Dr M jalani pembedahan bersih luka

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedang menjalani rawatan pemulihan daripada pembedahan pintasan jantung, malam kelmarin menjalani pembedahan membersihkan luka akibat jangkitan kuman.

Menurut kenyataan Institut Jantung Negara (IJN) semalam, pembedahan dilakukan jam 11.30 malam dan berakhir 2.30 pagi.

Prosedur itu dilakukan pasukan pembedahan diketuai Tan Sri Dr Yahya Awang, pasukan sama melakukan pembedahan pintasan jantung Dr Mahathir di IJN pada 4 September lalu.

Dr Mahathir kini dalam keadaan stabil dan menggunakan alat sokongan rutin selepas pembedahan.

Beliau dijangka terus menggunakan alat sokongan sekurang-kurangnya 36 jam bagi penjagaan selepas pembedahan dan dipantau rapi sepasukan doktor dan jururawat IJN di Unit Penjagaan Rapi (ICU).

"Tempoh 72 jam akan datang adalah masa paling penting bagi penjagaan selepas pembedahan," menurut kenyataan itu. � Bernama

0 comments: