Oleh Syuhada Choo Abdullah
Bagaimanapun, 20,856 atau 4.2 peratus calon gagal menguasai tahap pencapaian minimum atau memperoleh Gred D dan/atau E dalam semua mata pelajaran, berbanding 19,960 (4.0 peratus) tahun lalu dan 21,033 (4.2 peratus) pada 2005.
Seramai 5,012 calon (1.0 peratus) pula mencatat keputusan sangat lemah (Gred E) dalam semua mata pelajaran, berbanding 3,437 (0.7 peratus) dan 5,151 (1.0 peratus) pada 2005.
Sambil mengakui keadaan itu menggusarkan kementerian, Alimuddin berkata, pelbagai langkah sedang dan akan terus diambil untuk memperbaikinya, seperti pelaksanaan program pemulihan, intervensi awal, kelas tambahan serta penggunaan alat mengajar.
“Data menunjukkan prestasi keseluruhan calon stabil bagi tiga tahun kebelakangan dari segi kuantiti atau kualiti, sekali gus membuktikan dakwaan mengenai kebocoran kertas soalan peperiksaan UPSR 2007 tidak benar.
“Pola taburan markah hampir sama untuk empat tahun kebelakangan juga menunjukkan tiada tanda berlaku kebocoran kertas soalan,” katanya.
Mengenai pencapaian sekolah luar bandar, beliau berkata, ada sekolah di pedalaman mencatat prestasi menggalakkan, termasuk SK To’ Eman, Nyabor, Betung, Sarawak dengan 17 daripada 27 calon sekolah itu mendapat 5A. Sekolah Orang Asli, Penan dan Barawan juga mencatat pencapaian menggalakkan.
Mengenai pemilihan pelajar terbaik UPSR 2007, Alimuddin berkata, mulai tahun ini ia ditentukan Jabatan Pelajaran negeri.
0 comments:
Post a Comment