ANKARA, Turki 27 Okt. – Ancaman kemungkinan berlakunya serangan besar- besaran ke atas pemberontak Kurdis di Utara Iraq menjadi semakin nyata hari ini apabila perbincangan krisis itu dengan delegasi Iraq gagal memuaskan hati Ankara.
Akhbar melaporkan Turki sedang meningkatkan askarnya di sempadan dengan Iraq dengan jet pejuang F-16 hanya menunggu arahan untuk melakukan serangan.
Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata, negara ini berada di peringkat berjaga-jaga sambil membuat amaran baru bahawa mereka yang menutup mata ke atas perbuatan pemberontak sebagai turut sama bersalah.
Sementara itu, pemberontak Kurdis menyatakan mereka sedang menimbangkan permintaan seorang penggubal undang- undang Turki untuk membebaskan lapan tentera Turki yang ditawan minggu lalu.
Parti Buruh Kurdistan (PKK) yang mendakwa lapan tentera itu ditangkap dalam satu operasi 21 Oktober lalu, menerima permintaan daripada Ahli Parlimen Turki berbangsa Kurdis, Ahmet Turk Rabu lalu supaya kesemua tentera itu dibebaskan.
– AP
0 comments:
Post a Comment