Abdullah puji sumbangan Samy Vellu

KUALA LUMPUR; Buku 'Samy Vellu – As We Know Him' yang dilancarkan semalam secara jelas menggambarkan Presiden MIC itu sebagai seorang yang berjuang untuk rakyat dan negara, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata pembaca dapat menilai pengorbanan, kejayaan dan pencapaian Datuk Seri Samy Vellu sebagai antara pemimpin yang paling lama berkhidmat.

"Buku ini adalah bukti mengenai bagaimana Samy Vellu menyumbang kepada kehidupan harian rakyat Malaysia," kata Abdullah dalam prakata buku itu yang dilancarkan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Buku karya Chitra Vasu itu berharga RM140 senaskhah dan mengandungi 79 kisah mengenai pertemuan pertama kali 79 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat dengan Menteri Kerja Raya itu.

Dalam prakata itu, Abdullah berharap buku itu akan menarik minat semua orang yang pernah ada kaitan dengan Samy Vellu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perutusannya pula berkata, buku itu menceritakan daya kepemimpinan Samy Vellu sehingga berjaya menjadi pemimpin yang cekap dalam politik dan kerajaan. -

0 comments: