Promosi rokok Shah Rukh Khan dibantah

MUMBAI: Aktor popular Bollywood, Shah Rukh Khan, semalam disaman sebuah badan bukan kerajaan (NGO) kerana merokok di khalayak ramai ketika hadir dua acara iaitu perlawanan kriket dan sidang media di New Delhi.

Pertubuhan Pembasmian Tembakau Kebangsaan (NOTE), yang sebelum ini mengeluarkan notis perundangan kepada Amitabh Bachchan berhubung poster filem memaparkan aktor handalan itu menghisap cerut, menyerahkan saman menerusi peguamnya.

NOTE mengugut untuk menyaman Shah Rukh kerana mempromosikan merokok di khalayak ramai, yang dilarang menurut Akta Antitembakau.


Saman kepada Shah Rukh dikeluarkan menurut Seksyen 4 dan 5 (3) Akta Rokok dan Produk Tembakan 2003 yang antara lain melarang pengiklanan, penjualan dan perdagangan, pengeluaran, pembekalan dan pengedaran.

"Imej Shah Rukh menghisap rokok ditunjukkan ketika perlawanan kriket Twenty20 di Mumbai pada 20 Oktober disiarkan di televisyen. Penyiaran imej seumpama itu adalah satu lagi tindakan yang memang berbaloi dikecam," kata Setiausaha Agung NOTE, Dr Shekhar Salkar.

Sebelum kejadian itu, Shah Rukh ditunjukkan sedang duduk dengan rokok dinyalakan berada di tangannya ketika sidang media di New Delhi pada 12 dan 13 Oktober lalu.


Tindakan itu memberi imej buruk kepada aktor paling menjadi buruan dan ikon remaja, kata Dr Salkar sambil menambah bahawa dia kecewa kerana bintang yang dipuja berjuta peminat itu tidak sepatutnya menggalakkan amalan itu.

Minggu lalu, Shah Rukh Khan berkongsi pengalaman peritnya apabila mendakwa namanya yang jelas menunjukkan dia beragama Islam menyebabkan dia diperiksa lebih ketat apabila pergi ke negara luar terutama di lapangan terbang Heathrow di London.

Shah Rukh memberitahu akhbar DNA beribu pejabat di Mumbai , selain melalui pemerik saan lebih ketat, Shah Rukh mendapati pembantunya yang beragama Hindu dapat melepasi pemeriksaan beg lebih cepat ber banding dia sendiri.

Shah Rukh bakal membintangi filem terbaru arahan Karan Johar bertajuk My name is Khan - mengenai bagaimana umat Islam dicurigai selepas serangan 11 Sep tember 2001 di Amerika Syarikat.

Pelakon itu sudah membintangi lebih 50 filem. Terbaru, Shah Rukh berlakon se bagai jurulatih pasukan hoki wanita India dalam filem yang mencatat kutipan pecah panggung, Chak De India. - Agensi

0 comments: