ISLAMABAD: Pemimpin Pakistan semalam menyangkal laporan kerajaan sudah mengisytiharkan perintah darurat kelmarin ketika mahkamah yang sepatutnya mengumumkan keputusan nasib Presiden Pervez Musharraf semalam, menangguhkan pengumuman pada Isnin depan.
Keputusan mahkamah itu pada 12 November ini dibuat tiga hari sebelum penggal pemerintahan Musharrat, tamat.
Kedudukan Musharraf �tergantung� apabila kemenangannya dalam pilihan raya Presiden bulan lalu, akan ditentukan barisan hakim yang bersidang bagi memastikan kesahihannya berikutan kedudukannya sebagai Panglima Tentera ketika bertanding.
Perkembangan itu diburukkan lagi dengan laporan pertempuran makin sengit tentera dengan kumpulan militan proTaliban di barat laut negara itu yang menyaksikan sekurang-kurangnya 70 maut, kelmarin.
Pertempuran itu dan beberapa siri pengeboman bunuh diri, menggegarkan Pakistan sejak beberapa minggu lalu yang menambah ketidaktentuan politik di negara Islam berkenaan.
Ini mencetuskan spekulasi yang kerajaan Musharraf, sekutu utama Amerika Syarikat mungkin menguatkuasakan undang-undang tentera jika mahkamah membatalkan kemenangannya bagi penggal lima tahun lagi. "Pada masa ini, sejak malam semalam tiada sebarang keputusan pun mengenai penguatkuasaan perintah darurat," kata Timbalan Menteri Penerangan Tariq Azeem, semalam.
Kenyataannya sebagai mengulas laporan stesen televisyen swasta Geo, memetik sumber pegawai enggan dikenali yang kerajaan membincangkan kemungkinan melaksanakan perintah darurat berkenaan.
Sementara itu, Setiausaha Negara Amerika Condoleezza Rice ketika ditanya sama ada Presiden George W Bush menasihati Musharraf melaksanakan perintah itu, enggan mengulas perkembangan di Pakistan atau memberi butiran rundingan mereka. - AP
0 comments:
Post a Comment