Kementerian Pertanian disyor hadiahkan penyapu

KUALA LUMPUR 14 Nov. – Seorang Ahli Parlimen hari ini meminta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani turut memperkenalkan anugerah penyapu kepada pegawai dan kakitangan yang didapati gagal menjalankan tugas dengan berkesan.

Datuk Mohd. Said Yusof (BN-Jasin) berkata, beliau terdorong untuk mencadangkan anugerah itu memandangkan terdapat ramai pegawai dan kakitangan agensi di bawah kementerian tersebut gagal menjalankan tugas mereka.

Berikutan sikap sedemikian, katanya, menyebabkan nasib golongan petani khususnya di kawasan pedalaman masih tidak berubah.

Katanya, beliau sanggup menaja beberapa batang penyapu jika pihak kementerian bersetuju memperkenalkan anugerah tersebut.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2008 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat, hari ini.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) ketika mencelah pula berkata, yang mendapat faedah daripada langkah kerajaan memperkasakan bidang pertanian ialah pemain besar (pengusaha), bukan petani kecil.

0 comments: