Perhimpunan 10 Nov: Kumpul di 4 lokasi kalau Dataran ditutup - Bersih

Harakahdaily
Fri | Nov 09, 07 | 3:04:14 pm MYT

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Hrkh) – Polis dijangka menutup semua jalan menuju ke Dataran Merdeka bagi mengelakkan orang ramai berkumpul untuk menuntut sebuah sistem pilihan raya yang bersih esok.

Sekiranya itu berlaku, penganjur perhimpunan, Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengumumkan empat lokasi untuk orang ramai berkumpul sebagai langkah alternatif.

"Tempat-tempat tersebut adalah di Sogo, Masjid India, Masjid Negara dan Pasar Seni. Orang ramai dinasihatkan berkumpul di keempat-empat lokasi tersebut sehingga isyarat bergabung diterima daripada pemimpin perhimpunan," kata ahli jawatankuasa Bersih, Tian Chua dalam satu kenyataan hari ini.

Walau bagaimanapun katanya, sekiranya Dataran Merdeka tidak ditutup, orang ramai diminta berkumpul di situ seperti rancangan asal.

Selain itu, kata Tian, orang ramai juga dinasihati masuk ke Kuala Lumpur lebih awal kerana pihak penganjur menjangkakan polis akan mengadakan sekatan-sekatan jalan raya di kebanyakan lalaun memasuki ibu kota. – lanh


0 comments: