KUALA LUMPUR 13 Nov. – Siti Salmah Jasni, 18, yang menjalani pembedahan pemindahan jantung dan paru-paru serentak 2 November lalu hari ini dilaporkan bertambah kritikal dengan tekanan darahnya juga menjadi semakin rendah.
Justeru bapanya, Jasni Zainal, 52, berharap agar masyarakat umum terus mendoakan agar Siti Salmah mempunyai harapan untuk pulih.
Utusan Malaysia difahamkan, keadaan itu sebenarnya sudah terjadi sejak dua hari lalu dan tahap kesihatannya tidak banyak berubah sejak dia berada di unit rawatan rapi (ICU) Institut Jantung Negara (IJN).
“Keadaannya minggu ini agak kritikal. Tekanan darahnya semakin rendah dan itu menjadikannya semakin kritikal.
“Apa yang terjadi kepadanya mungkin komplikasi risiko yang berlaku selepas setiap pembedahan besar,” ujarnya.
0 comments:
Post a Comment