Mon | Sep 24, 07 | 2:24:47 pm MYT
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Hrkh) - Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang menegaskan kerajaan harus bertanggungjawab ke atas apa yang telah berlaku kepada kanak-kanak malang Nurin Jazlin Jazimin, 8, kerana ia berpunca daripada kelemahan undang-undang negara.
"Apa yang terjadi kepada Nurin adalah berpunca daripada kelemahan undang-undang British yang kita amalkan sekarang bukannya undang-undang Islam," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menziarahi keluarga Nurin di rumahnya di Wangsa Maju, Seksyen 1 pagi tadi.
Ustaz Hadi yang meluangkan masa kira-kira 15 minit bersama ibu bapa kanak-kanak malang itu Jazimin Abd Jalil dan Norazian Bistaman menegaskan penjenayah tidak takut dengan undang-undang yang ada dalam negara ini.
Malah katanya, kegagalan pihak polis membendung gejala jenayah seksual termasuklah pembunuhan kejam ke atas Nurin dianggap mengabaikan amanah rakyat.
Beliau juga kesal dengan kenyataan Ketua Polis Negara (KPN) yang disokong oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Mohd Nazri Abdul Aziz yang cuba mendakwa ibu bapa Nurin sekiranya kematian kanak-kanak itu berpunca daripada kecuaian mereka.
"Sebenarnya pihak berkuasa gagal menangani masalah jenayah dalam negara ini kalau di negara lain Ketua Polis Negara keluarkan kenyataan seperti ini sudah lama letak jawatan," katanya yang turut disaksikan oleh kaum keluarga Nurin.
Tegasnya, dalam hal seperti ini bukan pihak keluarga mangsa disalahkan tetapi penjenayah terbabit yang sepatutnya sudah ditangkap seawal kes ini dilaporkan.
"Apa yang mengecewakan polis bukan sahaja tidak boleh menjejaki jenayah terbabit tetapi jenayah semakin bertambah,"katanya.
Ketika mengunjungi keluarga Nurin, Ustaz Hadi turut merakamkan ucapan takziah serta melahirkan rasa kesedihan yang menimpa keluarga terbabit, beliau turut dilihat memberi kata-kata semangat dan perangsang kepada ibu bapa Nurin Jazlin.
Beliau turut menyampaikan buah tangan dan sumbangan kepada ibu bapa Nurin Jazlin serta memberi nasihat kepadanya supaya bersabar dan tabah menghadapi dugaan berat daripada Allah SWT.
Justeru, Ustaz Hadi juga akan membantu dan membela keluarga Jazimin jika sekiranya ada pendakwaan terhadapnya selepas ini.
Hadir sama AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Nawawi dan Pesuruhjaya PAS Wilayah, Ustaz Mohd Nor Mohammad. - mks.
Beliau yang ditemui di rumahnya di Wangsa Maju berkata, ada beberapa media yang melaporkan kematian anaknya ada kaitan dengan Along.
Kesannya sangat besar kepada semua. Ia menimbulkan ketakutan kepada semua. Anak-anak tidak lagi selamat keluar rumah sekali pun sekadar keluar pintu sedang di zaman canggih ini sebahagian dari masa anak-anak terpaksa berada di luar rumah.
Malaysia telah dimerdekakan sebagai negara Islam tetapi mengamalkan sistem dan perundangan jahiliyah. Sekalian yang diamanah menjalankan tugas khalifah di negara merdeka itu tidak peka dengan hikmat peraturan Islam kerana ia disorokkan oleh penjajah.
Orang yang tahu Islam itu tetapi bersetuju dengan penolakan kanun jenayah Islam itu sama dengan sikap para orentalis yang alim tentang pengajian Islam, tetapi tidak diberi hidayat untuk mengamalkannya.
Presiden KeADILan, Dr Wan Azizah Ismail berkata Ketua Polis Negara tidak patut sewenang-wenangnya mendakwa pihak keluarga Nurin Jazlin Jazimin di atas kematiannya itu, sebaliknya mereka sepatutnya mengunakan kuasa dan kepentingan polis untuk mencari dan mendakwa penjenayah kejam yang menyeksa dan membunuh Nurin Jazlin.
Mereka berpendapat adalah mustahil bagi ibu bapa mengawasi anak sepanjang masa, apa lagi dalam hal kedua-dua ibu dan bapa bekerja. 


