HARMONI...


MURID pelbagai kaum bekerjasama menyelesaikan tugasan melalui komputer pada perasmian program Portal e-Integrasi di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sentul, Kuala Lumpur, semalam. – Gambar MOHAMAD SHAHARANI SAIDI.

Peribahasa ada mengatakan bahawa melentur buluh biarlah dari rebung, begitu jugalah usaha memupuk integrasi dan perpaduan antara pelbagai kaum di negara ini wajar dilakukan dari peringkat awal lagi.

Salah satu usaha ke arah itu adalah melalui program Portal e-Integrasi di bawah Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang merupakan langkah tepat dalam meningkat integrasi dan keharmonian antara kaum terutama pelajar sekolah.

RIMUP yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika beliau menjadi Menteri Pelajaran pada 1986 dan setakat ini melibatkan 111 kelompok mengandungi 353 sekolah pelbagai aliran.

0 comments: