Dakwaan cuai ikut pertimbangan

KUALA KANGSAR: Sebarang kemungkinan untuk mengambil tindakan terhadap keluarga Nurin Jazlin Jazimin, atas dakwaan cuai, dilakukan berdasarkan pertimbangan daripada segi peruntukan undang-undang sedia ada.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata tindakan boleh diambil terhadap sesiapa saja sekiranya ada perbuatan dilakukan menyalahi undang-undang.

"Satu daripada prinsip yang terkandung dalam Rukunegara ialah kedaulatan undang-undang.

"Undang-undang tetap undang-undang, sekiranya ada perbuatan dilakukan menyalahi undang-undang kita kena ambil tindakan, tiada siapa boleh terlepas," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa dan penyerahan zakat Amanah Raya Berhad (ARB) di Masjid Taman Kuala Kangsar di sini malam kelmarin.

Pada majlis itu seramai 650 orang terdiri daripada masing-masing 125 anak yatim lelaki dan perempuan serta masing-masing 200 ibu tunggal dan duda menerima bantuan berupa beras, wang tunai serta barangan lain daripada ARB.

0 comments: