Sokong Bersih - NGO akan demo depan kedutaan Malaysia di luar negara

Johari Jaafar
Fri | Nov 09, 07 | 2:18:03 pm MYT

IPOH 9 Nov (Hrkh) - Pengerusi Himpunan Aman 100 ribu Rakyat anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH), Mohamnad Sabu memberitahu, pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) di luar negara turut mengadakan perhimpunan aman di depan kedutaan Malyasia bagi menyokong BERSIH dan menuntut demokrasi dipulihkan segera.


"Setakat ini saya dapat maklumat perhimpunan anjuran NGO luar negara itu diadakan tidak kurang di sembilan buah negara, iaitu di Bangkok (Thailand), Jakarta (Indonesia), Seol (Karea Selatan), New Dehli (India), London (England), Sdyney (Australia), New York (Amerika Syarikat dan di Monggolia".

"Mereka turut menyerahkan memorandam kepada kedutaan Malaysia mendesak demokrasi dipulihkan di negara ini dan proses pilihanraya umum diadakan dengan bersih, adil dan telus," ujar beliau.

BERSIH, katanya amat menghargai peranan yang dimainkan oleh NGO-NGO di luar negara sehingga mereka sanggup turut serta mengadakan perhimpunan aman di sembilan buah negara.

"Orang luar negara pun sanggup bertindak mengadakan perhimpunan menyokong apa yang BERSIH lakukan, kita di negara in mestilah lebih lagi, kerana itu kita semua wajar menuntut hak kita pada 10 Nevember ini di Dataran Merdeka," ujar beliau.

Menurut beliau, demokrasi di negara ini telah pun `matikan' oleh Umno/BN, kerana itu sistem demokrasi yang ada sekarang ini tidak sama dengan apa yang berlaku di zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysua yang pertama.

"Zaman Tunku Abdul Rahman dahulu, beliau mengambil cuti sebulan atau dua bulan untuk menjelajah seluruh negara, berkempen untuk menghadapi pilihanraya kerana Tunku tidak mahu wang rakyat dan jentera kerajaan digunakan untuk pilihanraya, ketika itu parti lawan parti."

"Sekarang ini tidak berlaku lagi, Perdana Menteri yang ada sudak tidak ikut seperti mana yang dilakukan oleh Tunku, sekarang ini jentera kerajaan digunakan untuk menghadapi parti pembangkang, ada kalanya polis digunakan untuk menghadapi pembangkang seperti yang berlaku di Pilihanraya Kecil Ijok, begitu juga SPR telah menjadi komponen BN, pilihanraya umum 2004 adalah pilihanraya umum yang paling kotor dan pelanggaran demokrasi yang paling ketara," ujar beliau.

"Sudah sampai masanya rakyat negara ini menuntut haknya, mendesak demokrasi dipulihkan segera, plihanraya dijalankan dengan adil, bersih dan telus, kita mahu parti lawan parti, bukabnya parti pembangkang lawan dengan jentera kerajaan dan polis," katanya. - mr

0 comments: