Keputusan UPSR hari ini

PUTRAJAYA 14 Nov. – Keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2007 akan dikeluarkan esok.

Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran hari ini, semua calon boleh mendapatkan keputusan mulai pukul 10 pagi di sekolah masing-masing.

Seramai 511,519 calon menduduki UPSR iaitu 504,537 orang atau 98.6 peratus calon sekolah kementerian dan 6,982 calon sekolah swasta.

0 comments: