Bandar larang iklan menggoda

BEIJING: Bandar raya di utara China mengharamkan penggunaan perkataan ‘menggoda’ seperti ‘wanita mengghairahkan’, ‘lelaki kacak’ dan ‘banyak wang’ dalam iklan perkahwinan dalam usaha membasmi penipuan, lapor akhbar kelmarin.

Ramai penduduk China masih mendapatkan khidmat broker perkahwinan untuk mencari pasangan hidup sesuai untuk anak mereka dan selalunya menerusi iklan yang disiarkan di akhbar, majalah dan internet.

Bagaimanapun, selepas siri aduan dari orang yang berkata mereka ditipu - walaupun tidak dijelaskan bagaimana - ibu negeri wilayah Henan, Zhengzhou, mula mengekang industri itu, lapor Beijing News.


“Bermula 1 November, broker perkahwinan perlu mendapatkan kelulusan kerajaan tempatan untuk kandungan iklan mereka dan berisiko dilarang menjalani perniagaan seumur hidup jika melanggar arahan itu,” tambahnya. – Reuters

Janji mengatur perkahwinan dengan warga asing juga dilarang, kerana iklan seumpama itu cuma bertujuan mendapatkan rakan atau pasangan untuk melancong, menurut laporan. – Reuters

0 comments: