SEREMBAN: Sebuah syarikat tempatan, Distinct Agricultural Services Sdn Bhd berhasrat menjadikan ladang ternakan kambing Boer seluas 40.87 hektar di Serting Hilir untuk menghasilkan gene kambing Boer paling berkualiti dan bermutu untuk dipasarkan kepada penternak tempatan.
Ketua Eksekutifnya, Zainal Abd Ghani, berkata syarikat itu yang menggunakan jenama BODEN dijangka mula memasarkan gene kambing Boer kepada penternak tempatan pada tahun depan.
"selepas ini, kita tidak perlu mengimport kambing jenis ini dari luar negara kerana syarikat ini berupaya menghasilkan gene kambing Boer setanding yang diimport sebab ia sesuai dengan iklim dan mempunyai ketahanan melawan penyakit dengan lebih baik," katanya ketika ditemui di gerai pameran sempena Konvensyen Pertanian Kebangsaan di Allson Klana Resort di sini, semalam.
Zainal yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif sistem Aliran Ringan Sdn Bhd (STAR LRT) berkata, selepas mula beroperasi pada 21 Disember tahun lalu, baka yang diternak di ladang berkenaan kini berupaya dipasarkan.
Katanya, kumpulan pertama dan kedua kambing yang disatukan membabitkan 146 ekor berjaya menghasilkan 216 ekor anak kambing termasuk 45 peratusnya adalah kembar untuk kemudiannya bagi memastikan anak kambing yag menetapi ciri-ciri bagi disimpan bagi dijadikan baka induk tambahan dan 40 peratus sekarang akan dipasarkan.
"Kita bermula dengan stok awal sebanyak 350 ekor dan ketika ini mempunyai 750 ekor kambing Boer," katanya.
Dengan slogan syarikat - "Kambing Gembira - Kambing sihat", Zainal berkata, pihaknya mensasarkan baka induk di ladang sebayak 1,000 ekor kambing dengan menghasilkan baka kambing 1,800 ekor setahun menjelang 2010.
"Di ladang ini, kita seperti menjual kereta mewah dan sebab itulah kita menggunakan teknik penjagaan yang amat rapi untuk menjaga kambing bagi menghasilkan gene bermutu dan berkualiti," katanya.
Beliau berkata, untuk mendapatkan baka berkualiti rekod setiap ekor kambing mesti dikemaskinikan supaya pembeli mengetahui latar belakang ternakan itu bermula dari kecil sehingga dijual.
Katanya, perisian khas untuk merekod kambing itu sedang ditingkatkan dan akan siap sebelum hujung tahun ini.
0 comments:
Post a Comment