Kes bunuh Ketua Polis Negara selesai

KUALA LUMPUR 25 Okt. – Kes pembunuhan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahman Hashim pada 7 Jun 1974 telah selesai, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata, penjenayah-penjenayah terbabit yang turut terlibat dalam kes pembunuhan bekas Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong, telah dikenal pasti, ditangkap, dituduh dan dijatuhkan hukuman mati.

Menurut Perdana Menteri, mengikut fakta kes, Abdul Rahman ditembak oleh dua lelaki berhampiran bangunan Lee Yan Lian, Jalan Tun Perak (dahulunya Jalan Mountbatten), pada pukul 8.20 pagi.

‘‘Allahyarham meninggal dunia pada pukul 8.30 pagi iaitu semasa dalam perjalanan ke Hospital Besar Kuala Lumpur,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) di Dewan Rakyat hari ini.

0 comments: