'Laksana Akta Kanak-kanak 2001 segera'

KAMPUNG GAJAH: Akta Kanak-kanak 2001 yang masih didebatkan di Parlimen ketika ini perlu diperkuat dan disegerakan pelaksanaannya berikutan kadar jenayah membabitkan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah termasuk salah laku seksual dan dera semakin berleluasa di Malaysia.

Ketua Puteri Umno, Datuk Noraini Ahmad, berkata Malaysia mempunyai banyak akta dan peraturan khususnya membabitkan undang-undang mengenai kanak-kanak tetapi ia masih perlu diperkukuh sebelum diimplimentasi dan dikuatkuasakan segera.

Beliau berkata, faktor itu menjadi satu sebab mengapa pesalah seksual kanak-kanak khususnya, kerap terlepas dengan hukuman ringan apabila dihadapkan ke mahkamah.

"Kita ada banyak akta dan peraturan di Malaysia tetapi masih perlu diperkuatkan dan disegerakan kerana jika tidak penjenayah terbabit tidak akan mempunyai rasa takut dan terus menjalankan perbuatan tidak bermoral merosakkan kanak-kanak.

"Dia (penjenayah) tahu dia boleh lepas dengan hukuman ringan adakalanya hukuman serendah tiga tahun saja," katanya apabila diminta mengulas mengenai pembunuhan kejam Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang menjadi mangsa penderaan seksual.

0 comments: