Dalang cuba buat provokasi kelirukan peserta Himpunan 10 November

Intan Abdullah
Fri | Nov 09, 07 | 12:05:36 pm MYT

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Hrkh) - Dalam kehangatan bahang perhimpunan Aman rakyat yang akan berlangsung esok, 10 November yang dijangka melakarkan sejarah politik tanah air, terdapat satu edaran yang berbentuk 'handbill' yang menyatakan bahawa lokasi perhimpunan tersebut ditukarkan kepada Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Tindakan dalang yang bermotif untuk menggagalkan program tersebut, dikesan berlaku di sekitar Kampung Baru.

Wakil Jawatankuasa Perhimpunan Aman Rakyat, Aiman Athirah yang menghubungi Harakahdaily meminta agar orang ramai tidak melayan apa jua bentuk provokasi daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ini termasuk sistem pesanan ringkas(SMS) yang bertujuan menakut-nakutkan dan mengelirukan peserta yang akan mengikuti perhimpunan tersbut.

"Buat masa ini, tiada sebarang perubahan terhadap perancangan asal yang telah dibuat iaitu berkumpul di Dataran Merdeka dan berarak ke Istana Negara," jelasnya kepada Harakahdaily.

Senario yang berlaku membuktikan bahawa terdapat unsur tekanan yang disebabkan oleh keyakinan pihak tertentu bahawa rakyat akan turun beramai-ramai bagi memeriahkan suasana perhimpunan aman esok. - mr


0 comments: