kerap dikaitkan ialah Pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani (PULO) yang pernah aktif sekitar 1970-an dan awal 1980-an.

Selain unsur tuduh-menuduh, setiap kali timbul serangan "besar-besaran" seperti itu, isu ekonomi dan sosial di selatan Thai turut diperdebatkan. Ia dikatakan sebagai punca yang menyebabkan kekacauan di tiga wilayah itu gagal dikekang.

Bagaimanapun yang pasti, isu sosioekonomi itu hanya kekal sebagai perdebatan. Belum ada sebarang langkah membanggakan yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah di ketiga-tiga wilayah miskin itu.

Ikrar mengenai usaha menaikkan taraf penduduk di tiga wilayah itu belum digerakkan untuk menjadikannya kenyataan. Ironinya perkara itu telah dijanjikan sejak tercetusnya gelombang keganasan, lima tahun lalu.

Bangkok mula melafazkan janji itu selepas insiden kekerasan tentera pada 28 April 2004. Ia melibatkan tragedi pembunuhan 108 penduduk Islam akibat serbuan tentera ke atas Masjid Kerisik. Bangkok dikecam hebat. Dan keluarlah pelbagai janji untuk memberi perhatian kepada masalah penduduk di selatan.

Belum pun sempat kepincangan itu diatasi, berlaku pula tragedi di Tak Bai, Narathiwat. Tunjuk perasaan pada Oktober tahun yang sama sekali lagi menyaksikan kekerasan pihak tentera. Hampir 90 penduduk Islam terbunuh. Dendam di hati penduduk terhadap pasukan tentera terus membara.

Rentetan peristiwa itu, Bangkok sekali lagi mengikrarkan janji. Perhatian lebih serius akan diberikan kepada isu selatan Thai. Seperti biasa, janji itu masih kekal sebagai janji sehingga kini - sehingga serbuan terbaru ke atas Masjid Al-Furqan.

Sebenarnya, sejak serangan 4 Januari 2004, Thailand telah bertukar lima Perdana Menteri. Ketika di awal tercetusnya konflik, ia di bawah era pentadbiran Thaksin Shinawatra.

Dua tragedi keganasan pihak keselamatan di selatan pada 2004 menyebabkan Bangkok terumbang-ambing. Pentadbiran Thaksin gagal di selatan. Natijahnya beliau digulingkan pada rampasan kuasa September 2006.

Junta tentera yang mengambil alih tampuk pemerintahan dan melantik Surayud Chulanont sebagai Perdana Menteri juga gagal di sana. Pilihan raya umum pertama selepas rampasan kuasa itu menyaksikan Samak Sundaravej dipilih sebagai Perdana Menteri baru. Namun konflik politik terus menghantui Bangkok. Akibatnya ia sekali lagi gagal memberi tumpuan kepada selatan. Kegagalan itu berterusan walaupun pentadbiran diambil alih oleh Somchai Wongsawat.

Kini pada era Abhisit Vejjajiva - sejak Disember lalu - tiada apa juga yang berlaku. Baru enam bulan berkuasa, Abhisit diuji dengan insiden di Masjid Al-Furqan.

Ketika ini pelbagai pihak memberi pendapat mengenai jalan penyelesaian konflik di selatan. Ramai yang berpendapat, ketiga-tiga wilayah itu akan tenang sekiranya Bangkok menunaikan janji memberi autonomi kepada penduduknya.

Selepas kegagalan memulihkan keadaan dalam tempoh lima tahun - di bawah lima Perdana Menteri - mungkin Bangkok perlu serius memikirkan isu berkenaan.

Lagipun Perlembagaan Thailand mempunyai peruntukan untuk memberikan hak autonomi kepada sesuatu wilayah. Ia merangkumi pelbagai bidang seperti pentadbiran, pendidikan, kewangan dan keselamatan.

Namun apa sahaja percaturannya, Bangkok seharusnya bersikap lebih serius terhadap isu di selatan. Ia bukan lagi sekadar masalah dalaman yang boleh dilayan sambil lewa.

Paling penting ia juga perlu bersikap lebih jujur dan telus kepada penduduk di wilayah majoriti Islam tersebut. Bangkok perlu menjadikan tragedi terbaru di daerah Cho-ai-rong itu sebagai pengajaran.
Jackson tetap diingati sampai bila-bila

Oleh MUSTAFA KAMAL BASRI
Luarnegara@tusan.com.my

KETIKA Iran sedang bergelut menghadapi pergolakan politik yang dianggap terbesar di negara itu sejak Revolusi Iran pada 1979 dan menepis segala kritikan Barat, dunia meratapi kematian seorang ikon industri muzik.

Kematian Raja Pop, Michael Jackson pada Khamis lepas lalu, akibat jantung tidak berfungsi memang mengejutkan.

Kematian Jackson berlaku tidak sampai sehari selang kematian Farrah Fawcett, 62, seorang lagi selebriti dan simbol seks Hollywood, yang meninggal dunia di sebuah hospital di Los Angeles pada kira-kira pukul 9.30 pagi (12.30 pagi waktu Malaysia), setelah berjuang selama tiga tahun menghadapi penyakit kanser usus.

Jackson, 50, yang turut dikenali sebagai Jacko meninggal dunia pada pukul 2.26 petang waktu tempatan (5.26 pagi Jumaat waktu Malaysia).

Jika Fawcett meninggalkan kenangan sedih di saat akhir kematiannya kerana hasratnya untuk mengahwini kekasihnya yang juga bintang Hollywood popular sekitar awal tahun 1980-an, Ryan O'Neal tidak tercapai, Jackson turut meninggal kenangan sedih tidak sempat mengadakan konsert terakhirnya sebanyak 50 siri mulai Julai ini di London, yang dirancang berbulan-bulan sebelum ini.

Jacko yang mengabdikan diri dalam dunia seni selama 46 tahun sejak berumur lima tahun ketika mula-mula menyertai Kumpulan ''The Jackson 5', yang ditubuhkan oleh abang-abangnya, sememangnya seorang ikon, bukan sahaja bagi muzik pop tetapi juga dalam industri hiburan yang digilai oleh berjuta-juta peminat dari seluruh dunia.

Sehubungan itu, tidak hairanlah sekiranya kematiannya benar-benar menggemparkan dunia seni, hatta di Malaysia.

Bagi sesetengah pihak, Jacko dianggap sebagai wira atas jasanya menjadikan muzik sebagai alat bagi menghapuskan perbezaan kaum terutama antara kulit putih dan kulit hitam di Amerika Syarikat (AS)

Hasratnya untuk menjadi bintang tertinggi akhirnya tercapai, walaupun sesetengah pihak menganggap Jackson hanya dapat menyamai kegemilangan mendiang Elvis Presly, yang juga bekas bapa mertuanya.

Kemuncak kejayaannya ialah pada tahun 1982 apabila album Thriller yang memuatkan lagu Billie Jean dan Beat It memenangi lapan anugerah Grammy dan muncul sebagai album terlaris sepanjang zaman.

Karier anak ketujuh daripada sembilan beradik, kelahiran Gary, Indiana itu dalam bidang seni seumpama mendaki gunung, bermula dari meniti di kaki bukit dan kemudian mencapai kemuncak kegemilangan sebelum di saat akhir hidupnya merudum dengan menempuh pelbagai ranjau dan duri termasuk didakwa mencabul kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun pada 1993.

Selain itu, Raja Pop itu turut mencetuskan kontroversi apabila membuat pembedahan plastik bagi menukar kulit dan wajahnya serta tentang laporan kononnya dia telah memeluk Islam.

Seperti selebriti Holloywood lain yang sering mencetuskan kontroversi, kematian mereka meninggalkan misteri tentang punca kematian mereka. Penyanyi yang terkenal dengan aksi 'Moonwalk' seolah-olah turut mengikuti jejak rakan-rakan selebriti Hollywood yang lain yang meninggalkan misteri tentang punca kematiannya.

Walau apa pun tanggapan orang ramai tentang Jackson - Raja Pop itu, dia akan diingati sampai bila-bila sebagai legenda dalam industri seni.
Rugi Melayu tolak perpaduan, 1Malaysia

oleh Feriz Omar
utusan.feriz@gmail.com

KETIKA pertama kali Datuk Seri Najib Tun Razak melontarkan idea tentang aspirasi 1Malaysia, pelbagai pihak dilihat cuba memberikan takrifan dan andaian terbaik mereka mengenai istilah berkenaan.

Bermula dari bual bicara pemimpin negara, ahli politik, ahli akademik dan professional hinggalah ke cakap-cakap kedai kopi, segenap lapisan masyarakat bagai tercari-cari apakah intipati sebenarnya di sebalik konsep 1Malaysia.

Dalam begitu banyak teori yang dikemukakan, yang paling menyakitkan hati ialah andaian tidak bertanggungjawab beberapa pihak tertentu yang cuba menyamakan konsep 1Malaysia dengan perjuangan 'Malaysian Malaysia' dokongan DAP. Memang sah ia adalah suatu tuduhan yang berniat jahat bertujuan untuk mencalar imej kerajaan Barisan Nasional (BN) di kalangan masyarakat Melayu!

Sabtu lepas, setelah pelancaran logo dan lagu 1Malaysia, nampaknya masih ada sebilangan kecil masyarakat Melayu yang salah faham, ragu-ragu atau kabur dengan makna kepada saranan perpaduan melalui aspirasi tersebut.

Salah tanggap dan kekaburan sebegini banyak dipengaruhi oleh sikap orang Melayu sendiri. Antaranya, sikap yang berkecenderungan untuk memperoleh maklumat dari sumber yang tidak betul seperti laman-laman blog yang dikendali oleh bloggers yang buta hati dan jiwa yang murni.

Bukankah media-media perdana dan laman-laman web kerajaan sudah pun memberi informasi tentang hal ini dengan cukup terperinci.

Sudah sampai masanya, masyarakat Melayu merujuk kepada media-media perdana dan jika perlu, media alternatif yang menganjurkan kupasan pemikiran yang 'bebas', matang lagi mementingkan keharmonian rakyat dan bukannya melayan hujah-hujah beremosi.

1Malaysia hanyalah satu 'aspirasi' yang dicetuskan untuk mencari persamaan dan mengelakkan perbezaan di kalangan rakyat Malaysia. Ia adalah asas pembentukan senario kehidupan yang harmoni dan memupuk semangat erat seiring dengan kehendak prinsip Rukun Negara.

Terdapat lapan penerapan nilai murni di bawah 1Malaysia iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.

Sewaktu pertama kali slogan '1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan' dilaungkan, Perdana Menteri sengaja mahukan seluruh rakyat Malaysia terlibat sama dalam menterjemahkan aspirasi tersebut.

Kita akui bahawa Wawasan 2020 sudah pun menjadi wawasan jangka masa pendek kerana ia bakal menemui kita beberapa tahun lagi. Malaysia hari ini perlukan suatu wawasan, visi dan misi baru yang berterusan.

Di atas kesedaran ini juga, rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama sepatutnya mula menunjukkan gerakan-gerakan positif untuk bersatu padu dalam menentukan wawasan visi dan misi negara yang baru.

Nampaknya bagi bangsa Melayu, keutamaan untuk mewujudkan perpaduan di kalangan bangsa dan agama sendiri bukan menjadi keutamaan. Sebaliknya, dalam isu Pas menolak usul perpaduan ummah UMNO-Pas yang kian memuncak, falsafah politik pula yang didahulukan sehingga meranapkan hak Melayu untuk menentukan hala tuju negara dalam menetapkan visi dan misi memajukan bangsa dan agama.

Begitu juga mengenai dakwaan yang mengatakan 1Malaysia bakal menindas nasib orang Melayu dan hak Bumiputera adalah tidak benar sama sekali.

Asas kepada dakwaan ini, konon-kononnya ialah tindakan kerajaan yang memansuhkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) sedangkan hal yang sebenar ialah fungsi MeCD sudah pun diserap sepenuhnya ke Jabatan Perdana Menteri bagi tujuan menambah kecekapan dan mengurangkan kerenah birokrasi.

Dasar afirmatif yang bersifat menolong kaum Bumiputera sebetulnya tidak pun disentuh, malah bakal dilaksanakan dengan lebih telus.

Konsep 1Malaysia yang 'sebenar' ternyata bertujuan baik demi keharmonian pelbagai ras dan keturunan di Malaysia. Melalui nilai murni 'Penerimaan', masyarakat Malaysia dituntut agar menerima perbezaan kaum dan agama.

Dalam hal ini, sudah tiba masanya perspektif perpaduan negara diubah berbanding sekadar bertoleransi sebelum ini. Sikap sebegini membuat kita maju setapak ke hadapan kepada rasa hormat dan saling menerima.

Justeru, 1Malaysia sepatutnya menjadi ruang di mana masyarakat Melayu melupakan agenda politik buat sementara dan berpadu demi menyokong agenda perpaduan nasional. Ambil iktibar daripada kaum Cina di Malaysia, yang mana sekalipun wujud beberapa entiti politik yang menjaga kepentingan orang Cina, badan-badan bukan kerajaan (NGO) seperti Dong Zhong dan Shiu Qiu sentiasa menjadi tempat kaum Cina menyatakan kesatuan pendapat mereka.

Orang Melayu sajalah yang nampaknya begitu berpecah bagaikan tiada langsung titik temu hingga kini. Inilah punca kepada komentar Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, yang begitu kecewa dengan kegagalan perpaduan Melayu Pas dan UMNO bersatu baru-baru ini.

Saya menyeru seluruh umat Melayu menyokong aspirasi 1Malaysia yang dibawa oleh Najib dan melupakan perbezaan yang ada buat seketika demi kepentingan negara. 1Malaysia hakikatnya adalah rangkuman kepada elemen fundamental yang cukup perlu bagi merealisasikan cita-cita Wawasan 2020.

Seperti golongan Yahudi yang menetapkan cita-cita 100 tahun untuk kembali dan menguasai Baitulmaqdis, hendaknya orang Islam di Malaysia juga tidak perlu ralat untuk bersatu hati, mengejar wawasan yang sudah sedia termaktub ini.

Ayuh, mari kita terjemahkan konsep perpaduan 1Malaysia dan tentukan misi dan visi negara!

FERIZ OMAR ialah Presiden Pertubuhan Profesional Melayu & Pewaris Bangsa (ProWaris)
Persimpangan dilema Melayu jadi perhitungan di Manek Urai

MANEK Urai hanyalah sebuah kampung di daerah Kuala Krai, Kelantan tetapi dengan hampir seluruh 31,000 penduduknya orang Melayu, ada sesuatu yang perlu diperhatikan tentang kampung ini dalam seminggu dua yang akan datang.

Statusnya sebagai salah sebuah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dan dengan jumlah pengundi seramai 12,292 yang memperlihatkan pengundi Melayu seramai 99.25 peratus, menjadikan Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai yang akan berlangsung pada 14 Julai nanti sebagai titik tolak kepada proses evolusi nilai budaya Melayu.

Di tangan para pengundi Manek Urai terletaknya pembentukan citra bangsa Melayu masa depan. Semua orang tahu bahawa kedudukan bangsa Melayu ketika ini amat goyah kerana sedang berhadapan dengan krisis identiti atas faktor dalaman mahupun akibat faktor luaran.

Semenjak sekian lama, terdapat orang Melayu yang hanya sibuk memperkaya diri sendiri dan kaum keluarga serta sahabat handai tanpa berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu bangsanya sendiri yang ketinggalan.

Akibatnya sebahagian orang Melayu memprotes keadaan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu. Kuasa politik yang selama ini menjadi tunjang pertahanan orang Melayu mulai goyah dan terhakis sedikit demi sedikit.

Demi kuasa, ada orang Melayu yang sudah tergamak membelakangkan simbol tradisi ketuanan Melayu dan sebaliknya lebih rela tunduk kepada kehendak orang lain. Baru sahaja digertak, sebahagian orang Melayu sudah menolak hasrat untuk bersatu, walaupun sebelum itu mereka sendiri yang mengacah-acah untuk mewujudkan perpaduan Melayu.

Ada orang Melayu yang sudah tergamak mengumpamakan saudara sebangsa dan seagama sebagai komunis, sosialis dan mengamalkan ajaran sesat, sedangkan pada masa yang sama saling bermesraan dengan rakan seperjuangan yang secara terang-terangan menolak Islam.

Ketika orang 'dewasa' Melayu asyik dengan sepak terajang politik, masalah remaja Melayu yang terlibat dengan dadah, lumba haram dan budaya hedonisme masih tidak selesai malahan semakin berleluasa.

Sedarkah orang Melayu bahawa ketika ini kita sedang leka bertandak mengikut rentak paluan gendang orang lain yang tidak jemu-jemu berusaha melelahkan kita?

Pengundi Manek Urai akan menjadi penentu citra yang menjadi pilihan orang Melayu untuk masa depan. Walaupun hanya pilihan raya kecil, pengundi Melayu di DUN ini akan memilih kumpulan pemimpin mana yang akan mewakili mereka.

Satu kumpulan pemimpin mewakili golongan orang Melayu yang sudah sedar dan bersedia mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian. Manakala satu golongan lagi nampaknya masih leka berpolitiking dan bermain retorik.

Satu kumpulan pemimpin Melayu sudah bersedia untuk berbincang tentang perpaduan Melayu, manakala satu kumpulan lagi menjadikan agenda perpaduan Melayu sekadar test market.

Satu kumpulan pemimpin sedang berusaha keras untuk mengembalikan keyakinan penyokong Melayu, manakala satu kumpulan sedang menagih simpati dan sokongan kaum lain dan rela memburuk-burukkan bangsa dan agama sendiri.

Satu kumpulan pemimpin sudah mulai turun padang untuk meninjau sendiri masalah rakyat, tetapi satu golongan lagi juga sudah turun malah hingga ke jalanan tetapi untuk berdemonstrasi.

Setiap tingkah itu ditontoni oleh orang Melayu. Pengundi Manek Urai akan menterjemah pendirian Melayu melalui kuasa satu undi apabila tiba masanya. Jika mereka memilih golongan pemimpin yang sudah sedar dan sudah bersedia membela nasib rakyat, bermakna mereka mahu mengekalkan status quo nilai Melayu yang dibudayai selama ini.

Sebaliknya, jika mereka memilih golongan pemimpin yang sudah berani membuang tongkat dan bersedia menjadi Malaysian, orang Melayu lain harus bersedia juga dari semua sudut supaya tidak lemas dalam arus persaingan membangunkan bangsa Malaysia itu nanti.

Justeru, para pengundi Melayu Manek Urai perlu berfikiran bijak dan rasional kerana undi mereka menjadi penentu kepada citra bangsa Melayu masa depan.

DR. SHARIFUDIN LUBIS
Universiti Putra Malaysia
Membina budaya pengurangan risiko bencana alam

Oleh Dr Ibrahim Komoo


TSUNAMI yang melanda kebanyakan negara Asia pada 2004 memberi iktibar kepada warga dunia mengenai kepentingan kesedaran terhadap risiko bencana alam.

Dasar pembangunan infrastruktur, komuniti terdidik paling berkesan hadapi kemungkinan tragedi

FORUM Global untuk Pengurangan Risiko Bencana berlangsung di Geneva, Switzerland baru-baru ini dengan tema 'Melabur hari ini untuk keselamatan esok' dengan dihadiri kira-kira 2,000 peserta dari lebih 300 negara dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada peringkat global.

Ramai Presiden, Naib Presiden, Menteri dan pegawai kanan kerajaan hadir dan menyampaikan ucapan dasar pada forum ini. Perwakilan Malaysia diketuai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong dan diselaraskan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Antara agensi kerajaan yang turut serta ialah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Jabatan Meteorologi Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran, Institut Penyelidikan Hidrolik Malaysia (NAHRIM) dan Institut Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI-UKM).

Forum yang dianjurkan setiap dua tahun sekali ini adalah pertemuan pemimpin peringkat global paling penting untuk membincangkan pelbagai isu dan cabaran yang sedang dihadapi dunia untuk mengurangkan risiko bencana alam. Perbincangan memberikan tumpuan kepada pencapaian negara dunia melaksanakan 'Kerangka Tindakan Hyogo' terutama dalam lima perkara berikut:

  • Cabaran untuk menyediakan peruntukan bagi pengurangan risiko bencana;

  • Pengurangan risiko dalam keadaan perubahan iklim;
  • Memperkukuhkan kepemimpinan komuniti melalui tindakan penghindaran bencana;

  • Kemudahan sekolah dan hospital yang selamat; dan

  • Pembinaan infrastruktur lebih baik selepas mengalami bencana.

    Bencana alam adalah cabaran paling genting yang sedang dihadapi sejumlah besar komuniti dunia. Tahun lalu saja, sekitar 236,000 orang terkorban membabitkan lebih 300 kejadian bencana, terutama akibat gempa bumi, banjir, ribut taufan dan tanah runtuh. Lebih 200 juta komuniti dunia terimpak secara terus daripada bencana ini dan dianggarkan kerosakan harta benda melebihi ratusan juta ringgit.

    Beberapa isu utama mendapat perhatian kebanyakan negara yang berdepan bencana alam besar ketika membincangkan isu 'pengurangan risiko bencana' iaitu:

  • Bagaimana untuk mengubah set minda kepemimpinan daripada respons terhadap bencana kepada proses penghindaran bencana;

  • Usaha untuk memperkasa komuniti terbabit secara aktif dalam proses pengurangan risiko bencana;

  • Meningkatkan kesedaran dan pendidikan masyarakat terhadap risiko bencana;

  • Mengurangkan kemiskinan, terutama di kalangan komuniti yang terdedah kepada risiko bencana; dan

  • Mewujudkan platform kebangsaan yang berkesan untuk mengurus bencana.

    Kebanyakan negara terpaksa berbelanja besar untuk bertindak balas terhadap bencana, terutama kerja menyelamat, pemindahan dan penempatan mangsa, membaik pulih infrastruktur yang musnah dan kerja susulan yang perlu untuk pemulihan perkhidmatan secara jangka panjang.

    Walaupun tindakan ini perlu dilakukan, banyak lagi usaha boleh diberikan kepada proses perancangan dan aktiviti penghindaran dan pengurangan risiko bencana. Dasar pembangunan infrastruktur dan komuniti kebanyakan negara masih belum mengintegrasikan aspek berkaitan pengurangan risiko bencana alam.

    Pengalaman lalu menunjukkan pendekatan paling berkesan untuk mengurangkan risiko bencana ialah apabila komuniti terbabit diperkasa. Mereka adalah golongan yang berdepan terus dengan risiko dan mempunyai komitmen untuk menyelamatkan nyawa dan harta benda paling tinggi.

    Oleh itu, semua proses perancangan dasar dan aktiviti penghindaran atau respon terhadap risiko bencana perlu membabitkan mereka. Komuniti yang sudah diperkasa adalah komponen pengurusan bencana paling berkesan untuk berdepan peristiwa bencana.

    Beberapa pengalaman pahit dihadapi warga dunia, umpamanya ketika bencana tsunami 2004 ialah kebanyakan mangsa tidak menyedari mereka berdepan bahaya. Ketika air laut surut secara luar biasa, tidak ramai mengetahui mereka sedang berdepan gelombang tsunami yang besar. Ramai yang tidak beredar dari pantai, malah ada yang masih turun ke laut untuk mengetahui keanehan peristiwa yang berlaku.

    Akibatnya, kebanyakan kematian berpunca daripada kurang kesedaran dan pendidikan mengenai risiko bencana. Kesedaran dan pendidikan awam mengenai bencana bukan saja penting ketika masyarakat berdepan bencana, malah ia permulaan kepada pembinaan 'budaya pengurangan risiko bencana' di kalangan komuniti yang berdepan bencana alam.

    Beberapa peserta pada forum global menyatakan dengan lantang bahawa 'kemiskinan itu bencana'. Mengapa tidak, sebahagian besar komuniti yang menjadi mangsa bencana ialah mereka yang miskin. Golongan miskin menghadapi kehidupan dengan serba kekurangan. Rumah tidak dibina dengan sempurna dan lazimnya di lokasi berisiko bencana yang tinggi.

    Keutamaan mereka lebih untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan dan pakaian, tanpa mengizinkan mereka memikirkan soal keselamatan. Akibatnya, apabila berlaku bencana, golongan ini yang paling terancam. Oleh itu, pengurangan kemiskinan adalah tindakan paling bijak untuk mengurangkan risiko bencana.

    Ramai peserta forum berpendapat cabaran genting untuk melaksanakan 'Kerangka Tindakan Hyogo' ialah ketiadaan atau kelemahan platform kebangsaan mengenai pengurusan bencana. Bencana adalah peristiwa yang merentasi sektor dan membabitkan semua pihak. Hampir semua sektor pembangunan dan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan terbabit secara terus dengan bencana.

    Oleh itu, sukar untuk mewujudkan agensi khas mengenai bencana yang dapat berfungsi dengan efektif. Dasar mengenai bencana alam dan perancangan holistik serta bersepadu diperlukan. Platform kebangsaan memerlukan kepemimpinan tertinggi pada peringkat kerajaan dan komitmen semua pihak berkepentingan yang mampu bergerak sebagai sebuah pasukan.

    Forum Global ini umumnya memberi tumpuan kepada negara atau rantau yang berdepan bencana alam yang serius. Apakah Malaysia berdepan dengan tahap bencana yang tinggi, sama dengan negara jiran seperti Indonesia atau Filipina?

    Malaysia sebenarnya bertuah kerana dilindungi daripada bencana alam yang besar seperti gempa bumi dan letupan gunung berapi. Bagaimanapun, kita masih berdepan bencana banjir dan pada tahap yang rendah, bencana tanah runtuh dan ribut taufan.

    Oleh itu, Malaysia seharusnya tidak menghadapi masalah untuk mewujudkan dasar bencana alam yang bersifat holistik sambil memberikan tumpuan kepada isu pengurangan risiko bencana. Majlis Keselamatan Negara mampu memperkukuhkan platform kebangsaan mengenai pengurusan bencana dengan menggembleng semua agensi pelaksana, institusi penyelidikan dan NGO yang mempunyai kepentingan untuk menangani isu bencana alam.

    Malaysia boleh menjadi negara contoh untuk melaksanakan 'Kerangka Tindakan Hyogo' secara berkesan, dan mampu menjadi pemimpin di rantau Asia Tenggara dalam menyahut cabaran warga global mengenai usaha pengurangan risiko bencana.

    Prof Datuk Dr Ibrahim Komoo ialah Pengarah SEADPRI-UKM
  • Minda Pengarang: Kaedah perlu dicari elak kebergantungan kepada amah asing

    KEMELUT membabitkan pembantu rumah warga asing yang bekerja di negara ini semakin merumitkan dan memerlukan tindakan segera untuk menyelesaikannya. Bermula daripada isu pembantu rumah warga Indonesia yang mendakwa cedera didera majikan di Malaysia sehingga kepada tindakan kerajaan Indonesia melarang rakyatnya ke negara ini untuk berkerja dalam sektor berkenaan � menarik perhatian semua. Senario yang ada memperlihatkan negara semakin terikat dengan permasalahan ini dan ruang untuk mengatasinya semakin sempit berikutan kesukaran mendapatkan pembantu rumah warga tempatan bagi memenuhi permintaan yang tinggi. Sehingga kini ada 251,355 pembantu rumah dari 14 negara sumber sedang berkhidmat di negara ini dan 51.7 peratus adalah warga Indonesia. Tindakan kerajaan Indonesia menghalang warganya bekerja di Malaysia, tentunya memberi masalah besar kepada majikan tempatan yang memerlukan perkhidmatan berkenaan. Namun kesediaan kerajaan Filipina untuk membekalkan sehingga 60,000 pembantu rumah dari Mindanao, selatan Filipina mungkin dapat menyelesaikan masalah itu untuk sementara waktu. Kedatangan pembantu rumah Filipina mungkin dapat mengurangkan sedikit masalah yang kita hadapi. Bagaimanapun, untuk jangka masa panjang, kita perlu memikirkan kaedah terbaik untuk mengurangkan pergantungan ke atas pembantu rumah asing. Sekiranya gagal, kita bakal berdepan dengan pelbagai masalah pada masa depan kerana untuk menggaji pembantu rumah sekarang, bukan murah kosnya, sedangkan perkhidmatan yang diberikan belum mencapai tahap terbaik.

    Berikutan pergantungan kepada pembantu asing, kita semakin terperangkap dengan 'tarik tali' yang dilakukan pihak luar. Walaupun pembantu rumah warga Filipina boleh menggantikan sebahagian rakan mereka dari Indonesia, ia tidak dapat menyelesaikan masalah, selagi wanita tempatan enggan menceburi bidang berkenaan. Selain bayaran gaji rendah, tahap pendidikan tinggi yang diterima gadis tempatan ternyata menyukarkan mereka untuk duduk diam melakukan kerja rumah yang penuh kongkongan berbanding kerja di sektor lain yang lebih menjaminkan masa depan. Sekiranya fenomena ini berterusan, tidak mustahil sektor perkhidmatan pembantu rumah akan terus bergantung kepada warga asing yang akhirnya membebankan majikan dengan pelbagai kos. Mungkin saranan yang sebelum ini diutarakan termasuk menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak di kawasan berhampiran tempat kerja boleh dipertimbangkan semula. Ini perlu bagi membolehkan ibu bapa menempatkan anak mereka di pusat jagaan berkenaan dan mengambilnya selepas waktu pejabat. Persoalannya, sanggupkah keluarga yang selama ini bergantung kepada pembantu rumah asing untuk melakukan semua kerja rumah, menjaga anak dan sebahagiannya memasak, mengambil alih tugas berkenaan selepas pulang ke rumah. Selagi penduduk negara ini tidak dapat mengubah sikap, kemelut membabitkan pembantu rumah asing ini akan berterusan, malah pihak luar akan terus bermain tarik tali bagi menguntungkan mereka. Bagi menangani masalah ini, semua pihak perlu segera berbincang bagi mencari langkah terbaik untuk mengurangkan kebergantungan negara terhadap pembantu rumah warga asing.
    Keupayaan Measat-3a tingkat perkhidmatan ICT teruji 22 Julai

    Oleh Salina Abdullah
    salina@bharian.com.my

    DR Ali R Ebadi nyata gelisah hari itu. Laporan cuaca yang diterima � cuaca buruk, awan gelap � benar-benar membimbangkannya. Adakah usahanya kali ini akan 'gagal' sekali lagi?

    Tahun lalu, usaha kerasnya tidak kesampaian. Walaupun bukan kerana masalah cuaca, tetapi disebabkan kerosakan teknikal, dia terpaksa menunggu hampir setahun untuk melihat hasil kerjanya membuahkan hasil.

    Kira-kira jam 5.50 pagi atau lebih tepat jam 5.52:29 pagi, 22 Jun 2009, Dr Ali sudah mampu tersenyum. Hasil kerjanya, satelit telekomunikasi keempat milik Measat Satellite Systems Sdn Bhd (Measat), berjaya dilancarkan dengan jayanya dan seperti yang dijadualkan, satelit itu memasuki ruang orbit selepas enam jam 25 minit ia dilancarkan.

    Kegembiraan Dr Ali dikongsi seluruh anggota pasukannya, termasuk Mohd Muzaini Mohammud, Penolong Jurutera Kanan Measat yang tiba dua minggu lebih awal di tapak pelancaran satelit di Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan, bagi memastikan segala persiapan berjalan lancar selain warga Measat serta rombongan delegasi Malaysia, yang menyaksikan detik bersejarah itu.

    Naib Presiden Kanan, Pembangunan Sistem Angkasa Measat itu terfikir untuk menangguhkan pelancaran satelit itu beberapa jam sebelum waktu yang ditetapkan gara-gara laporan cuaca buruk yang diterima.

    Awam hitam dan ribut taufan di laluan yang akan dilalui satelit itu pasti akan menggagalkan usaha menghantar satelit Measat-3a (M3a) ke orbit. Satelit yang dilancarkan di atas kenderaan pelancaran Zenit 3-SLB Landlaunch itu mungkin tidak mampu menempuh halangan yang ada atau satelit mungkin akan rosak.

    Mujur, pada jam 11 malam (waktu Baikonur) atau 1 pagi waktu Malaysia, kira-kira empat jam sebelum waktu pelancaran, cuaca berubah. Tiada lagi awan hitam, ribut taufan juga sudah berlalu. Lampu hijau diterima pasukan Dr Ali untuk meneruskan pelancaran berkenaan.

    Kira-kira enam jam 25 minit dari detik ia dilancarkan, satelit itu berjaya memasuki ruang orbit. Ketika artikel ini ditulis, M3a dikatakan berada di orbit pemindahan 91.4 longitud Timur. Di kedudukan ini, M3a akan menjalani pelbagai ujian. Ujian ini dijangka selesai dalam minggu ketiga Julai dan selepas itu akan berpindah ke orbit sasaran 91.5 longitud Timur, seiringan dengan satelit terdahulu milik Measat, Measat 3, di kedudukan 35.786 kilometer (km) dari bumi dengan kelajuan orbit 11,068km sejam.

    "Jika segala-galanya berjalan lancar, M3a akan mula berfungsi pada 22 Julai 2009 dan membolehkan Measat memberi perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta penyiaran dan televisyen berasaskan konsep Terus Ke Rumah (DTH), yang lebih berkesan kepada pengguna," kata Ketua Pegawai Operasi Measat, Paul Brown-Kenyon.

    Satu kenyataan yang mungkin terlalu 'besar' buat pengguna. Bahasa mudahnya, liputan telefon bimbit oleh syarikat telekomunikasi akan lebih meluas dan siaran satelit yang kini disediakan Astro akan dapat disaksikan dengan lebih selesa -tanpa gangguan ketika hujan.

    Ini yang dijanjikan Astro dengan pelancaran M3a. Syarikat itu berkata, masalah transmisi siaran Astro dijangka dapat dikurangkan sehingga 30 peratus apabila M3a mula berfungsi.

    Satelit seberat 2,417 kilogram (kg) itu dibangunkan Orbital Sciences Corp, Dulles, Amerika Syarikat, dengan kos AS$165 juta (RM577.5 juta). Ia direka bentuk untuk beroperasi seiring satelit komunikasi M-3 dengan tambahan 24 penerima isyarat (transponder) - 12 jalur KU dan 12 Jalur C kepada 48 penerima isyarat M3 sekali gus menyokong industri ICT yang semakin berkembang dan membangunkan industri penyiaran dan televisyen berasaskan konsep DTH.

    Sebagai pembekal perkhidmatan komunikasi satelit kepada syarikat peneraju penyiaran di Asia, platform DTH dan penyedia perkhidmatan telekomunikasi, pelaburan jangka panjang Measat bagi meningkatkan kapasiti satelit baru amat penting bagi memastikan syarikat terus mendapat sokongan daripada pembangunan industri ICT tempatan, pada masa yang sama mengukuhkan kedudukan dalam industri satelit antarabangsa.

    Kemudahan ini pastinya dinanti-nantikan pengguna. Namun, pengguna harus menunggu sehingga 22 Julai ini. Ketika ini, satelit itu sedang menjalani proses penyesuaian dan penyelarasan fungsi, dikendalikan oleh pasukan di Dulles, Amerika Syarikat dan pasukan teknikal serta jurutera tempatan di Cyberjaya.

    Beberapa jam sebelum penulis bertolak ke Lapangan Terbang Domodedovo, Moscow untuk pulang ke tanah air, Dr Ali menghampiri penulis dan memaklumkan satelit itu berada dalam keadaan baik.

    Harapannya, satelit itu dapat memasuki orbit sasarannya mengikut jadual dan berfungsi dengan baik. Begitu juga harapan kita semua sebagai pengguna.
    Menjejak khazanah bernilai

    Program Jejak Warisan Masjid memberikan ilmu dan pengalaman berharga buat peserta yang mengikuti acara ini.




    TARIKH 5 Mei lalu pasti meninggalkan kenangan paling manis buat negara. Ini berikutan kejayaan Kuala Lumpur dipilih sebagai Kota Kebudayaan Islam 2009 bagi rantau Asia oleh Pertubuhan Antarabangsa Pendidikan, Saintifik dan Budaya Islam (ISESCO).

    Pemilihan itu memberi satu pengiktirafan tertinggi yang diterima Malaysia. Ini kerana bukan mudah untuk melepasi syarat ketat yang ditetapkan dalam pemilihan tersebut.

    Kemampuan Kuala Lumpur mengatasi cabaran kota-kota lain di dunia dalam penonjolan budaya Islam membolehkan kejayaan berpihak kepadanya.

    Malah, Setiausaha Agung ISESCO, Dr. Abdul Aziz Othman Altwaijri berkata, antara faktor pemilihan itu termasuklah kerana Malaysia merupakan negara Islam contoh yang berjaya memaparkan tahap ketamadunan serta kebudayaan yang tinggi.

    Rentetan daripada pengiktirafan tersebut, Jabatan Warisan Negara (Warisan) di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah menganjurkan satu program Jejak Warisan Masjid yang diadakan pada 8 Jun lalu.


    MASJID Jamek Kampung Baru Kuala Lumpur.



    REKA BENTUK tingkap di Masjid India yang terletak di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.



    DEKORASI dalaman yang cantik di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

    Sebanyak tujuh buah masjid telah dijejaki dan dilawati oleh 300 peserta yang dibahagikan kepada dua kumpulan termasuk wakil media dalam usaha memperkenalkan dan memberi kesedaran terhadap kepentingan sesebuah masjid warisan yang harus dipelihara untuk generasi akan

    datang.

    Masjid yang dipilih ialah Masjid Negara, Masjid Jamek Kuala Lumpur, Masjid Jamek Kampung Baru, Masjid Jami'ul Ehsan, Masjid India, Masjid Asy-Syakirin KLCC dan Masjid Wilayah Persekutuan.




    SENTUHAN hiasan dinding turut ditampilkan dalam ruang solat di Masjid India, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.



    MASJID Wilayah Persekutuan menerima sentuhan gaya seni bina Safavid dari Timur Tengah.


    Menurut Timbalan Pesuruhjaya Warisan, Profesor Dr. A. Ghafar Ahmad, program itu bertujuan memberi peluang kepada golongan remaja dan belia mengetahui

    tentang sejarah dan maklumat mengenai sesebuah masjid.

    "Mereka bukan sahaja melihat masjid yang dilawati dari sudut fizikal semata-mata, tetapi juga mengimbau sejarah, fungsi dan keunikan senibinanya.


    PINTU kayu Masjid Jamiul Ehsan, Setapak, Kuala Lumpur.



    MASJID Wilayah Persekutuan yang dibina pada 1997 turut menerima sentuhan senibina moden.

    "Semua peserta dalam program ini telah diberi taklimat oleh pakar-pakar dalam bidang senibina dan sejarah sesebuah masjid. Selain itu, mereka turut diberi pendedahan mengenai peranan masjid dan perkembangan rumah ibadat umat Islam ini di Kuala Lumpur," ujar A. Ghafar ketika ditemui Kosmo! selepas tamat sesi Jejak Warisan Masjid yang berakhir di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.

    Tambahnya lagi, kesemua masjid yang dipilih mewakili zaman berbeza dari tahun 1920 hingga 1990-an. Ini jelasnya, bagi memperlihatkan kepelbagaian dan perkembangan reka bentuk sesebuah masjid daripada unsur tradisional dalam ragam hias sehingga menerapkan unsur moden dalam pembinaannya selepas era kemerdekaan.

    Turut serta dalam program tersebut ialah wakil dari Pertubuhan Arkitek Malaysia, Mariyah Pit dan A. Najib Ariffin serta Felo Penyelidik Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Dr. Asyaari Muhamad.

    Mariyah yang memberi taklimat untuk peserta Kumpulan 1 yang terdiri daripada golongan remaja dan pelajar sekolah berkata, secara keseluruhannya, struktur dan reka bentuk masjid yang ada di Malaysia mempunyai perbezaan yang tersendiri.

    "Dalam lawatan sehari untuk program ini, kita dapat melihat perbezaan senibina sesebuah masjid dengan masjid yang lain.

    "Ini menunjukkan pembinaan masjid tidak terhad pada reka bentuk tertentu, sebaliknya, ia bebas dan bergantung pada arkitek atau jurutera yang menghasilkan rekaan tersebut.

    "Contohnya, penggunaan kubah masjid. Ia bukan satu perkara wajib yang perlu ada untuk pembinaan sesebuah masjid. Walaupun ia dianggap penting satu ketika dahulu, namun kini ia tidak semestinya perlu dibina.

    "Pembinaan Masjid Negara, antara yang membuat pembaharuan dalam aspek penggunaan kubah. Ini kerana jurutera dan arkiteknya tidak menerapkan unsur kubah pada masjid tersebut.

    "Malah, secara peribadi, saya merasakan pembinaan Masjid Negara adalah yang paling efektif dalam aspek fungsi dan keberkesanan rekaannya," jelas Mariyah sambil menambah bahawa pembinaan Masjid Jamek Kuala Lumpur pula lebih kepada ciri-ciri Inggeris menerusi konsep pavilion yang direka untuk memperoleh peredaran udara yang baik.

    Reka bentuk dan penyeliaan Masjid Negara telah dilakukan oleh tiga arkitek dari Bahagian Reka Bentuk dan Penyelidikan, Jabatan Kerja Raya Persekutuan. Mereka ialah Datuk Baharuddin Kassim, Datuk Hisham AlBakri dan Howard Ashley dari United Kingdom. Mereka mengambil masa selama tiga tahun untuk menyiapkannya.

    Reka bentuknya sejajar dengan pembinaan bangunan zaman moden dengan senibina Islam masih dikekalkan. Rupa bentuk masjid ini terhasil daripada campuran corak keislaman dan moden serta bersulamkan senibina tempatan.

    Bentuk ukiran jerjak besi yang mengelilingi bangunan ini dan dom-dom kecil yang berada di sebelah atas beranda adalah berasaskan reka bentuk Sarasin, tetapi ia disesuaikan dengan rekaan moden.

    Sementara itu, Masjid Jami'ul Ehsan pula merupakan salah sebuah masjid tertua dalam sejarah di Kuala Lumpur. Masjid ini asalnya dibina daripada kayu dengan atap berbumbung piramid. Ia dipercayai didirikan di Kampung Puah, Setapak pada tahun 1879 atau lebih awal daripada itu.

    Pada tahun 1900 dan diketuai oleh Penghulu Datuk Sati, masjid itu ditempatkan semula di Lot 2772 yang terletak di belakang pasar Setapak. Ia kemudian sekali lagi dipindahkan ke tapak yang asal sekarang pada tahun 1920 dan masih mengekalkan struktur asli bangunan tersebut.

    Menariknya, pembinaan masjid asal Jami'ul Ehsan ini tidak menggunakan paku. Justeru, ia memudahkan penduduk untuk memindahkannya.

    Asyaari menjelaskan bahawa proses pemuliharaan telah dijalankan di kawasan masjid ini sejak 2006.

    Beliau yang menjalankan kerja-kerja arkeologi dalam projek pemuliharaan di masjid warisan ini berkata, sepanjang proses tersebut, banyak artifak-artifak lama ditemui di sekitar kawasan masjid tersebut.

    "Antaranya termasuklah penemuan kayu pemukul beduk dan batu nisan yang dipercayai berusia ratusan tahun serta pecahan porselin dan seramik Eropah lama yang tertanam di masjid ini.

    "Barangan ini diyakini berasal dari Belanda. Ini kerana corak dan motif yang digunakan pada barangan porselin itu mirip kepada gaya Belanda. Ia kemudian telah disahkan oleh pakar bidang berkenaan setelah kami menghantar barang penemuan tersebut kepada mereka," jelas Asyaari sambil menambah terdapat banyak nilai sejarah yang perlu dipertahankan di Masjid Jami'ul Ehsan ini.

    Beralih kepada senibina moden, Masjid Wilayah Persekutuan adalah jawapan dalam program Jejak Warisan ini. Dengan keluasan 47,000 meter persegi, ia dibina pada 1997 dan dibuka secara rasmi pada 25 Oktober 2000 oleh Yang Dipertuan Agong ketika itu, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalulail.

    Sebagai salah sebuah masjid utama di Kuala Lumpur, masjid ini terletak di tapak bersebelahan dengan Kompleks Pejabat Kerajaan di Jalan Duta. Masjid ini diuruskan oleh Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) dan boleh memuatkan seramai 17,000 jemaah dalam satu-satu masa.

    Hampir keseluruhan kawasan masjid ini dikelilingi elemen air dalam kolam yang memantulkan imej menarik apabila disinari cahaya mentari. Dewan solat utamanya terletak di tingkat tiga dan empat. Masjid ini turut dilengkapi dengan kemudahan lif, tangga dan eskalator untuk memudahkan jemaah menuju ke dewan solat.

    Faktor menarik mengenai masjid ini adalah percampuran antara gaya seni bina Safavid dari Timur Tengah pada reka bentuk keseluruhan, tetapi menggunakan pengaruh gaya Uthmaniyyah pada sebahagian kubah kecil yang menyokong kubah utama.

    Di samping itu, dua buah menara yang ada di masjid ini, dipengaruhi elemen binaan gaya Mesir dengan corak tajam di mercu atau puncak menara dan ia diperindahkan dengan seni halus tradisional Melayu terutama pada seni hiasan dalaman.

    Menggunakan 22 buah kubah secara keseluruhannya, pembinaan masjid empat tingkat ini mencecah kos sebanyak RM255 juta dan merupakan masjid ke-44 yang dibina oleh kerajaan di Kuala Lumpur.


    MASJID Jami'ul Ehsan di Setapak merupakan salah sebuah masjid tertua dalam sejarah pembangunan Kuala Lumpur.


    Apa yang pasti, pembinaan masjid sebegini membuktikan kemampuan umat Islam dalam mengangkat ketinggian dan kesucian sesebuah masjid yang menjadi tempat untuk mereka beribadat dan mengabdikan diri pada Ilahi.

    Selain itu, ia juga menunjukkan bahawa kemajuan yang dicapai dalam aspek senibina dan penyatuan antara unsur tradisional serta moden berjaya diaplikasikan dengan cara terbaik dan seimbang tanpa sebarang kecacatan.

    Nilai estetika tiga masjid

    Senibina Masjid India, Masjid Jamek Kuala Lumpur dan Masjid Jamek Kampung Baru mempunyai nilai estetika yang tinggi.


    MASJID Jamek Kampung Baru dibina hasil kerjasama penduduk kampung.



    MASJID India mula dibina pada 1863 oleh pendatang India Muslim.


    SETIAP masjid yang dibina pasti mempunyai keistimewaan yang sukar ditandingi. Jika bukan pada reka bentuknya, nilai keistimewaan tersebut mungkin boleh didapati daripada fungsi masjid itu sendiri.

    Ungkapan di atas mungkin sesuai ditujukan kepada tiga buah masjid yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur iaitu Masjid Jamek Kuala Lumpur, Masjid Jamek Kampung Baru dan Masjid India.

    Ketiga-tiga masjid tersebut diakui mempunyai nilai estetika yang tinggi dan ia perlu dipertahankan sebagai warisan berharga demi generasi akan datang.

    Masjid Jamek Kampung Baru contohnya, merupakan masjid yang dibina hasil kerjasama penduduk yang mahukan rumah ibadat didirikan di kawasan itu.

    Sejarahnya bermula apabila seorang pedagang Melayu, Bachik Abdullah bersetuju menyumbangkan sebidang tanah seluas empat lot untuk tujuan tersebut pada tahun 1880-an.

    Beliau yang berasal dari Melaka dan mempunyai sebuah rumah di Jalan Melayu, terkenal sebagai ketua orang Melayu Kampung Ujong Pasir yang dermawan.

    Tanah sumbangan Bachik itu kemudiannya diwakafkan kepada Lembaga Pentadbir Kampung Baru pada akhir 1920-an bagi tujuan pembangunan sebuah masjid.

    "Pada awalnya, pembinaannya berbentuk seperti sebuah balai dan ia sekadar memenuhi keperluan penduduk untuk menunaikan solat. Lantainya diperbuat daripada kayu manakala tiangnya pula daripada batang pokok nibung. Ia kemudiannya ditukar menjadi surau.

    "Kawasan ini juga dijadikan tanah perkuburan untuk penduduk Kampung Baru ketika itu. Setakat hari ini, bangunan asal masjid itu telah diruntuhkan sebanyak tiga kali.

    "Masjid yang lebih menyerupai senibina rumah Melayu Melaka ini telah diganti dengan bangunan baru melalui kutipan derma daripada setiap penduduk kampung iaitu sebanyak RM60. Sehingga tahun 1955, jumlah kutipan yang dibuat dengan cara itu berjaya mengumpulkan sebanyak RM30,000.

    "Memandangkan proses kutipan tersebut dilihat agak perlahan, maka satu jawatankuasa ditubuhkan bagi mempercepatkan kempen mengutip derma. Akhirnya jawatankuasa tersebut berjaya mengumpul sebanyak RM214,000 yang mana RM90,000 daripadanya merupakan sumbangan kerajaan Selangor dan bakinya hasil derma dan tabungan masjid," jelas Setiausaha Jawatankuasa Masjid Jamek Kampung Baru, Mohdin Ali.

    Berbanding Masjid Jamek Kampung Baru yang mencatat sejarah tersendiri dalam pembinaannya, Masjid Jamek Kuala Lumpur pula kaya dengan nilai warisan yang tinggi.

    Juga dikenali sebagai Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, ia merupakan salah sebuah di antara masjid tertua di Kuala Lumpur yang dibina pada 1897 oleh para pedagang Islam yang berasal dari India.


    PENGGUNAAN warna belang merah dan putih di dinding batu sama seperti masjid jamek di Cordoba, Sepanyol.


    Ketinggian nilai masjid ini bukan sahaja disebabkan pada senibina yang menarik, tetapi juga lokasinya yang terletak di tapak bersejarah iaitu di pertemuan Sungai Klang dan Sungai Gombak.

    Ia berfungsi sebagai masjid utama di kota ini sehinggalah Masjid Negara siap dibina pada tahun 1965. Reka bentuk masjid ini mengikut tata rajah tradisional India Utara dengan dewan solat terbuka ke arah laman tertutup atau sahn.

    Masjid ini diapit dengan dua menara utama dan beberapa buah menara kecil. Kubah bebawang pada puncak menara dan dewan solat pula, menyerupai senibina Mughal.

    Penggunaan warna belang merah dan putih di dinding batu sama seperti masjid jamek di Cordoba, Sepanyol yang membentuk dinding luar masjid. Selain itu, ia kelihatan begitu unik dan tampak berbeza menerusi kewujudan gerbang bertiang yang diperincikan dengan selang jalur batu-bata, plaster dan marmar.

    Pembinaannya diselia oleh Pemangku Arkitek Kuala Lumpur, A.B. Hubbock, yang sebelum ini bertugas di Jabatan Kerja Awam di India.

    Sementara itu, bagi Masjid India pula, ia turut mempunyai cerita tersendiri yang menarik untuk dikongsi kepada umum.

    Menurut Pengerusi Masjid India, A.V.M Haja, ia mula dibina pada tahun 1863 oleh komuniti pendatang India Muslim yang menjalankan perniagaan dan menetap di sekitar Batu Road atau kini dikenali sebagai Jalan Tuanku Abdul Rahman.

    "Ia dibina menggunakan struktur papan dan atap kayu mengikut gaya senibina Melayu. Ketika itu, tiada kemudahan air paip di dalam masjid. Kebanyakan jemaah akan mengambil wuduk di Sungai Klang.

    "Bagi menampung jumlah jemaah India Muslim dan lain-lain pekerja, beberapa pengubahsuaian telah dilakukan di masjid ini pada tahun 1900, 1939 dan 1962," jelas Haja ketika ditemui Kosmo!.

    Pengubahsuaian besar-besaran telah dilakukan pada 1962 dengan dana yang dinaungi oleh Sultan Selangor, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Pada 29 Jun 1964, bangunan Masjid India setinggi tiga tingkat ini siap dibina. - KHADIJAH MOHAMAD NOR