Seri Paduka mahu rakyat terus bersatu

Sebelum itu, Wan Mohd Safiain mengadakan sidang media di Istana Negara, bagi menjelaskan mengenai kenyataan berkenaan. Hadir sama ialah Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong, Mohd Zuki Ali.

Ini adalah kali pertama Istana Negara mengadakan sidang media bagi memperjelaskan mengenai sesuatu isu.

Isnin lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamaruddin Jaffar, dalam satu kenyataan mendakwa, gabungan itu mengambil keputusan menyerahkan memorandum berkenaan kepada Yang di-Pertuan Agong selepas Seri Paduka sendiri memberikan perkenan.

Tindakan pembangkang itu mendapat kritikan pelbagai pihak termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menyifatkannya sebagai cubaan mengheret institusi raja, terutama Yang di-Pertuan Agong, ke kancah politik.

Wan Mohd Safiain dalam kenyataan tiga halaman itu berkata, sebagai ketua utama negara, tanggungjawab Seri Paduka adalah untuk memastikan sistem pentadbiran negara berlandaskan prinsip Raja Berperlembagaan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, sentiasa dihormati dan dipatuhi semua.

Beliau berkata, Seri Paduka berharap rakyat tidak membabitkan diri dalam sebarang kegiatan atau tindakan yang menyalahi atau bertentangan dengan undang-undang.

“Sesungguhnya setiap rakyat bertanggungjawab untuk memelihara ketenteraman awam demi menjamin keamanan dan kesejahteraan negara.

“Seri Paduka berharap agar rakyat dapat bersama-sama mengekalkan semangat persaudaraan dan perpaduan demi membina negara yang lebih makmur, bersatu padu dan dihormati,” katanya.

0 comments: