Ruqaya sertai All-Comers

KUALA LUMPUR – Pemenang pingat emas 200 meter Sukan Asia Doha 2006, Ruqaya Al Ghasara dari Bahrain yang mendedikasikan kemenangannya itu kepada semua wanita Islam, akan berada di Kuala Lumpur bagi Kejohanan All-Comers KOAM/MSN pada 3-4 November ini di Stadium Nasional di Bukit Jalil.

Riqaya yang mencatat sejarah apabila mengenakan pakaian sukan menutup aurat dan bertudung mengikut ajaran Islam, memenangi pingat emas 200m dengan catatan masa 23.19 saat di Stadium Khaliffa, Doha, Disember lepas, merupakan antara atlet pasukan Bahrain di Kejohanan All-Comers.

Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, kehadiran Al Ghasara pasti akan memberi inspirasi kepada atlet tempatan, terutamanya atlet beragama Islam.

‘‘Selepas memenangi 200m Sukan Asia, atlet berumur 24 tahun itu berkata beliau tiada masalah berlari dengan menggunakan hijab (tudung),“ katanya.

- Bernama

0 comments: