Hapuskan ekstremis kaum
NEGARA ini mencapai kemerdekaan dan kemakmuran sejak 52 tahun lalu,hasil daripada perpaduan serta hubungan erat pelbagai kaum. Selepasperistiwa 13 Mei 1969, rakyat Malaysia memahami sebarang perkaraberkaitan perkauman tidak harus dibangkitkan kerana ia bolehmencetuskan ketegangan dan huru-hara.

Akhirnya siapa betul?
AKHIRNYA Dr. Zambry Abdul Kadir diisytiharkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya, kelmarin.

Gerakan, Chin Peng dan kemanusiaan
WAJARKAH bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dibenarkan kembali ke Malaysia?


Menilai konsep 1 Malaysia
Konsep 1 Malaysia yang dipelopori oleh Perdana Menteri, Datuk SeriMohd. Najib Tun Razak menjadi sebutan ramai, namun dalam masa yang samabanyak juga pihak masih belum memahaminya terutama dari segi kedudukanorang Melayu.


Kebajikan diutamakan
Mungkin ramai yang menjangkakan apabila seseorang Menteri Pertahananitu diwawancara, beliau akan lebih banyak bercakap mengenaimemperkukuhkan kekuatan angkatan tentera, ia termasuklah soal membeliperalatan.


"El Chapo" bilionair dadah
BOLEHdikatakan hampir setiap insan di dunia menyimpan impian dan keinginanuntuk menjadi jutawan. Melihat kepada kehidupan mereka yang bergelarjutawan ini pastinya membuatkan kita berasa teruja dengan kemewahan,cara hidup yang penuh bergaya selain himpunan aset dan pelbagaibarangan mewah mereka.

Michael diancam kanser kulit
SEBUTsaja nama Michael Jackson pasti akan wujud pelbagai persepsi tentangpenyanyi yang tentunya akan dikenang sebagai antara legenda dalam duniamuzik.

Kegagalan tentera asing di Afghanistan
SALAHsatu pengajaran dari sejarah Afghanistan ialah, jika anda orang asing,jangan cuba-cuba masuk. Jika anda masuk juga, jangan tinggal terlalulama kerana mereka tidak suka orang-orang asing tinggal terlalu lama -Paul Wolfowitz, bekas Setiausaha Pertahanan Amerika.

18 Mei, hari UKM
PagiAhad lalu, penulis ini dihubungi oleh seorang pensyarah UniversitiKebangsaan Malaysia (UKM) yang berasa kecewa apabila membaca senaraihari-hari peringatan yang diperturunkan dalam ruangan ini untukmenunjukkan keistimewaan bulan Mei.

Pengaruh Nixon dalam Obama
Disebalik "kekalahan" kepada dua wartawan akhbar Washington Post , CarlBernstein dan Bob Woodword yang membongkar skandal Watergate tahun1975, bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Richard Nixon seorangrealis melihat hubungan negaranya dengan dunia luar.

Realiti TV Islam
RANCANGANrealiti tv sememangnya sudah menjadi fenomena di seluruh dunia. Dimana-mana masyarakat dunia kini semakin teruja dengan rancangantelevisyen yang menonjolkan kisah atau pertandingan realiti yangberlaku yang membenarkan orang ramai memberi pandangan atau sokonganmereka terhadap undividu yang bertanding.


Pai Asmaradi Perdana Quay
BAGIyang pernah melancong ke Pulau Langkawi, yang dikenali sebagai PermataKedah, pastinya mengenali Pekan Kuah, Padang Mat Sirat, UnderwaterWorld, makam Mahsuri dan mungkin Pantai Chenang.

Akibat membiarkan LTTE berleluasa
IKAdi Asia Tenggara kita boleh berbangga dengan kemajuan Singapura sebagaisebuah negara pulau yang berjaya memartabatkan kedudukannya sebagaiantara negara maju di dunia. Negara pulau lain seperti Hong Kong yangkini dikembalikan kepada China dan Taiwan yang masih tidak diiktirafkewujudannya sebagai sebuah negara bebas oleh kebanyakan negara didunia, tetapi mampu muncul sebagai antara negara yang sangatberpengaruh dari segi ekonominya.

Ryan membunuh lagi kerana cemburu
SATU-SATUmangsa pembunuhan Verry Idham Henyansyah alias Ryan pembunuh bersiriyang membunuh 11 mangsa yang dikerat-kerat ialah Hery Santoso.




Kaca Mata: 100 hari penuh pancaroba perkuatkan iltizam Zambry
WUJUDsemacam pertikaian lebih seminggu lalu terhadap tarikh sebenar genapnya100 hari Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir selaku Menteri Besar Perak.

Perjuangan penulis muda: Perjuangan apa?
PADA22 hingga 24 Mei ini sekumpulan penulis muda berhimpun di Melaka BandarRaya Bersejarah. Apakah mereka akan menangani masalah sejarah tertentuatau mengimpikan sesuatu yang gemilang pada masa depan, baik atas namaperibadi atau suatu gerakan. Pokok perbincangan menjurus kepada:'Perjuangan Penulis Muda: Arah dan Cabaran', ungkapan yang bersifatumum dan lebih cenderung kepada sebuah pertanyaan.

Soal Jawab: Kem Erdogan lawan ulama hakis dasar Pas
AWALbulan depan, Muktamar Pas Ke-55 akan berlangsung di Shah Alam, Selangordan dijangka hangat apabila proses pemilihan kepemimpinannya ditandingibegitu ramai calon yang dikatakan daripada dua kelompok, iaitu pro-ulama dan profesional atau kumpulan Erdogan. Wartawan Berita Minggu,AHMAD NAIM TAHIR dan MOHD AZIS NGAH mendapatkan pandangan PensyarahSains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr ANidzamuddin Sulaiman dan Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu yangdicalonkan bagi jawatan Timbalan Presiden beri penjelasan berhubungperkara itu.

Soal Jawab: Mat Sabu tetap selesa gaya politik agresif
AWALbulan depan, Muktamar Pas Ke-55 akan berlangsung di Shah Alam, Selangordan dijangka hangat apabila proses pemilihan kepemimpinannya ditandingibegitu ramai calon yang dikatakan daripada dua kelompok, iaitu pro-ulama dan profesional atau kumpulan Erdogan. Wartawan Berita Minggu,AHMAD NAIM TAHIR dan MOHD AZIS NGAH mendapatkan pandangan PensyarahSains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr ANidzamuddin Sulaiman dan Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu yangdicalonkan bagi jawatan Timbalan Presiden beri penjelasan berhubungperkara itu.







Lokasi paling berhantu
Kawasan perkuburan, rumah tinggal, tempat penyembelihan haiwan danlokasi kejadian bunuh dikenal pasti paling tinggi dengan aktivitihantu. Mungkinkah lokasi terbaru adalah lebuh raya berikutan kemunculanmisteri hantu kebaya merah di Gurun, Kedah?


Perompak ala MacGyver
NILAI rompakan dalam beberapa minit melibatkan wang jutaan ringgit. Pelakunya pula beraksi seperti dalam filem.


Aminah jadi posmen anak
"SAYA jenis ibu yang cemburukan anak-anak. Ke mana mereka pergi, sayaharus tahu, dengan siapa mereka berkawan, apa yang mereka buat, sayajuga perlu tahu. Pendek kata, semuanya kena diberitahu.


Zahra si penakluk selat
SIAPA sangka di sebalik senyuman manis yang terukir pada wajah gadisberusia 18 tahun ini, tersimpan satu iltizam menggunung yang hanyamampu dikecapi dengan seribu satu keberanian dan kecekalan.


Penyerang Wah Yah kebal
Metamfetamin, sejenis dadah narkotik, boleh memberi kerosakan kekalpada otak. Disebabkan itu, tidak mustahil ia membuatkan penjenayahberasa kebal.


Suami jual tubuh isteri
Murni pernah menjadi pelacur, mengedar dan menagih dadah, ahli kumpulankongsi gelap dan orang tengah membawa PATI ke negara ini sehingga diadigelar mayat tidak berguna.
Hapuskan ekstremis kaum


JANGAN biarkan kelompok ekstremis kaum seperti Hindraf bertapak di negara ini.


NEGARA ini mencapai kemerdekaan dan kemakmuran sejak 52 tahun lalu, hasil daripada perpaduan serta hubungan erat pelbagai kaum. Selepas peristiwa 13 Mei 1969, rakyat Malaysia memahami sebarang perkara berkaitan perkauman tidak harus dibangkitkan kerana ia boleh mencetuskan ketegangan dan huru-hara.

Sejak itu rakyat Malaysia hidup dalam suasana aman dan damai, mereka menyatakan pendirian politik melalui proses demokrasi iaitu pilihan raya manakala bagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) segala hasrat dan tuntutan mereka dilakukan secara perundingan dengan kerajaan.

Tetapi malangnya, kebebasan bersuara yang diberikan oleh kerajaan telah memungkinkan sekelompok manusia menyalah gunakan hak tersebut. Mereka turun ke jalanan sebanyak dua kali iaitu pada 15 November 2007 dan 25 November 2007 bagi menuntut hak perkauman dari sudut sempit. Itulah kebiadapan kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF) atau dalam bahasa Tamil Hindu Urimaigal Poratta Kulu.

Walaupun beberapa pemimpin utamanya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), namun kebiadapan kumpulan yang diharamkan itu tetap berterusan apabila mereka menyerbu Rumah Terbuka Aidil Fitri Perdana Menteri pada 1 Oktober 2008.

Melalui tindak-tanduk dan tuntutan mereka, jelas Hindraf dilahirkan daripada semangat perkauman sempit dan mereka adalah kelompok ekstremis kaum yang seharusnya tidak dibenarkan wujud di muka bumi Malaysia ini. Langkah kerajaan mewartakan Hindraf sebagai pertubuhan haram ternyata masih belum mampu memberikan keinsafan kepada pemimpin dan penyokong kumpulan berkenaan. Malah mereka terus melakukan tindakan seolah-olah ia adalah kumpulan yang tidak boleh disentuh. Ini terbukti apabila beberapa pemimpinnya yang dibebaskan daripada ISA terutama P. Uthayakumar dengan lantang memberitahu akan mengadakan demonstrasi haram pada pertengahan Jun nanti. Ertinya, mereka cuba mengulangi peristiwa hitam 25 November 2007.

Lebih memualkan, seorang lagi pemimpin pertubuhan haram itu, M.Manoharan baru-baru ini membuat tuntutan tidak masuk akal iaitu mahukan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum yang dilahirkan selepas 31 Ogos 1957 diiktiraf sebagai Bumiputera.

Tidakkah dua langkah terbaru Hindraf itu bertujuan menggugat keamanan dan menyinggung perasaan kaum lain?

Apakah tindak-tanduk seumpama ini hanya sekadar diberi amaran? Kalau pun kerajaan hendak berlembut atau ada pihak kononnya ingin berbaik dengan mereka, adakah kelompok berkenaan memahami erti perundingan dan tolak ansur?

Sejak awal kewujudannya lagi Hindraf menabur fitnah yang cukup besar bukan sahaja kepada kerajaan malah orang Melayu. Dalam memorandum kepada kerajaan British, mereka membuat beberapa dakwaan yang tidak masuk akal antaranya;

* Berlaku pembunuhan beramai-ramai ke atas kaum India.

* Sebanyak 10,000 kuil Hindu dirobohkan sejak merdeka.

* Kaum India menjadi mangsa diskriminasi kaum, agama, ekonomi dan sosial.

Tidak cukup dengan itu, Uthayakumar secara terus terang menyatakan musuh utama Hindraf bukannya orang Melayu tetapi UMNO. Kenyataan itu sekali gus boleh memicu kemarahan orang Melayu kerana UMNO adalah parti orang Melayu yang memerdekakan negara ini dengan kesepakatan bersama-sama kaum Cina dan India. Hakikatnya, segala tuduhan yang dilemparkan oleh Hindraf adalah fitnah, palsu dan penuh dengan pembohongan. Sejak merdeka lagi, kaum India tidak pernah ditindas oleh kerajaan yang sudah tentu Perdana Menterinya seorang Melayu.

Diskriminasi

Kalau amalan diskriminasi hendak dilakukan sudah lama ia boleh dibuat oleh kerajaan dan mungkin kalau ia benar-benar berlaku, kaum India di negara ini akan senasib dengan sesetengah kaum minoriti di sesetengah negara yang terpaksa menjadi pelarian. Tetapi semua itu tidak berlaku, kerajaan Malaysia di bawah teraju Barisan Nasional (BN) telah memastikan semua kaum mendapat faedah daripada kemakmuran negara, tiada kaum yang dipinggirkan termasuklah kaum India. Malah kaum India di negara ini bebas menubuhkan parti politik dan menikmati faedah daripada kemajuan sosial, ekonomi dan pendidikan negara. Masyarakat itu juga mempunyai sekolah jenis kebangsaan sendiri.

Kalau Hindraf hendak menuduh UMNO mengamalkan diskriminasi, bukankah melalui kerjasama dalam BN, UMNO (parti orang Melayu) membenarkan MIC yang mewakili kaum India bertanding di sesetengah kawasan yang majoriti pengundi Melayu? Justeru, dakwaan-dakwaan yang dilakukan Hindraf hanya akibat daripada sikap ekstrem puak berkenaan.

Dalam soal ini ketegasan kerajaan amat diperlukan, di negara yang mempunyai masyarakat majmuk seperti Malaysia tidak boleh wujud walaupun sekelumit pun kelompok yang memperjuangkan kaumnya dari sudut sempit dan ekstrem. Jika ini dibiarkan sudah pasti, ia akan mencetuskan huru-hara dan boleh mengakibatkan ketegangan kaum berlaku.

Hindraf ibarat virus yang cukup berbahaya kepada perpaduan kaum. Kelompok berkenaan perlu dihapuskan sama sekali dari bumi Malaysia. Langkah itu bukanlah bermakna kerajaan menyekat suara kaum India, tetapi sebaliknya kaum berkenaan perlu menggunakan saluran yang lebih tertib untuk mengemukakan pandangan atau keluhan mereka, berbanding turun ke jalanan mengadakan demonstrasi.

Selama ini pun, suara kaum India tidak pernah dipinggirkan, mereka menyampaikan masalah mereka melalui parti politik atau pertubuhan bukan kerajaan, malah mereka bebas mengamalkan adat resam, budaya dan agama yang mereka anuti. Oleh itu, Malaysia tidak memerlukan kelompok ekstremis seperti Hindraf kerana ia tidak akan mendatangkan sedikit pun faedah kepada negara. Kalau mereka boleh turun ke jalanan melakukan tindakan ganas bagi membuat tuntutan, bagaimana kalau ada puak ekstremis daripada kaum lain juga melakukan tindakan yang sama?

Kesudahannya, segala permasalahan atau suara rakyat pelbagai kaum di negara ini bukannya diselesaikan melalui pengundian dalam pilihan raya tetapi pertempuran di jalan raya. Atas sebab itulah sikap ekstrem yang diamalkan oleh Hindraf tidak boleh dibiarkan terus berkembang.

Tindakan setegas-tegasnya perlu diambil terutama ke atas pemimpin pertubuhan haram itu yang masih mahu menunjukkan kedegilan dan keangkuhan mereka melalui tindakan yang bertujuan mencabar undang-undang negara ini. Seharusnya tidak ada erti belas ihsan kepada kelompok ekstremis seperti Hindraf kerana mereka membawa 'penyakit' yang cukup berbahaya kepada perpaduan kaum negara ini. Atas sebab itulah, kita tidak mahu ada mana-mana parti komponen BN cuba mengamalkan sikap lidah bercabang dalam isu Hindraf. Jangan hari ini menyokong tindakan tegas kerajaan tetapi esok melahirkan pula perasaan simpati kepada kumpulan itu dan cuba ingin berdamai, kononnya ingin mengetahui apa masalah mereka. Kalau mereka adalah pemimpin dan parti komponen BN maka mereka perlu menghormati apa yang diputuskan oleh kerajaan bukannya mengamalkan sikap di depan bercakap lain, di belakang cakap lain.

Apa yang kerajaan lakukan ke atas Hindraf selama ini, bukannya untuk menganiaya sesiapa tetapi ia bertujuan bagi memastikan tidak ada kelompok ekstremis kaum wujud di Malaysia. Sejarah dunia sudah membuktikan, tiada mana-mana negara pun yang akan aman jika ada kelompok seumpama itu. Perjuangan kelompok berkenaan tidak akan ke mana sebaliknya ia akan ditolak tetapi apa yang dibimbangkan ialah kerosakan yang akan berlaku sebelum mereka ini dihapuskan.

Kita percaya dan yakin bahawa perjuangan Hindraf hanya disokong oleh sekelompok kecil sahaja kaum India, berjuta-juta lagi kaum India Malaysia menolak pendekatan ekstremis Hindraf. Atas sebab itulah seorang pembaca berketurunan India dalam satu surat kepada Utusan Malaysia menegaskan, Hindraf tidak patut menggunakan nama agama dalam pertubuhan mereka kerana tingkah laku mereka bercanggah dengan ajaran agama Hindu yang mengutamakan kasih sayang dan keamanan.

''Perbuatan Hindraf sejak mereka muncul, langsung tidak disokong oleh majoriti kaum India. Untuk makluman semua rakyat Malaysia, seseorang yang menganut agama Hindu mestilah mengamal dan mempromosikan keamanan dan kasih sayang dalam masyarakat dan negara yang dia berada dan ini tidak dibuat langsung oleh pertubuhan haram itu.

''Bukti kukuh ini dapat dilihat dalam doa orang Hindu di mana mereka mesti melafazkan dalam bahasa Sanskrit iaitu Lokas samastha sukhino bhavantu. Shanti, Shanti, Shanti yang bermaksud "Kita doakan untuk semua orang selamat dan gembira, aman, aman dan aman,'' kata pembaca tersebut dalam surat itu.

Kenyataan berkenaan membuktikan majoriti kaum India sebenarnya rimas dengan apa yang dilakukan oleh Hindraf. Ini kerana mereka memahami bahawa selama mereka hidup di Malaysia sejak lahir, kaum itu tidak pernah ditindas apatah lagi dianiaya oleh kerajaan biarpun mereka adalah kaum minoriti. Tetapi Hindraf cuba merosakkan itu semua melalui pendekatan yang ekstrem dengan melakukan fitnah terhadap kerajaan, bermusuh dengan UMNO dan menganggu ketenteraman awam melalui demonstrasi haram di jalanan. Mungkin mereka merasakan bahawa apa yang dilakukan oleh parti politik yang mewakili kaum India masih belum mencukupi tetapi masalah itu bukanlah diatasi dengan cara yang ganas dan tidak bertamadun. Negara ini mengamalkan demokrasi sesiapa sahaja boleh bertanding dalam pilihan raya hatta sebagai calon bebas sekalipun, oleh itu kenapa Hindraf tidak mahu memperjuangkan kaum mereka dengan cara sedemikian? Hakikatnya, Hindraf sendiri memahami bahawa majoriti kaum India tidak menyokong mereka, yang menyokong mereka adalah kelompok manusia yang mempunyai semangat perkauman yang tebal. Kesimpulannya, sudah pasti ramai rakyat negara ini yang mahukan nama Hindraf tidak lagi menjadi sebutan seolah-olah mereka wira kaum India sedangkan ia pertubuhan haram dan kumpulan ekstrem kaum yang mampu meranapkan tiang seri perpaduan kaum di negara ini.

Betul tu, UMNO sajalah parti yg memerdekakan negara haha
Akhirnya siapa betul?

AKHIRNYA Dr. Zambry Abdul Kadir diisytiharkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya, kelmarin.

Berdasarkan keputusan sebulat suara panel tiga hakim iaitu Mohd. Raus Shariff, Zainun Ali dan Ahmad Maarop, pelantikan Zambry bagi menggantikan Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pada 6 Februari lalu adalah betul.

Awang dan ramai lagi sejak dari awal yakin bahawa keputusan yang diambil oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah adalah tepat dan bijaksana setelah Nizar tidak lagi mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Baginda yang berpengalaman luas sebagai hakim dan mahir dalam aspek perlembagaan, begitu objektif dalam pertimbangannya yang berpaksikan undang-undang. Keputusan Sultan Azlan Shah melantik Zambry lebih ditafsir oleh pembangkang memihak kepada BN. Tetapi bagaimana pula keputusan baginda ketika menolak permohonan penubuhan kerajaan BN di Perak selepas pilihan raya umum lalu walaupun UMNO adalah parti yang mendapat kerusi terbanyak? Ini kerana Sultan Azlan merasakan UMNO tidak mendapat sokongan majoriti jika DAP, PKR dan Pas membentuk pakatan dalam DUN. Keputusan baginda ketika itu dilihat memihak kepada pembangkang tetapi diterima baik oleh BN.

Apa pun Awang berharap semua pihak menghormati dan akur keputusan Mahkamah Rayuan. Kedua-dua pihak telah diberi peluang berhujah. Inilah masa rakyat menilai tingkah laku parti-parti politik. Mereka sudah bosan dengan politiking yang keterlaluan.

Keadilan bukan hanya milik pembangkang. Janganlah apabila hanya menang kes maka menyifatkannya sebagai kemenangan untuk rakyat dan apabila tewas, memperlekehkan mahkamah dan pihak yang menang.

Awang geleng kepala apabila Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim yang bakal hadapi satu lagi kes tuduhan liwat, mendakwa badan kehakiman kita sudah hancur sementara Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat menuduh BN tidak bermoral dan tak bertamadun. Pertanyaan Awang, bertamadunkah pihak yang tidak menerima keputusan mahkamah? Dalam kita berpolitik, janganlah sampai menjadi riak.

Pada Awang, keputusan mahkamah Jumaat lalu juga adalah tanda kejayaan kepada demokrasi. Tidak timbul soal membubarkan DUN kerana punca berlaku semua ini adalah atas masalah dalaman parti pembangkang sehingga tiga ADUN mereka keluar parti menjadi wakil bebas menyebabkan BN mendapat sokongan majoriti. Jika itu berlaku kepada kerajaan parti pembangkang, apakah mereka akan membubarkan DUN, yang jawapannya sudah tentu tidak.

Malah Anwar pernah menggerakkan cubaan menggulingkan kerajaan menerusi lompat parti bagi menguasai majoriti Dewan Rakyat (sebelum mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong) tanpa pun mahu pembubaran Parlimen. Nampaknya strategi makan tuan.

Kepada Nizar dan parti pembangkang Perak, segala-galanya belum berakhir, mereka boleh memberi tumpuan kepada PRU 13, yang tidaklah begitu lama lagi.

Jika mereka boleh berperanan secara tertib dan memenangi hati rakyat, peluang mereka tetap ada. Dengan kata lain, BN juga belum tentu selamat kedudukannya nanti.
Gerakan, Chin Peng dan kemanusiaan

WAJARKAH bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dibenarkan kembali ke Malaysia?

Awang lontarkan pertanyaan ini berikutan gesaan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Dr. Teng Hock Nan mahukan Chin Peng kembali atas sebab-sebab kemanusiaan kerana tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara. Chin Peng, 85 yang dilahirkan di Sitiawan, Perak kini tinggal di Bangkok selepas permohonan terakhirnya menerusi saluran undang-undang untuk menetap di Malaysia ditolak oleh mahkamah pada 30 April lalu.

Dalam gesaannya itu, Teng memohon Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak mengkaji semula pendirian kerajaan bagi membolehkan bekas Setiausaha Agung PKM itu kembali ke tanah air.

Apa reaksi Awang? Mudah sahaja. Permohonan tersebut usah dilayan.

Awang tidak dapat membayangkan keadaan negara kita jika pada hari ini yang memerintah ialah PKM menerusi perjuangan kejamnya. Tidak mungkin wujud negara aman, makmur dan demokratik yang bernama Malaysia.

Tiada sebab untuk kerajaan mengubah pendirian terhadap Chin Peng. Sebarang alasan kemanusiaan tidak boleh mewajarkan kemudaratan (secara langsung atau tidak langsung) yang telah dibawa oleh beliau dan PKM selama ini.

Sememangnya masa telah berubah dan keadaan turut berubah tetapi membenarkan Chin Peng kembali adalah tamparan luar biasa kepada golongan yang telah banyak berkorban iaitu anggota pasukan keselamatan dan rakyat yang pernah menjadi mangsa kekejaman PKM. Apa ruginya kalau tidak membenarkan beliau pulang? Janganlah diungkit-ungkit lagi tentang Chin Peng. Ia hanya akan membangkitkan kemarahan kepada bekas perajurit, yang air mata dan darah mereka tidak ternilai harganya. Anehnya, orang Melayu sendiri tidak pernah ghairah untuk mengherokan beberapa kerat pemimpin komunis daripada kalangan kaum itu seperti Rashid Maidin

Awang tidak mengerti mengapa Gerakan boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian. Apakah kerana ia mengikut rentak DAP yang memainkan isu tersebut sejak beberapa tahun lalu, mungkin juga atas muslihat politik? Awang percaya majoriti rakyat Malaysia tidak bersedia masuk ke dalam perangkap pihak tertentu.

Jika ia mahu dilakukan atas nama kemanusiaan mengapa nasib balu dan anak-anak tentera serta polis yang terkorban angkara PKM tidak dibela?

Apa yang pernah DAP dan Gerakan lakukan untuk menghargai pengorbanan golongan tersebut yang menyumbang kepada keamanan negara sehingga membolehkan kaum Cina misalnya terus menguasai ekonomi Malaysia sehingga kini.

Seingat Awang tiada seorang pun pemimpin DAP mahu pun Gerakan yang menjalankan kempen hebat membantu bekas tentera dan polis yang putus kaki. Awang juga tidak pasti sama ada mereka pernah merekodkan penghargaan dan terima kasih dalam acara-acara khusus untuk bekas tentera dan polis.

Apakah kerana yang terkorban adalah kebanyakannya tentera dan polis daripada kalangan orang Melayu maka sumbangan mereka tidak begitu bermakna? Siapakah yang sebenarnya rasis? Sesungguhnya banyak persoalan yang melingkari isu Chin Peng ini. Yang jelas ia bukan sekadar isu membenarkan Chin Peng pulang bahkan mahu menjadikan beliau wira. Terdapat gerakan terancang oleh parti tertentu kaum Cina untuk menobatkan Chin Peng sebagai ikon pejuang kemerdekaan. (Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong yang mati dibunuh agen komunis misalnya, langsung tidak dipedulikan oleh parti kaum Cina sendiri). Ia makin ketara sejak pelancaran buku riwayat hidupnya Alias Chin Peng - My Side of History. Malah isu mengenai simpati terhadap Chin Peng pernah dibawa oleh DAP yang mendesak supaya kerajaan mengeluarkan satu kenyataan menteri (a ministerial statement in Parliament) tidak lama dulu.

Tinjaulah pelbagai komen dan tulisan menerusi laman-laman blog berkenaan Chin Peng yang mahu mewujudkan gelombang memperlihatkan beliau sebagai wira. Ada yang menyamakan perjuangan Chin Peng dengan nasionalisme kemerdekaan sedangkan realitinya beliau melacurkan nasionalisme untuk menegakkan komunisme, yang akhirnya gagal kerana pengorbanan pasukan keselamatan atas sokongan rakyat.

Awang tidak terkejut jika suatu hari nanti lebih-lebih lagi jika pembangkang berkuasa, 'keperwiraan' Chin Peng akan menjadi bahan subjek Sejarah sekolah yang mungkin jauh lebih hebat daripada nama-nama seperti Leftenan Adnan dan ramai penerima Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Pingat Gagah Berani (PGB).

Lalu tercetus lagi persoalan lain, apakah ini sebahagian daripada usaha untuk menafikan sumbangan gerakan nasionalisme Melayu dan usaha untuk menulis kembali sejarah agar mengikut kehendak kaum tertentu?

Awang berharap kerajaan bertegas sebagaimana yang ditunjukkan oleh kerajaan Indonesia yang sampai sekarang tidak membuka ruang penghargaan untuk pengganas komunis. Mudarat yang dibawa oleh PKM di tanah air ini bukan sedikit.

Tetapi seandainya kerajaan bersedia membenarkan Chin Peng pulang, beliau perlu memohon maaf kepada rakyat Malaysia khususnya pasukan keselamatan. Lebih penting, beliau mesti dihadapkan ke mahkamah atas segala kekejamannya sebagaimana yang dihadapi oleh Pol Pot di Kemboja. Bersediakah Chin Peng?
Menilai konsep 1 Malaysia


Noordin (dua dari kiri) memberi pandangannya sambil diperhatikan oleh Norizan (kiri), Rahim dan Chamil di Kolokium 1 Malaysia anjuran Gabungan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) di Kuala Lumpur.


Konsep 1 Malaysia yang dipelopori oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak menjadi sebutan ramai, namun dalam masa yang sama banyak juga pihak masih belum memahaminya terutama dari segi kedudukan orang Melayu.

Berikutan itu, Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) dengan kerjasama Utusan Malaysia yang menjadi media rasmi menganjurkan Kolokium 1 Malaysia yang bertemakan ‘Hala Tuju Ekonomi Bumiputera’. Ia bertujuan bagi mendapatkan pandangan bagaimanakah kedudukan ekonomi bumiputera melalui konsep tersebut.

Selain itu, ia juga bagi memperjelaskan, apakah benar melalui konsep itu, kedudukan istimewa orang Melayu akan tergugat.

Majlis yang diadakan di Kuala Lumpur itu mengundang tiga ahli panel iaitu Pengerusi GABEM, Tan Sri Rahim Tamby Chik, Penganalisis Ekonomi, Mohd. Noordin Abbas dan Ketua Pegawai Eksekutif INMIND., NORIZAN SHARIF Moderator pula ialah Ketua Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Chamil Wariya.

Dalam kolokium hampir 3 jam itu yang turut dihadiri oleh wartawan Mingguan Malaysia, HAFIZAHRIL HAMID dan MOHD.KHUZAIRI ISMAIL, ketiga-tiga ahli panel berkenaan mengupas cabaran ekonomi bumiputera melalui konsep 1 Malaysia tersebut.

Ke arah kemakmuran bersama

RAHIM: 1 Malaysia pada pandangan saya menerangkan tiga perkara. Pertama, mengenai hasrat kepimpinan untuk melihat perpaduan dalam kepelbagaian (unity in diversity). Ini boleh dicapai kerana berdasarkan sejarah kita melalui Sejarah kesultanan Melayu Melaka 500 tahun lalu telah mempamerkan contoh terbaik.

Pemimpin negara ketika itu yang terdiri daripada orang Melayu dan bumiputera mampu mewujudkan satu masyarakat kosmopolitan. Sejarah negeri Melaka misalnya ketika itu mempunyai 25 bahasa dan 250,000 penduduk terdiri daripada pelbagai bangsa hidup secara harmonis 110 tahun. Ini adalah satu manifestasi dari perpaduan dalam kepelbagaian.

Ini berbeza dengan banyak negara lain seperti di Afrika dan negara Balkan contohnya yang mana walaupun berasal dari satu rumpun tetapi akibat beberapa perbezaan mereka saling menumpahkan darah antara satu sama lain.

Faktor kedua di bawah 1 Malaysia ialah kesejahteraan dan kemakmuran bersama. Tidak akan wujud satu perpaduan atau satu Malaysia jika kaum-kaum tertentu tidak mempunyai tahap ekonomi yang saksama atau lompang yang jauh yang boleh menimbulkan kecemburuan atau sakit hati dan ragu-ragu antara kaum atau kumpulan tertentu. Oleh itu kita harus mencorak satu Malaysia menuju ke arah pencapaian matlamat dan kesejahteraan dan kemakmuran bersama.

Matlamat ketiga ialah menghormati dan mengiktiraf hak setiap warga negara sebagai mana yang Perdana Menteri tekankan. Maknanya hak sesiapa pun asalkan dia seorang warga negara adalah tanggungjawab sesuai dengan Perlembagaan Malaysia sebagai asas pembinaan sistem kenegaraan. Kita menghormati hak sesiapa pun tetapi mesti berlandaskan keperluan Perlembagaan.

Oleh itu tiga perkara ini iaitu perpaduan dalam kepelbagaian, kesejahteraan dan kemakmuran bersama dan menghormati dan mengiktiraf hak setiap warga negara adalah asas untuk merealisasikan konsep 1 Malaysia. Tanpa tiga perkara ini adalah sukar untuk kita menjadikan konsep ini satu kenyataan. Dalam erti kata lain konsep ini menjelmakan Malaysian patriotisme iaitu perasaan kasih, sayang dan cinta kepada negara.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah diwujudkan oleh Tun Abdul Razak pada tahun 70-an untuk membanteras kemiskinan serta menyusun semula masyarakat. Kita tahu dasar ini adalah relevan bukan untuk orang Melayu tetapi untuk semua kaum tetapi keutamaan untuk mereka yang berpendapatan rendah. Dasar ini telah berjaya memajukan negara kepada tahap yang tinggi dan memperbaiki kedudukan kaum Melayu melalui penguasaan ekuiti yang walaupun tidak tinggi tetapi ia tetap satu kejayaan.

1 Malaysia sebenarnya bertujuan untuk mengurangkan politiking, salah faham dan kebingungan yang berlaku ketika ini. Berasaskan sejarah ekonomi negara khusus kepada membela mereka yang berpendapatan rendah yang rata-ratanya bumiputera dan Melayu.

Hasrat membanteras kemiskinan dan menyusun semula masyarakat telah berjaya menjadi ukuran. Dari segi membanteras kemiskinan kita telah berjaya melakukannya dalam pelbagai bidang. Ini adalah hasil kejayaan banyak pihak termasuklah kepimpinan negara, pihak perkhidmatan awam, pihak swasta dan sebagainya.

Yang menjadi masalah kita ialah penyusunan semula masyarakat yang pada pandangan pucuk pimpinan negara akan menjadi asas untuk membekalkan keadilan dan keharmonian. Membanteras kemiskinan satu masalah dan menyusun semula masyarakat adalah usaha untuk memberikan kestabilan yang lebih kukuh kepada negara. Ini merupakan untung nasib mereka yang tinggal di negara ini dan rata-ratanya adalah bumiputera dan Melayu yang telah berjuang untuk dasar ini.

Namun pencapaian mereka masih tenggelam timbul dan tidak menentu malah sehingga sekarang masih ada persepsi bahawa tiada jaminan bahawa golongan ini akan dapat mencapai sasaran penguasaan ekuiti 30 peratus pada tahun 2020 nanti. Dari segi penyusunan semula ini masalah masyarakat berpendapatan rendah rata-ratanya bumiputera dan Melayu mesti diambil penyelesaian kognitif. Selain itu masalah dan cabaran yang dihadapi dalam usaha untuk menjayakan DEB ini ialah kita perlu menghasilkan kek ekonomi yang lebih berkembang untuk dikongsi bersama.

Pertama, perlunya pertumbuhan ekonomi yang memuaskan, keduanya sistem penyampaian kerajaan, ketiganya sikap dan paradigma di kalangan orang Melayu sama ada mereka mahu berubah atau masih mahu berada di takuk lama dan keempat ialah kerjasama yang rapat dengan masyarakat bukan bumiputera.

Pertama sekali, pertumbuhan ekonomi akan menentukan kejayaan kita menyusun semula masyarakat. Pada masa lalu kita bergantung sebahagian besar kepada perbelanjaan. Maknanya kita bergantung kepada peruntukan kerajaan pusat dan negeri. Perbelanjaan ini dibuat dan dilaksanakan mengikut program, aktiviti dan projek mengikut keperluan masyarakat berdasarkan beberapa panduan.

Usaha menyusun semula masyarakat dan pembangunan ekonomi negara sangat bergantung kepada keadaan ekonomi global. Keduanya ialah sistem penyampaian kerajaan maknanya perkhidmatan awam yang akan melaksanakan perancangan kepada kumpulan sasaran. Masih terdapat beberapa kelemahan dalam melihat sejauh mana sistem penyampaian ini berfungsi dalam melaksanakan aspirasi yang telah disasarkan.

Misalnya permasalahan yang kita laksanakan sekarang ini terdapat pegawai yang tidak melihat dasar ekonomi yang dilaksanakan adalah untuk rakyat jelata iaitu bumiputera dan bukan bumiputera. Terdapat mereka ini yang merasakan semangat kemelayuan yang berlebihan akhirnya operasi kementerian itu akan terhalang. Seharusnya kementerian atau GLC terbabit harus menumpukan kepada membantu rakyat yang berpendapatan rendah dan bukan menolong Melayu dan bumiputera sahaja.

Perkara ketiga ialah sikap dan paradigma masyarakat Melayu yang telah dibantu sejak dari tahun 70-an lagi namun masih ramai yang gagal. Sikap orang Melayu itu sendiri sama ada masih mahu menjadi kuda tunggangan dan kemudian berharap akan mendapat habuan lagi. Ini berkaitan dengan sikap dan paradigma kita mesti betul.

Yang terakhir ialah persediaan untuk bekerjasama rapat dengan masyarakat bukan bumiputera. Ini penting untuk memastikan penyusunan masyarakat adalah berjaya sejajar dengan konsep 1 Malaysia. Kita mahu melihat sikap yang lebih terbuka kerana dari segi fakta dan sejarah ekonomi dikuasai oleh bukan Melayu. Oleh itu dalam usaha kita memanjangkan DEB kita perlu bekerjasama dan berkongsi masa depan dengan mereka dari segi perkongsian politik, ekonomi dan sebagainya bersama-sama.

Perlu penjelasan elak salah faham

NORIZAN: Saya suka melihat 1 Malaysia itu dalam konteks ekonomi rakyat. Untuk melihat soal ini saya tertarik kepada apa yang ditulis dalam sebuah buku. Disebutkan kalau kita mahu menjadi hebat, kita tidak perlu banyak bercakap. Kita bagi sedikit pandangan, dan biarkan orang lain yang bercakap. Saya tidak pasti 1 Malaysia yang dilontarkan Perdana Menteri mengguna pakai pendekatan itu. Sebab slogan 1 Malaysia yang diumumkan pada 3 April lalu tanpa penjelasan lanjut. Bagaimanapun ada lapan ciri yang disebutkan iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.

Pada pandangan saya, ciri-ciri ini tidak ada hubungan antara satu sama lain atau bagaimana lapan ciri ini dicantumkan. Saya cuba kategorikan ciri-ciri ini kepada tiga. Iaitu Ketabahan, Rendah Hati dan Kesetiaan dalam satu kumpulan. Pendidikan dan Penerimaan pula dalam kumpulan kedua, manakala kelompok ketiga ialah Integriti, Kecemerlangan dan Meritokrasi.

Kalau ini boleh dikelompokkan begitu, mungkin ia membantu untuk boleh diterima. Kalau tidak lapan nilai itu, saya bimbang tidak bercantum hanya akan menjadi satu bentuk yang kita sebutkan sebagai nilai semata-mata. Saya bersetuju apabila disarankan perlu ada penjelasan yang jelas mengenainya. Sebab sehingga sekarang masih ada yang bercakap tentang Malaysian Malaysia seperti yang disebut pembangkang atau Malaysia First daripada DAP satu ketika dulu. Kita merasakan mampu untuk faham, tapi orang di luar sana mungkin tidak. Kebimbangan saya ialah 1 Malaysia ini tidak ditafsir dengan betul. Apa yang akan berlaku ialah orang bukan Melayu akan tafsirkan dengan dia sendiri dan mengharapkan dengan tafsiran itu. Sampai satu masa mereka merasakan harapan itu sebenarnya tidak kesampaian. Akhirnya rakyat merasakan mereka diberikan harapan yang sebenarnya bukan itu yang dimaksudkan. Maka tidak mustahil berlaku penolakan.

Saya rasa konsep itu diperbetulkan dulu supaya kita ada kefahaman yang sama dan saya setuju tempoh 48 hari masih belum terlambat jika ia mahu diperbetulkan. Saya nak sebutkan lima perkara kalau ditanya dalam konteks ekonomi rakyat. Bila kerajaan umum pakej rangsangan ekonomi, rakyat akan bertanya akhir sekali apa yang mereka dapat? Memang tidak dinafikan mereka dapat kelebihan itu, cuma mereka tidak rasa kerajaan bukan lagi bantu secara langsung. Jadi perkara ini perlu diberikan perhatian yang jelas. Saya melihat kepada lima perkara yang ingin disentuh.

Pertamanya, Perdana Menteri tunjukkan beliau akan perkenalkan satu dasar ekonomi baru yang pada saya adalah langkah yang wajar. Dalam membuat dasar itu perlu diberi perhatian kepada generasi muda X dan Y. Mereka sudah tidak mahu bercakap menggunakan perkataan bahasa Melayu sama seperti kita gunakan perkataan Red Indian di AS. Mereka tidak mahu orang Melayu itu dilihat sentiasa berada dalam reserve. Mereka mahu orang Melayu dilihat bangsa yang ke depan. Kalau itu keadaannya, saya melihat dalam konteks model baru ekonomi yang akan diperkenalkan Perdana Menteri nanti, kita harus membicarakan soal Melayu menjaga kepentingan melayu itu dalam kerangka agenda Malaysia. Bagaimana kita mahu melaksanakannya dalam kerangka itu.

Jurang ekonomi antara kaum sekarang makin mengecil tetapi masih belum mencapai tahap yang dikehendaki. Jadi apa yang kita buat sekarang bukan hanya bercakap soal merapatkan jurang, tapi bagaimana pakej yang sesuai dimasukkan ke dalam agenda itu.

Yang kedua, kita bercakap tentang ekonomi rakyat. Melayu mana yang dapat? Bila kita bercakap tentang Melayu kita akan fikir Melayu masih memerlukan tongkat. Saya rasa Melayu ini tidak boleh dikelompolkan dalam satu kumpulan. Melayu hari ini tidak lagi sama. Ada yang sudah jadi jutawan, berjaya di luar negara. Ada yang tinggal di bandar dan kampung. Sebab itu juga selepas 50 tahun negara merdeka dan pelbagai kumpulan Melayu ada, masih ramai yang beratur untuk masukkan anak ke sekolah MRSM atau UiTM. Saya rasa Melayu ini patut kita pisahkan.

Kedua-dua institusi itu bagi saya masih relevan, tapi untuk Melayu yang mana? Bagaimana kita nak keluarkan Melayu yang miskin itu. Orang tidak marah kalau anak petani atau orang kampung dibantu sepenuhnya walaupun mereka tidak cemerlang.

Ketiga, dalam bercakap pasal 1 Malaysia, seperti ada jurang di kalangan pemimpin politik khususnya UMNO dengan rakyat di bawah. Satu jurang yang mana cara kita melihat, pemahaman dan pendekatan. Tidak ada hubungan antara rakyat, orang Melayu dan parti politik. Mungkin sejak sekian lama kita bergantung kepada media tradisional, apabila datang media baru yang diraikan anak muda sebagai suara mereka, tidak berlaku interaksi antara kepimpinan politik untuk cuba memahami generasi X dan Y.

Keempat, saya tidak bersetuju MeCD (Kementerian Pembangunan Usahawan) dimansuhkan. Pada saya MeCD seharusnya menjadi sebuah agensi yang menyediakan peluang pekerjaan.

Kelima, pada pandangan saya, kalau ingin dimansuhkan, saya suka menyarankan Kementerian Pembangunan Wanita Dan Keluarga serta Kementerian Belia dan Sukan. Pendekatan pembangunan wanita dan belia itu seharusnya bersifat melangkaui sektor atau kementerian. Seharusnya, perlu ada satu suruhanjaya yang menyelaraskan semua program berkaitan wanita dan belia di setiap kementerian.

Bumiputera maju,bukan bumiputera untung

MOHD. NOORDIN: Terdapat banyak tafsiran mengenai pemahaman 1 Malaysia berdasarkan kepentingan tertentu. Maknanya komuniti bumiputera akan mentafsirkannya mengikut apa manfaat yang diperoleh. Begitu juga dengan kaum- kaum lain yang akan mentafsir berdasarkan kepentingan sendiri. Kita tidak boleh salahkan sesiapa kerana itu adalah sesuatu yang semula jadi untuk mentafsirkan apa-apa jua maksud 1 Malaysia berdasarkan kepentingan masing-masing. Bagaimanapun saya tertarik dengan hakikat bahawa 1 Malaysia itu berpaksikan kepada Perlembagaan Persekutuan.

Maka, kalau kita kupas dari sudut itu maknanya konsep itu sangat jelas dan ia harus menjadi sangat jelas. Penting bagi kita kaum bumiputera untuk berkongsi bagaimana 1 Malaysia itu patut ditafsirkan. Kita perlu faham dan kemudiannya menerangkan kepada komuniti bukan bumiputera bahawa inilah definisi sebenar 1 Malaysia. Pemahaman ini bagi saya sangat mudah. Apabila dikatakan berpaksikan kepada Perlembagaan Persekutuan, bermakna hak bumiputera di bawah Perkara 153 itu tidak akan terjejas. Yang menjadi masalah ialah apabila terdapat perbezaan tafsiran ekoran persepsi yang berbeza.

Masalah pertama seperti ketika ini apabila negara sedang menghadapi satu situasi kelembapan ekonomi dunia yang turut mempengaruhi kelembapan ekonomi domestik. Ini menyebabkan meningkatnya rasa panik dan bimbang di kalangan rakyat, terutamanya mereka yang dalam kategori pendapatan sederhana dan rendah iaitu kumpulan bumiputera. Kerisauan itu menyebabkan mereka menjadi sangat possessive dalam mentafsirkan 1 Malaysia. Begitu juga dengan kaum bukan bumiputera yang turut bimbang dengan keadaan ekonomi. Definisi 1 Malaysia bukan bumiputera juga berteraskan kelembapan ekonomi yang mana ekonomi ketika ini banyak menjejaskan mereka kerana mereka menguasai kek ekonomi.

Dalam tekanan ekonomi itu dan ditambah dengan konsep 1 Malaysia yang dibentangkan, maka mereka juga berasa takut. Adakah mereka yang tengah sengsara dengan keadaan ekonomi akan juga sengsara berdasarkan tafsiran dan pelaksanaan 1 Malaysia itu. Jadi di sini kalau kita lihat, kaum bumiputera dan bukan bumiputera kedua-duanya risau. Maka mereka akan definisikan 1 Malaysia itu sebagaimana ia akan memberikan kelebihan kepada mereka. Justeru apa yang perlu dilakukan ialah dibuat satu pentafsiran yang jelas mengenai konsep 1 Malaysia supaya ia dilihat akan memberikan faedah kepada semua kaum.

Bagi kaum bumiputera apa yang dititikberatkan ialah hak kami tidak wajar dikompromi. Di kalangan kaum bukan bumiputera pula aktiviti ekonomi yang boleh mendatangkan keuntungan menjadi perhatian yang paling utama.

Apabila dikaitkan bahawa ekonomi dan politik tidak boleh dipisahkan maka mereka rasa perlu untuk pergi jauh dalam arena politik Malaysia. Saya suka mengingatkan bahawa disebabkan masalah ekonomi ini rata-rata rakyat dan komuniti berbeza berasa sangsi kerana sekarang ini ada retorik politik yang cuba memecahbelahkan kepelbagaian kaum di negara ini.

Saya tidak lari daripada hakikat bahawa kaum bukan bumiputera merupakan rakan kongsi bumiputera yang paling baik, bukannya mereka dari luar negara. Sebab kaum bumiputera lebih memahami kerana budaya kita secara asasnya sama sebab kita semua 1 Malaysia. Jadi salah tanggapan ini saya rasa harus kita tangani bersama.

Saya sedar komuniti bumiputera memang banyak hadapi cabaran yang hebat. Apabila komuniti perniagaan bumiputera cuba mendapat bantuan daripada GLC, bank atau syarikat-syarikat besar, penilaian pertama biasanya kurang memuaskan. Bagi saya, itu bukan salah GLC, bank atau syarikat gergasi tersebut, sebaliknya kita perlu membuat penilaian sendiri.

Kadang-kadang kesalahan kita ialah mencipta persepsi yang salah kepada orang luar, jadi apa yang perlu dilakukan ialah badan-badan bukan kerajaan bersatu berdepan dengan persepsi itu dan membawanya ke saluran yang betul. Kita berusaha untuk meningkatkan status ekonomi supaya lebih kuat untuk bersaing dengan kaum bukan bumiputera, bukan untuk menjadi berat sebelah dengan mereka.

Dalam perniagaan kita kena ambil cabaran untuk meningkatkan kemampuan supaya syarikat Malaysia mampu mencapai standard antarabangsa. Kadang-kadang kita rasa takut tanpa sebab. Kita takut untuk bercakap pasal hak kaum bumiputera kerana bimbang menyinggung perasaan kaum lain.

Kita perlu terangkan dengan betul dan benar bahawa kemajuan kita juga bersama dengan mereka yang mana semua pihak akan untung. Kaum bumiputera sebenarnya paling liberal dalam komuniti perniagaan. Kita letak retorik politik terutamanya yang cuba memecahbelahkan perpaduan ke tepi. Kita hormat dan percaya dengan kaum lain dan mereka pun faham dan hormat kaum bumiputera.

Tapi agak malang ketika ini dalam keadaan ekonomi yang gawat, maka tafsiran 1 Malaysia menjadi sangat cetek dan hanya untuk pastikan kepentingan kita dilindungi.

Saya melihat secara keseluruhan usahawan Melayu dan bumiputera, ada banyak syarikat yang bagus dan diberikan projek oleh kerajaan. Tapi mereka tidak melihat untuk pergi ke peringkat antarabangsa kerana merasakan sudah memadai dengan kekayaan daripada projek itu. Selepas beberapa tahun, secara lumrahnya kontrak projek itu diberikan pula kepada orang lain. Maka usahawan tadi ini akan jatuh.

Kerana itu saya lihat syarikat bumiputera yang diberikan kontrak perlu buktikan kepada kerajaan bahawa mereka mampu mengembangkan syarikat ke peringkat antarabangsa. Kaum bumiputera sebenarnya mampu dan kemampuan kita dalam perniagaan sama seperti kaum-kaum lain di dunia.

Kebajikan diutamakan


Saya ingin tegaskan, penambahan anggota Askar Wataniah ini tiada tujuan politik, semua ahli-ahli parti politik boleh masuk– Ahmad Zahid


Mungkin ramai yang menjangkakan apabila seseorang Menteri Pertahanan itu diwawancara, beliau akan lebih banyak bercakap mengenai memperkukuhkan kekuatan angkatan tentera, ia termasuklah soal membeli peralatan.

Namun dalam wawancara wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR, AMIR SARIFUDDIN MANSOR dan HAFIZAHRIL HAMID dengan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, beliau lebih banyak menekankan soal kebajikan pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Bagi Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, kebajikan anggota pasukan itu menjadi keutamaannya dan untuk tujuan tersebut beliau menggariskan beberapa pendekatan yang akan dilakukan bagi memastikan matlamatnya tercapai.

Dalam pertemuan di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur itu juga kami boleh menyimpulkan bahawa Ahmad Zahid benar-benar serius dalam meningkatkan taraf hidup warga ATM sama ada mereka masih dalam perkhidmatan atau apabila bersara kelak. Pada pandangan Ahmad Zahid soal mempermodenkan ATM sudah hampir 100 peratus sempurna dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika beliau menerajui Kementerian Pertahanan dahulu.

MINGGUAN: Boleh Datuk Seri jelaskan perancangan dalam usaha menjaga kebajikan pegawai dan anggota ATM?

AHMAD ZAHID: Salah satu penekanan yang saya berikan apabila dilantik menjadi Menteri Pertahanan ialah kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Ia adalah sebuah badan mengendalikan urusan pelaburan yang dicarumkan oleh pegawai dan anggota tentera untuk mereka memperolehi ganjaran selepas mereka bersara

Saya menekankan agar pesara-pesara mempunyai faedah langsung bukan sahaja dalam bentuk dividen tetapi juga kepada bekas-bekas pencarum tentera.

Dalam hal ini saya menegaskan keuntungan kasar daripada LTAT itu harus dipotong 2.5 peratus untuk dibayar zakat kepada asnaf. Ramai di kalangan anggota tentera adalah terdiri daripada asnaf iaitu mereka yang layak dapat bantuan zakat. Pelaksanaan ini sudah pun mendapat persetujuan Ketua Pegawai Eksekutif LTAT.

Apakah pindaan terhadap Akta Veteran juga mempunyai kaitan dengan soal menjaga kebajikan anggota tentera?

AHMAD ZAHID: Oleh kerana pesara-pesara tidak diletakkan di bawah akta-akta tertentu maka wujud dua badan iaitu Persatuan Bekas Tentera dan Persatuan Veteran yang mempunyai tujuan yang sama. Oleh itu apabila Akta Veteran ini dibentangkan di Parlimen, saya berharap dari segi kebajikan pesara-pesara tentera sama ada yang regular atau jangka pendek dapat diambil kira. Saya mengambil langkah ini setelah membuat kajian terhadap apa yang mereka perolehi. Sebagai contoh, tentulah tidak munasabah apabila berlaku sesuatu kematian bekas pegawai dan anggota, keluarga mereka hanya diberikan belanja pengkebumian sebanyak RM500 iaitu isteri RM300 anak RM200.

Nilai tersebut adalah rendah dan hanya sesuai ketika peraturan itu digubal 30 tahun lalu iaitu tanpa mengambil kira kos dan kadar inflasi serta kos-kos lain. Saya berpendapat jumlah yang diberikan mestilah fleksibel tetapi mengikut kesesuaian masa, saya mengharapkan jumlah itu akan ditambah dengan satu jumlah yang lain.

Saya sudah mengarahkan supaya ia memberikan pulangan sekurang-kurangnya sebanyak RM3,000 iaitu isteri mendapat RM2,000 manakala anak-anak RM1,000. Tetapi kita harus faham bahawa kaedah pembayaran ini tidaklah menggunakan wang kerajaan tetapi dengan caruman kepada syarikat insurans dengan menambahkan sedikit premium. Jika itu dapat dilaksanakan maka jumlah yang diterima oleh keluarga bekas tentera akan lebih munasabah.

Begitu juga dari segi anak-anak masuk ke universiti, pada masa ini bantuan yang diberikan ialah bagi kursus ijazah RM1,000 sahaja manakala diploma RM750. Justeru saya berpendapat ia harus dikaji semula dengan membahagikan kepada dua kategori.

Pertamanya, anak-anak yang ibu bapanya bekas pegawai dan anggota yang ada kemampuan maka bantuan itu perlu dikaji semula tetapi sumbangan tidaklah terlalu rendah. Kategori kedua ialah bagi anak bekas anggota tentera yang berada atas sedikit daripada garis kemiskinan, maka jumlah yang lebih tinggi harus diberikan umpamanya dari RM1,000 ke RM2,000.

Semua itu akan menggunakan keuntungan pelaburan daripada yayasan veteran untuk disumbangkan kepada anak-anak ini, kita tidak ambil pun pelaburan pokok, jadi keuntungan yang diberikan.

"El Chapo" bilionair dadah


Kegiatan penyeludupan dadah yang berleluasa di AS telah membenarkan Guzman disenaraikan antara bilionair tahun ini. - gambar hiasan.


BOLEH dikatakan hampir setiap insan di dunia menyimpan impian dan keinginan untuk menjadi jutawan. Melihat kepada kehidupan mereka yang bergelar jutawan ini pastinya membuatkan kita berasa teruja dengan kemewahan, cara hidup yang penuh bergaya selain himpunan aset dan pelbagai barangan mewah mereka.

Ada antara mereka yang mewarisi kekayaan dari keluarga masing-masing sebelum ini. Ada yang mencipta kejayaan bermula dari bawah dan terpaksa menempuh pelbagai ranjau dan duri sebelum berupaya menikmati kehidupan semewah sekarang.

Bagi kebanyakan ahli perniagaan ternama, teras kejayaan mereka adalah hasil penat lelah dalam membina jenama perniagaan seperti yang dilalui oleh Bill Gates membina empayar Microsoft dan Ingvar Kamprad dengan syarikat IKEA.

Kejayaan diperolehi bukanlah datang bergolek, prinsip pengurusan yang mantap dan sentiasa oportunis dalam mengambil peluang dan ruang merupakan antara resipi kejayaan.

Bagaimanapun dalam hal menambah kekayaan bagaikan timbul kesepakatan antara orang terkaya dunia bahawa kemewahan yang diperolehi melalui usaha dan perniagaan dadah bukanlah satu konsep perniagaan yang dibenarkan. Namun itulah yang berlaku apabila majalah Forbes menyenaraikan seorang jutawan dadah dari Mexico, Joaquin "El Chapo" Guzman Loera antara orang terkaya dunia.

Guzman menduduki tempat ke 701 senarai bilionair dunia dan memiliki aset dan wang tunai sebanyak AS$1 bilion (RM3.54 bilion). Dia berkongsi tempat ke 701 bersama dengan 100 lagi bilionair.

Secara umumnya masyarakat memandang hina dan jijik dengan mereka yang terlibat dalam dadah namun apabila seorang jutawan dadah termasuk dalam senarai orang terkaya dunia pastinya akan timbul kemusykilan adakah menghimpun kekayaan hasil dari perniagaan haram diiktiraf.

Apakah kerana mereka mengumpul kekayaan dan mempunyai aset dan wang tunai berbilion dolar, kedudukan mereka boleh diiktiraf dan setanding dengan ahli perniagaan lain yang mencipta nama hasil dari penat lelah dan usaha sendiri?

Namun itulah yang berlaku apabila Guzman diiktiraf antara bilionair dunia dan lebih malang lagi majalah Forbes menyatakan kekayaan Guzman adalah hasil dari "usahanya sendiri".

Oleh itu Guzman, 52, secara rasminya berkongsi kedudukan dan persamaan dengan orang terkaya dunia lain seperti Bill Gates, Warren Buffet dan keluarga diraja dari negara Arab.

Ketua Pengarang majalah Forbes, Steve Forbes dalam satu kenyataan menyatakan adalah sesuatu yang menjijikkan apabila seseorang seperti Guzman memiliki aset dan tunai sebanyak AS$ 1 bilion (RM3.54 bilion) namun majalah ini hanya menjalankan tugasnya dalam melaporkan fakta.

Penyenaraian sebegini bukanlah pertama kali dilakukan oleh majalah Forbes. Ia pernah memasukkan penjenayah seperti Meyer Lansky yang membina empayar perjudian di Amerika Syarikat (AS) pada 1982 dan raja dadah Colombia, Pablo Escobar pada 1987 hingga 1993.

Maka dengan penyenaraian kedua-dua penjenayah itu dalam senarai orang terkaya dunia sebelum ini, ia dijadikan alasan untuk membenarkan Guzman disenaraikan.

Menurut majalah Forbes seramai 38 bilionair memasuki senarai terbaru tahun ini dan Guzman merupakan salah seorang daripada mereka. Dengan kedudukan sebagai pengimport dadah jenis kokain terbesar ke AS maka adalah tidak menghairankan dia menduduki senarai tersebut.

Guzman atau lebih dikenali sebagai "El Chapo" (si pendek) dilahirkan pada 1957 dari sebuah keluarga susah di La Tuna. Kehidupannya yang serba kekurangan dikatakan menjadi punca dia terlibat dalam jenayah sejak kecil. Dia kemudian menyertai kartel Guadalajara yang dikuasai oleh Raja dadah 1980-an, Miguel "El Padrino" Felix Gallardo dan tidak lama kemudian dilantik sebagai salah seorang orang kanan Gallardo sebagai pakar bahagian logistik penerbangan.

Bagaimanapun apabila Gallardo ditangkap dan dipenjarakan seumur hidup pada 1989, Guzman mewarisi sebahagian dari kawasan Gallardo dan menubuhkan kartelnya sendiri yang dikenali sebagai Sinaloa pada awal 1990-an dan kini menjadi antara kartel dadah paling dominan di Mexico.

Cara Guzman mengendalikan perniagaan kartel dadahnya sangat licik dan kejam. Kartelnya mempunyai rangkaian di seluruh Amerika Latin, dari kawasan hutan di Bolivia hinggalah ke bandar-bandar besar di AS. Bagi mengekalkan kuasa dan pengaruh dia tidak teragak-agak bertindak kejam terhadap pesaingnya malah mengancam pihak berkuasa dan ahli politik yang cuba menggugat perniagaannya. Itu belum diambil kira kegiatan rasuah yang berleluasa di dalam sistem kehakiman.

Kekejaman

Setakat ini lebih 10,000 orang dilaporkan terbunuh akibat kekejaman Guzman malah Pentagon meletakkan Mexico sebagai negara dalam bahaya akibat kegagalan kerajaan sivil berfungsi.

Walaupun hidup seperti pelarian, Guzman masih mampu menjalani cara hidup mewah dengan memiliki rumah di Sierre Madre dengan dikelilingi gadis-gadis cantik. Malah dia dilaporkan mengupah seorang penulis untuk menulis puisi dan kata-kata cinta bagi memikat gadis yang diingini.

Guzman juga dilaporkan mempunyai rangkaian pekerja dan aset bernilai ratusan juta dolar. Antaranya gudang di California, New Jersey dan Chicago, perniagaan jet peribadi untuk disewa dan terowong bawah tanah sedalam 65 kaki dan sepanjang 1,416 kaki di antara Mexico hingga ke Otay Mesa di California.

Dia dikenali dengan kekejaman yang dilakukan sama ada terhadap pesaingnya mahupun pihak berkuasa tetapi pada masa yang sama sangat cekap mengendalikan kartel dadahnya. Teknik pembunuhan yang menjadi trademark ialah mencurahkan mangsa dengan asid, memotong telinga atau membakar mangsa sehingga tidak boleh dikenalpasti. Cara dia mengendalikan penyeludupan juga sangat mengelirukan iaitu menyembunyikan kokain di dalam patung mainan, botol cili dan juga alat pemadam api.

Guzman pernah ditangkap pada Jun 1993 di Guatemala sebelum diekstradisi ke Mexico atas tuduhan membunuh dan mengedar dadah. Dia kemudian dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan dihantar ke Penjara Puente Grande yang terkenal dengan sistem kawalan maksimum. Bagaimanapun penangkapan ini tidak langsung menggugat kedudukannya kerana dia masih lagi mengawal perjalanan perniagaan dadah dari dalam penjara.

Malah dia menjalani kehidupan mewah dalam penjara termasuklah mempunyai katil, sistem audio terkini dan wanita simpanan. Semua itu berlaku akibat daripada kegiatan rasuah berleluasa yang diamalkan oleh pegawai rendah hinggalah ke pengarah penjara. Bagaimanapun pada 19 Januari 2001, beberapa hari sebelum diekstradisi ke AS, Guzman merasuah pegawai penjara dan kemudian melarikan diri menggunakan kenderaan yang membawa pakaian dobi. Dilaporkan seramai 78 orang terlibat dalam proses tersebut.

Kejayaan Guzman melarikan diri dari penjara telah membolehkan dia menguasai perniagaan dadah secara dominan malah pesaingnya seperti kartel Gulf, kartel Juárez dan kartel Tijuana semakin terpinggir berikutan kelicikannya. Namun kelicikan Guzman terpaksa dibayar dengan harga yang mahal. Anaknya, Edgar ditembak oleh pesaingnya tahun lepas manakala adiknya turut menerima nasib yang sama.

Bagi Guzman, walau apa pun berlaku dia tidak akan sesekali tunduk dengan tekanan dan prinsip inilah yang dipegangnya bagi memungkinkan dia menguasai perniagaan dadah dan melebarkan pengaruh di benua Amerika. Menguasai pasaran dan mengekalkan penguasaan adalah dua perkara berbeza bagi Guzman oleh itu dia akan melakukan apa saja untuk membenamkan musuhnya.

Bagi kebanyakan penduduk di Mexico, mereka seolah-olah putus harapan mengenai kredibiliti polis dan sistem kehakiman dalam menangani hal itu. Sebuah akhbar tempatan pernah melaporkan bahawa Guzman merupakan seorang yang pintar dan sangat licik namun semua ini tidak akan berlaku tanpa sebarang bantuan dan sokongan dari negara ini termasuklah institusinya seperti polis dan tentera.

Perkara yang menambahkan lagi kemarahan orang ramai ialah apabila dia dilaporkan berkahwin buat kali ketiga dengan gadis berusia 18 tahun yang dikenali sebagai Emma dua tahun lepas. Ramai tetamu kenamaan menghadiri majlis tersebut antaranya ahli politik, pegawai kanan kerajaan, malah yang mengawal keselamatan ketika majlis berlangsung terdiri dari komander tentera dan pegawainya.

Kemampuan Guzman melakukan semua itu pastinya dilihat oleh masyarakat sebagai sangat memalukan tapi jika diamati keupayaannya membawa masuk berbilion dolar, berpuluh kali ganda dari peruntukan kerajaan untuk melumpuhkan operasinya telah menggelapkan mata dan membutakan hati pihak berkuasa untuk bertindak. Namun kerajaan Mexico masih menaruh harapan kegiatan Guzman mampu dihentikan.

Tahun lepas sahaja beberapa pegawai kanan polis dan tentera ditahan kerana terlibat dalam kegiatan rasuah. Seorang pegawai tinggi agensi anti dadah turut ditahan setelah disabitkan dengan kesalahan menerima rasuah AS$ 450,000 (RM1.6 juta) sebulan untuk mendedahkan tarikh operasi dan serbuan yang akan dijalankan.

Ketenteraan

Ada pihak yang mencadangkan supaya anggota tentera diberikan kuasa penuh mengawal sempadan AS-Mexico bersama dengan tentera AS yang dilengkapi peralatan ketenteraan dan perisikan serba canggih. Malah AS sendiri menawarkan habuan sebanyak AS$5 juta (RM18 juta) kepada sesiapa yang memberikan maklumat sehingga tertangkapnya Guzman.

Satu lagi teknik yang digunakan oleh Guzman dalam melebarkan pengaruh ialah berlagak menjadi wira seperti "Robin Hood" di kalangan penduduk miskin. Kebanyakan mereka mengagumi Guzman kerana menjadi penyelamat dengan memberi wang perbelanjaan, memahami masalah mereka serta menonjolkan diri sebagai pemimpin. Guzman juga sangat cekap menyembunyikan diri dan dilaporkan berada di beberapa negara tanpa dapat dikesan pihak berkuasa.

Bagaimanapun alasan utama kenapa Guzman masih terus berkuasa sejak dibebaskan dari penjara lapan tahun lepas ialah permintaan dadah yang semakin meningkat di kalangan penduduk AS sendiri. Dilaporkan 35 juta penduduk AS terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan mereka membelanjakan AS$65 bilion (RM234 bilion) setahun untuk tujuan itu.

Pada tahun 2008 penggubahan wang haram bernilai AS$39 bilion (RM140.4 bilion) dari hasil dadah berjaya dilakukan oleh pengedar dadah Mexico dan Colombia. Guzman dilaporkan menguasai 20 peratus dari wang tersebut. Dalam dunia perniagaan mengaut keuntungan adalah objektif utama sesebuah entiti perniagaan ditubuhkan. Mungkin ada yang menipu atau memanipulasi sesuatu perkara atas tujuan mendapat keuntungan.

Namun aktiviti perniagaan secara haram seperti kegiatan dadah, keuntungan yang diperolehi adalah hasil daripada kekejaman. Oleh itu adalah tidak adil untuk mengiktiraf kekayaan Guzman setaraf dan sebaris dengan ahli perniagaan lain yang berniaga secara sah.

Ini bukan sahaja dilihat sebagai mengiktiraf peranan dan perniagaan mereka malah mengangkat martabat penjenayah sebagai antara orang yang dihormati dan dikagumi. Jika keadaan ini tidak dibendung tidak mustahil lebih ramai penjenayah akan diangkat martabat dan kedudukan mereka pada masa depan serta dipandang mulia oleh masyarakat.

Michael diancam kanser kulit

SEBUT saja nama Michael Jackson pasti akan wujud pelbagai persepsi tentang penyanyi yang tentunya akan dikenang sebagai antara legenda dalam dunia muzik.

Malah akan ada persepsi negatif yang dilemparkan terhadap beliau berikutan dari pelbagai kisah hidupnya dari yang pelik, lucu, dan ganjil. Selain itu sejak kebelakangan ini beliau turut dilaporkan menghadapi pelbagai masalah peribadi dan mula bersikap pelik selain dihimpit masalah kewangan yang semakin meruncing sehingga mengakibatkan rumahnya di Neverland Ranch terpaksa dijual untuk melangsaikan hutangnya.

Namun apa pun tanggapan dan persepsi yang dilemparkan terhadap beliau, populariti dan nama besarnya sebagai penghibur yang mendapat pelbagai pengiktirafan antarabangsa masih tetap utuh dan berterusan.

Konsert terbaru Michael yang akan diadakan pada Julai depan di Arena 02, London telah habis dijual. Ini membuktikan bahawa populariti beliau sebagai penghibur yang mendapat jolokan Raja Pop itu masih disanjung tinggi oleh peminat walaupun pelbagai kisah gelap mengenainya dilaporkan media silih berganti. Namun dalam perkembangan terbaru penghibur terkenal ini dilaporkan mengidap penyakit kanser kulit. Menurut satu laporan yang dikeluarkan akhbar The Sun, doktor telah menemui satu petanda penyakit kanser kulit di bahagian atas badannya dan sel awal kanser di bahagian mukanya dalam satu pemeriksaan kesihatan.

Berita ini telah menjelaskan kenapa beliau dilihat sering memakai topeng pernafasan sejak kebelakangan ini. Bagaimanapun penemuan ini tidak akan menjejaskan rancangan beliau untuk membuat kemunculan semula bersempena konsert yang akan diadakan.

Doktor yang merawat beliau memberi jaminan penyakit yang dihadapinya boleh dirawat tanpa sebarang masalah besar.

Berita tentang penyakit yang dialami oleh Michael ini telah mengejutkan banyak pihak dan ramai yang bimbang konsert yang telah dijadual berlangsung itu terpaksa dibatalkan. Namun menurut sumber yang rapat dengan Michael, beliau sendiri sangat teruja untuk melakukan kemunculan semula dan membuat peminatnya kembali teruja melalui konsert tersebut.

Michael dijadualkan akan mengadakan 50 persembahan di Arena 02 bermula 8 Julai depan dan beliau dilaporkan sedang mengadakan latihan Los Angeles pada ketika ini.

Kali terakhir beliau mengadakan konsert sebegini ialah pada tahun 1996 dan 1997.

Menurut laporan akhbar tersebut, Raja Pop itu telah dikenal pasti tentang penyakit ini pada bulan lepas dan dilaporkan mendapat rawatan di Hospital Cedars-Senai di Los Angeles yang mempunyai kepakaran yang lengkap untuk merawat penyakit tersebut. Berita tentang penyakit kanser kulit yang dialami beliau bukanlah satu berita yang mengejutkan kerana penyanyi ini sememangnya terkenal dengan kegilaan beliau melakukan pelbagai kaedah rawatan terutama di bahagian muka untuk kelihatan lebih kacak dan muda.

Kemunculan

Pada awal kemunculannya ketika zaman kanak-kanak dan remaja melalui kumpulan "The Jackson" kulit Michael menyerupai kebanyakan penduduk kulit hitam Amerika Syarikat (AS). Namun bermula pada lewat 1980-an, terutama selepas kemunculan album Thriller yang menaikkan namanya di persada dunia hiburan, kulit beliau telah mula dilihat lebih cerah berbanding sebelumnya.

Perubahan ini telah mendapat perhatian ramai terutama media massa dan pelbagai telahan dibuat mengenainya antaranya dia dengan sengaja menjalani rawatan untuk mencerahkan diri. Beliau dikatakan menjalani siri pembedahan kulit dan plastik bagi menjadi warga kulit putih.

Namun beliau kemudiannya dilaporkan dikenal pasti mengidap penyakit vitiligo yang mengakibatkan kulit beliau sensitif kepada cahaya. Proses penukaran warna kulit daripada orang kulit hitam menjadi orang kulit putih itu bukan sahaja menyebabkan beliau terpaksa berbelanja besar termasuk mandi menggunakan air mineral berkualiti tinggi dan berdandan menggunakan alat solek tetapi turut mengakibatkan wajahnya nampak lebih pelik.

Walaupun mendakwa dirinya mengidap penyakit kulit vitiligo yang mengakibatkan kulit berubah warna secara semulajadi serta alah kepada cahaya matahari, ramai menuduhnya sebagai suatu pembohongan dan tindakan memutihkan kulit dilihat seakan-akan lupa diri dan bangsa sebenar penyanyi tersebut.

Kedudukan asal mukanya juga telah berubah dan beliau didakwa telah menjalani pembedahan di bahagian hidung, bibir dan pipi untuk mencantikkan lagi penampilannya. Dia dilaporkan menjalani pembedahan plastik pada wajah secara dramatik bagi membentuk bahagian-bahagian tertentu mengikut acuan keinginan tersendiri.

Tuduhan tersebut sejajar dengan kekerapan Jacko dalam melakukan pembedahan plastik terutama ke atas bahagian bibir dan hidung agar lebih kecil dan mancung serta kulitnya bertukar menjadi putih bukan sahaja pada wajahnya malahan juga semua anggota badan yang lain termasuk alat sulit.

Beberapa pakar kesihatan telah mengeluarkan kenyataan bahawa pembedahan dan perubahan yang dilakukan Michael telah mengakibatkan ketidakstabilan kepada tubuh badannya di samping beberapa kesan psikologi.

Apa pun yang menimpa kepada bapa tiga anak hasil dua perkahwinannya yang menemui kegagalan sebelum ini, ia bukanlah sesuatu yang pelik dan baru kerana ramai antara kita yang mungkin bertindak ekstrem dalam soal penampilan dan kecantikan diri.

Mungkin kisah Michael ini boleh menjadi pengajaran kepada kita semua termasuklah mereka yang berada dan golongan artis agar tidak terlalu ghairah dalam soal kecantikan sehingga bertindak secara membabi buta tanpa menyelidik dan berfikir sebelum bertindak.

Teknologi kosmetik hari ini seperti suntikan vitamin C, pembedahan plastik, pembesaran payu dara dan botox sememangnya telah mula mendapat tempat di kalangan penduduk negara ini.

Sememangnya kecantikan itu merupakan antara anugerah tuhan yang sepatutnya dihargai dan dijaga dengan baik namun ia tidak semestinya perlu diubah seumpama tidak mensyukuri anugerah tuhan semata-mata kerana terdapat sedikit kecacatan yang sebenarnya tidak memberi sebarang kesan dalam kehidupan seharian.

Kecantikan

Lebih ditakuti hanya untuk kecantikan yang sementara kesannya akan mula dirasai apabila umur semakin meningkat tua seperti yang dialami oleh Michael.

Ketika itu mungkin sudah terlewat bagi kita untuk menyesal di atas perbuatan yang dilakukan pada usia muda akibat dari keinginan sendiri. Apa yang pasti anugerah tuhan terhadap manusia sudah mencukupi untuk dinilai dan dihayati sesama manusia tanpa perlu kita menjalani sebarang perubahan yang akhirnya merugikan akibat terlalu terburu nafsu.

Sesungguhnya kecantikan seseorang itu bukanlah terletak pada kecantikan paras rupa seseorang tetapi terletak pada hatinya.

Seperti kata-kata keramat ahli falsafah dan penyair terkenal Perancis, Voltaire bahawa "Kecantikan hanya untuk memenuhi tuntutan penglihatan namun kecantikan tingkah laku akan sentiasa memikat hati semua. - HAFIZAHRIL HAMID
Kegagalan tentera asing di Afghanistan

SALAH satu pengajaran dari sejarah Afghanistan ialah, jika anda orang asing, jangan cuba-cuba masuk. Jika anda masuk juga, jangan tinggal terlalu lama kerana mereka tidak suka orang-orang asing tinggal terlalu lama - Paul Wolfowitz, bekas Setiausaha Pertahanan Amerika.

Mahu tak mahu, perbandingan terpaksa dibuat antara cubaan British untuk menguasai Afghanistan pada abad ke-10, dan pencerobohan komunis Soviet Union di Afghanistan pada akhir abad ke-20, serta tindakan Amerika dan pakatan NATO dewasa ini.

Tentera British dua kali tewas pada tahun 1839-42 dan 1878-80. Laskar dan pejuang Afghanistan telah menyerang sejumlah 16,000 askar British yang berundur dari Kabul pada tahun 1842. Dari bilangan begitu ramai itu hanya seorang saja warga British selamat.

Sejumlah 100,000 askar komunis Soviet menyerang Afghanistan dan membunuh hampir sejuta warganya, tetapi akhirnya komunis tewas juga. Kekalahan mereka antara sebabnya pemerintahan Soviet tumpas sama sekali kemudiannya.

Ketika komunis menguasai Afghanistan selama lebih tujuh tahun, Amerika memberi bantuan dan pelbagai senjata kepada para pejuang Afghanistan. Kini mereka menjadi musuh. Antara yang terlibat dalam pemerintahan singkat komunis ialah seorang warga Afghanistan Dr. N. Ahmadzai. Pada mulanya beliau menyertai Parti Demokratik Rakyat Afghanistan yang pro-komunis kemudian merampas kuasa pada tahun 1978.

Dua tahun berikutnya beliau menjadi ketua polis rahsia. Menurut pelbagai dakwaan kemudiannya pihak polis rahsia itu telah menangkap, menyeksa dan membunuh puluhan ribu warga Afghanistan.

Organisasi Amnesty International pernah menyiarkan laporan mengenai ramainya lelaki, wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa. Sebilangan yang terselamat kemudian menceritakan betapa Dr. Ahmadzai sendiri mendera para tahanan, memukul dan memijak serta menyepak mereka hingga mati. Beliau semasa muda menuntut di Universiti Kabul.

Akhirnya pemerintahan komunis tewas dan beliau mendapat perlindungan di kawasan sebuah bangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 1992. Beliau dan adiknya kemudian ditangkap oleh pihak Taliban pada tahun 1996 manakala Kabul ditawan. Keduanya mati di tali gantung. Tentera Soviet yang menyerang mulai akhir 1979 berundur pada tahun 1988. Menurut laporan ramai para pejuang Taliban yang mati dalam pelbagai pertempuran kemudian dikebumikan di gaung bukit. Tidak ada papan tanda nama pada kubur mereka. Yang ada hanya bendera kecil warna hitam berkibar dihembus angin.

Kini giliran Amerika dan pasukan-pasukan tentera beberapa buah negara pakatan NATO. Diumumkan pada minggu lalu ialah keputusan pihak Amerika menyingkirkan panglima tenteranya di Afghanistan, Jeneral David McKiernan. Penggantinya ialah Jeneral Stanley Mc Chrystal yang diharap boleh mengurangkan kematian orang-orang awam. Juga diperlukan ialah latihan lebih lancar bagi bala tentera Afghanistan.

Sebuah laporan lain menyebut mengenai sebilangan ramai tentera Soviet di Afghanistan dulu beragama Islam. Mereka sebenarnya dikerah memerangi laskar Afghanistan yang Islam. Lalu tentera Soviet itu kemudian memutuskan tidak mahu lagi memerangi lawan mereka yang Islam. Sebagaimana pernah dinyatakan oleh seorang wartawan Australia, Philip Adams "Dunia luar tidak pernah menang perang di Afghanistan dan sama sekali tidak akan menang kemudian nanti".
18 Mei, hari UKM

Oleh Zin Mahmud


Pagi Ahad lalu, penulis ini dihubungi oleh seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berasa kecewa apabila membaca senarai hari-hari peringatan yang diperturunkan dalam ruangan ini untuk menunjukkan keistimewaan bulan Mei.

''Saudara terlupa mengenai 18 Mei,'' katanya. Sememangnya penulis tidak teringat apa yang bermakna mengenai 18 Mei. Apabila membaca akhbar keesokannya dengan melihat perasmian Muzium Warisan Akademik sempena sambutan ulang tahun ke-39 UKM, barulah disedari bahawa 18 Mei itu adalah hari ulang tahun penubuhan universiti itu.

Ia bermakna bahawa tiga institusi Melayu ditubuhkan pada bulan Mei. Yang paling awal ialah mulanya penerbitan akhbar Utusan Melayu iaitu pada 29 Mei 1939, diikuti dengan UMNO pada 11 Mei 1946 dan UKM pada 18 Mei 1970.

Tiga institusi ini penting bagi sesebuah bangsa, iaitu akhbar, parti politik dan universiti. Satu lagi ialah institusi kewangan. Bagi orang Melayu, institusi kewangan yang ditubuhkan untuk membela bangsa ialah Bank Bumiputra pada 1 Februari 1966. Ia kemudian menjadi Bumiputera-Commerce Bank. Akhirnya menjadi CIMB dan hilanglah nama Bumiputera.

Begitu juga dengan akhbar Utusan Melayu. Ia kini menjadi sebuah sisipan bernama Utusan Melayu Mingguan yang diterbitkan dalam Utusan Malaysia setiap Isnin.

UKM berjaya berkembang menjadi salah satu universiti penting negara. Ia telah menghasilkan banyak siswazah yang menyumbangkan kepada pembinaan negara, tepat dengan sifat nasional universiti ini. Antara contoh, banyak pemimpin MCA adalah siswazah UKM.

Satu lagi sumbangan penting UKM ialah mengungkapkan ilmu moden yang pelbagai cabang dalam bahasa Melayu. Adanya UKM, bahasa Melayu berkembang begitu pesat terutama dalam bidang sains dan teknologi. Sememangnya bahasa Melayu tentunya boleh digunakan untuk aktiviti keilmuan yang tinggi. Ini dapat dilihat daripada buku-buku ilmiah yang diterbitkan oleh Penerbit UKM. Kecergasan penerbit ini menghasilkan karya-karya ilmiah menunjukkan ia merupakan institusi tersendiri bagi memperkayakan khazanah ilmu dalam Bahasa Malaysia, dalam beberapa segi lebih baik daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Begitu besarnya sumbangan UKM kepada khazanah kebangsaan Malaysia berteraskan Melayu. Tetapi andai kata penggunaan Bahasa malaysia ditinggalkan dalam mengungkapkan pemahaman sains hingga terutamanya di peringkat pengajian tinggi termasuk UKM, maka kekayaan bahasa yang selama ini dibina dengan begitu susah payah akan sedikit demi sedikit hilang seperti mana nasib yang menimpa tulisan jawi dan akhbar Utusan Melayu.

Hilang

Setakat tulisan jawi yang hilang, masih boleh digagahi oleh bangsa, tetapi andai kata keseluruhan bahasa dilumpuhkan kepada kedudukan hanya untuk penggunaan popular, maka keupayaan bahasa Melayu sebagai wahana bagi pemahaman sains dalam bentuk berbeza dan lebih mendalam supaya dapat dihayati oleh rakyat negara ini akan akhirnya hilang.

Tentang UKM, penulis masih ingat pada tahun 1974, apabila pihak universiti itu beroperasi di kampus Lembah Pantai bersebelahan Universiti Malaya, yang kini menempatkan Institut Bahasa Melayu.

Pada zaman itu, tidak ada Internet dan di rumah penulis di kampung, yang tidak mempunyai bekalan elektrik, tentunya tidak ada televisyen, maka maklumat bergantung kepada radio, akhbar dan bahan-bahan cetak yang dikirim melalui pos. Salah satu kegemaran penulis sebagai seorang pelajar tingkatan tiga ketika itu ialah menulis surat kepada pejabat-pejabat penerangan institusi, agensi, persatuan dan kedutaan untuk memohon bahan penerangan percuma, maklumlah dahagakan maklumat dan bahan bacaan.

Maka bahagian perhubungan raya UKM ketika itu mengirim kepada penulis melalui pos satu bungkusan besar yang mengandungi pelbagai bahan cetak mengenai UKM, termasuk laporan-laporan tahunannya. Ibu penulis terkejut melihat bungkusan besar itu dihantar oleh posmen kepada anaknya.

Penulis juga mengirim surat meminta maklumat daripada Persatuan Mahasisiwa UKM ketika itu. Mereka turut menghantar bahan yang antaranya ialah akhbar universiti bernama Gemasiswa. ketika itu, Setiausaha Agung PMUKM ialah Halim Arshat, yang 20 tahun kemudian menjadi Setiausaha Agung Pas. Pada masa itu tapak universiti di Bangi yang penuh di hutan sedang dibersihkan. Zaman itu adalah masa sebelum adanya Akta Universiti dan Kolej di mana persatuan pelajar bebas menerbitkan akhbar sendiri. Maka isu yang dikemukakan oleh Gemasiswa ialah pempersoalkan Menteri Besar Selangor ketika itu, Allahyarham, Datuk Harun Idris menanyakan ke manakah hasil balak-balak yang diangkut keluar dari tapak kampus itu. Turut disiarkan ialah kartun menteri Besar dan balak-balaknya.

Malaysia sentiasa menekankan soal pendidikan dan ekonomi. Kalau pada tahun-tahun 60-an, penekanannya adalah dari sudut kebangsaan hingga lahirnya UKM dan Bank Bumiputera, tetapi pada tahun-tahun 80-an, perhatian adalah kepada cara hidup Islam. Maka dari semangat ini pula muncul Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Bank Islam Malaysia Berhad.

Kini terdapat 20 universiti awam di negara ini. Dua universiti bernama Islam iaitu UIAM dan Universiti Sains islam malaysia (USIM). Sementara bank Islam sudah banyak. Selain daripada BIMB dan Bank Muamalat, banyak bank yang sudah ternama mempunyai bank Islam masing-masing.

''Sekarang sudah banyak universiti, manalah saya hendak ingat hari ulang tahun penubuhan UKM,'' kata penulis ini kepada pensyarah yang kecewa itu.

Walaupun penulis ini sudah sedar bahawa 18 Mei itu hari ulang tahun UKM, pensyarah itu tetap marah. Rupa-rupanya penulis lupa bahawa hari jadi dia sama tarikh dengan ulang tahun UKM.
Pengaruh Nixon dalam Obama

Oleh Ku Seman
Ku Hussain

Di sebalik "kekalahan" kepada dua wartawan akhbar Washington Post, Carl Bernstein dan Bob Woodword yang membongkar skandal Watergate tahun 1975, bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Richard Nixon seorang realis melihat hubungan negaranya dengan dunia luar.

Walaupun selepas memegang tampuk kerajaan Nixon "diwariskan" sekian banyak masalah, beliau mempunyai pandangan yang jelas mengenai kedudukan AS dalam hubungan dengan negara lain, waima musuh utama AS.

Nixon menjadi Presiden ketika rakyat terutama golongan muda bangkit membantah tindakan AS terlibat dalam perang Vietnam. Luahan suara orang muda AS ini dapat dikesani dalam banyak genre budaya popular seperti filem dan muzik. Nixon berjaya mengembalikan ketenangan apabila mendengar suara hati orang muda dan rakyat supaya AS tidak harus terlibat mencari musuh di luar negara.

Hal yang hampir sama juga berlaku semasa Bush melancarkan perang ke atas Iraq hingga memusnahkan negara tersebut. Pungutan suara memperlihatkan penentangan terhadap tindakan Bush tetapi Bush memekakkan telinga. Bush tetap mahu melangsaikan hutang bapanya kepada Saddam Hussein kerana bapanya gagal menghancurkan Iraq dalam masa "tiga hari" dalam Perang Teluk awal 90-an dulu.

Nixon mengenepikan bongkak dan ego AS dengan membentangkan dasar luar yang mendekati negara-negara yang menjadi musuh. Nixon percaya, ular menyusur akar tidak hilang bisanya. Dasar luar Nixon telah menamatkan perang Vietnam walaupun memalukan AS, sanggup menemui musuh ketat seperti pemimpin komunis China, Mao Zedong untuk membina kepentingan AS pada masa depan. Wawasan Nixon tepat apabila kini China bakal menjadi kuasa ekonomi besar dan AS perlu berbaik-baik dengan China.

Dasar luar AS di tangan Nixon adalah antara yang paling jelas dalam sejarah negara itu. Nixon menjadi satu-satunya Presiden AS yang paling banyak diperkatakan, popular, dibenci sekaligus amat digeruni oleh musuh politik kerana kelicikannya. Tetapi dalam warna-warni peribadi Nixon, beliau diakui hebat dalam membentuk dasar luar ketika menerima tanggungjawab membina semula AS yang runtuh di tangan Presiden Lyndon Johnson. Sebenarnya Johnson juga melangsungkan dasar luar J.F Kennedy yang mati dibunuh pada 22 November 1963.

Dasar luar Nixon 40 tahun lalu kini dilangsungkan oleh Presiden Barack Obama, orang kulit hitam pertama yang menjadi Presiden AS selepas melangkahkan kaki ke Rumah Putih awal tahun ini. Selepas empat dekad akhirnya AS mengakui bahawa kuasa besar bukan lagi di tangan AS. Obama menjadi ular yang menyusur akar membuka lembaran rundingan dengan musuh-musuh AS; Presiden Mahmoud Ahmadinejad, Presiden Venezuela, Hugo Chevez, melihat semula isu Iraq dan Rusia.

Nixonisme dalam pentadbiran Obama begitu jelas apabila satu demi satu dasar luar Obama yang dizahirkan selepas menjadi Presiden mengingatkan kita kepada Nixon seorang pemimpin gila kuasa tetapi realistik tentang masa depan AS. Maka tidak hairan kalau Obama dan Nixon berdiri sebagai realis yang meninggalkan keangkuhan AS sebelum ini.

Pilihan raya

Semasa kempen pilihan raya Presiden pada 16 Mei 1968, Nixon berkata, "Majoriti bukan kelompok kuasa tetapi kesatuan idea. Lelaki dan wanita dari semua latar belakang, semua parti mesti memberikan kesimpulan yang sama."

Obama juga berpendirian yang hampir sama dengan Nixon apabila berkata dalam kempen pilihan raya Presiden tahun lalu, "Majoriti baru bukan saja Demokrat tetapi juga Independen dan Republikan yang mencari pemimpin dan percaya bahawa kita terdesak dan mahukan sesuatu yang baru."

Kedua-dua petikan ini memperlihatkan persamaan laras prinsip kepimpinan antara Nixon dan Obama. Malah Obama dilihat melangsungkan dasar-dasar luar Nixon yang terbengkalai selepas dijatuhkan oleh akhbar Washington Post. Bayangkan selepas ruang masa 40 tahun AS tidak memanfaatkan jalan yang dirintis Nixon untuk menjalinkan hubungan dengan negara-negara yang berpotensi memberi manfaat kepada AS. Selama itu juga AS memperkecilkan Rusia dan China. AS gelojoh melancarkan demokrasi cara AS di Asia Barat. Ternyata konsep demokrasi yang diuar-uarkan oleh Bush tidak berhasil dengan kebangkitan negara seperti Iran yang mempunyai hubungan sangat akrab dengan Rusia. Rusia menjadi pembekal uranium kepada Iran yang didakwa AS bahan membuat senjata nuklear. Tetapi Iran mendakwa loji nuklear itu untuk tujuan tenaga. Maka AS terpaksa berhati-hati untuk melancarkan tindakan ketenteraan terhadap Iran kerana Rusia ada di belakang Iran.

Obama melihat ruang-ruang kegagalan Bush menundukkan Iran. Kerana itu dunia terkejut apabila Obama menghulurkan rundingan tanpa ugutan kepada Iran, musuh yang hampir diserang oleh Bush.

Walaupun karakter dan kehidupan peribadi Nixon sangat berbeza dengan Obama, kedua-dua mereka mempunyai pemikiran politik yang sama setidak-tidaknya melihat secara realistik himpitan terhadap AS dari luar.

Sesetengah pengkaji politik melihat kekuatan dan ketepatan dasar luar Nixon kerana beliau memiliki Henry Kissinger. Pada mulanya Kissinger menjadi penasihat keselamatan dan dinaikkan menjadi Setiausaha Negara. Kissinger banyak memainkan peranan memantapkan dasar luar Nixon terutama yang melibatkan hubungan AS dengan China dan Rusia.

Robert Dallek dalam bukunya, Nixon and Kissinger : Partner in Power antara lain menulis, "Hujah mengenai kejayaan perang Iraq, hubungan dengan China, Rusia serta ketegangan di Asia Barat antara Israel dan dunia Arab, saya percaya ia boleh dilihat dalam konteks Nixon dan Kissinger dan kuasa mereka untuk kebaikan dan sebaliknya."

Siapa pasangan Obama kalau dilihat dalam konteks Nixon dan Kissinger? Adakah Setiausaha Negara Hillary Clinton mampu dan boleh memainkan peranan seperti Kissinger 40 tahun lalu? Di sinilah kurangnya Obama kerana Hillary bukan Kissinger yang sangat pragmatik, realistik dan pintar dalam hubungan antarabangsa.

Obama realistik bahawa China akan menjadi kuasa ekonomi baru dan banyak faedah apabila AS mempunyai hubungan baik dengan China. Maka tidak hairanlah apabila dalam kempen pilihan raya Presiden tahun lalu, Obama banyak menekankan tentang pemulihan imej AS di mata dunia.

Dasar luar

Obama memperlihatkan bayangan dasar luarnya untuk tidak meneruskan dasar Bush terutama terhadap isu Iraq, Afghanistan, Iran dan mencari formula untuk berbaik-baik dengan Rusia. Selepas memasuki Rumah Putih, Obama menzahirkan dasar luarnya mendekati musuh-musuh AS sebagai bukti pendiriannya yang menolak unilateralisme era Bush.

Ketika Obama menerima "baton" daripada Bush, situasinya sama seperti Nixon yang menerima "baton" daripada Johnson. Nixon dihadiahkan dengan Perang Vietnam yang sangat kompleks oleh Johnson yang akhirnya berjaya ditamatkan walaupun AS mengalami kekalahan moral dan fizikal yang memalukan. Ini antara bukti memperlihatkan wujudnya nixonisme dalam pentadbiran Obama. Malah dasar luar Nixon itu masih relevan dalam konteks pasca perang dingin.

Obama realistik bahawa AS tidak boleh hidup dalam kesombongan yang diciptakan oleh Presiden sebelum ini. Dasar luar Bush yang mahu membuat pengstrukturan semula politik di Asia Barat dengan "menawan" Kuwait, menyerang Iraq dan merancang menyerang Iran kini telah dialih seratus peratus. Obama menambah 17,000 bala tentera di Afghanistan untuk membantu tentera Afghanistan memerangi Al Qaeda di sempadan Pakistan yang dianggap "syurga" pengganas.

Walaupun kini AS menjadi negara kuasa besar tunggal selepas keruntuhan Kesatuan Soviet dan negara-negara blok komunis dua dekad lalu, tentangan terhadap AS tetap hebat. Dasar luar Obama kelihatan sangat berhati-hati dengan kegagalan Bush selepas tragedi 11 September 2001. Bush tidak seperti Nixon, tragedi serangan Pusat Dagangan Dunia (WTC) dengan cepat diselesaikan dengan menyerang Afghanistan yang dianggap "paksi kejahatan". Di sinilah bermulanya kejatuhan Bush apabila mencipta masalah baru tanpa menyelesaikan masalah yang sedia ada.

Selepas Afghanistan, Bush menyerang Iraq dengan alasan sangat mudah iaitu mempunyai loji senjata nuklear. Tetapi Bush tidak berkeras dan bertegas dengan Korea Utara yang secara terang-terangan mengaku membangunkan senjata nuklear. Serangan ke atas Iraq juga bertolak dari tragedi WTC tetapi sehingga kini tidak menguntungkan AS, di segi moral atau material.

Kejatuhan Nixon bukan kerana kegagalan dasar luar tetapi beliau seorang yang mabuk kuasa dan lupa daratan apabila di puncak kuasa. Dalam kelicikan "membunuh" musuh politik, Nixon terlupa kepada orang- orang di sekelilingnya yang belot apabila musuh menawarkan imbuhan yang lebih besar.

Misalnya bekas "orang kuat" Nixon sendiri seperti Alexander Butterfield dan John Dean. Butterfield menjual rahsia Nixon kepada beberapa buah penerbitan dan mereka menjadi kaya raya kerananya. Sementara Dean dipercayai ialah Deep Throat yang menjadi tukang bocor rahsia kabinet Nixon pada kedua-dua wartawan Washington Post hingga mengakibatkan kejatuhannya. Benarlah mata pen itu setajam pedang. Ini adalah kesilapan Nixon yang tidak pernah takut kepada ketajaman pengaruh dunia kewartawanan sehinggalah akhbar Washington Post menumbangkan beliau dengan skandal Watergate. Semoga Obama tidak melihat remeh kuasa wartawan dan media. Keberkesanan dasar luar juga memerlukan sokongan media.

Jangan seperti Nixon yang menganggap wartawan tidak lebih tukang sibuk dan pemusnah hidup dan kariernya. Kita boleh melihat kejatuhan Nixon dalam filem All The President's Men (1976) walaupun filem arahan Alan J. Pakula ini mempunyai ruang untuk berbohong terutama mengenai manusia seperti Nixon.

Nixon adalah manusia politik yang istimewa. Beliau salah seorang Presiden yang paling articulate dalam sejarah AS. Pandangan yang dialirkan menerusi The Memoirs of Richard Nixon (1990) memberikan perspektif hidupnya yang menarik. Maka tidak hairanlah kalau Obama menjadikan idealisme Nixon sebagai jurupandu politiknya.