SEMANGAT SYAWAL...


TENGKU Muhammad Ismail Tuanku Mizan Zainal Abidin (kanan) turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada kakitangan Istana di Istana Nadhirah, Kuala Terengganu, semalam.

Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Tuanku Mizan Zainal Abidin menyampaikan duit raya kepada lebih 170 kakitangan pejabat istana Terengganu bersempena sambutan Aidilfitri hari kedua yang diadakan di Istana Nur Nadhirah, Kuala Terengganu, semalam.

Upacara penyampaian duit raya itu dilakukan selepas baginda bersama ayahanda dan bondanya, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Permaisuri Nur Zahirah serta kakanda dan adinda-adindanya selesai menziarahi nendanya, Yang Teramat Mulia Tengku Besar Terengganu di Istana Al-Muktafi Billah.

Terdahulu, Tengku Muhammad Ismail bersama ayahandanya turut meluangkan masa kira-kira setengah jam menghadiri majlis tahlil dan melawat pusara Almarhum nendanya di Makam Diraja Sultan Mahmud di Masjid Al-Muktafi Billah di Ladang.

Tengku Muhammad Ismail bersama keluarga kemudian berangkat pulang ke ibu negara dengan pesawat khas di Lapangan Terbang Sultan Mahmud kira-kira pukul 2.30 petang selepas mengadakan lawatan setengah hari ke Terengganu bersempena Hari Raya Aidilfitri.

0 comments: