KUALA LUMPUR: Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang membidas Menteri Besar Kelantan, DatukNik Aziz Nik Mat kerana masih berdolak-dalih untuk menyerahkan pentadbiran semua sekolah agama rakyat (SAR) kepada Kementerian Pelajaran bagi membolehkan proses perubahan menyeluruh dilaksanakan.
Wakilnya, Datuk Pirdaus Ismail, berkata kerajaan negeri itu enggan berbuat demikian atas alasan politik dan menganggap SAR milik mereka.
“Anak kecil yang tidak faham politik menjadi mangsa. Nasib anak ini mesti dibela, jika tidak mahu ditadbir tapi membiarkan mereka (pelajar) begitu... ini satu kezaliman.
“Kita mahu SAR menjadi sekolah agama bantuan kerajaan, bukan kerana nak ambil alih tapi sebenarnya untuk membela dan mengangkat martabat Islam.
“Masih ada orang salah faham... tapi tujuan kita untuk membantu. Sekolah agama dulu daif, sekarang terbela dan guru dapat gaji tetap dan kurikulum ditambah,” katanya membahas usul agama dan sosial.
Pirdaus yang juga Timbalan Ketua Umno Permatang Pauh berkata, kerajaan mahu membangunkan prasarana di semua SAR di negeri itu termasuk memberikan jawatan tetap supaya pendidik mendapat kemudahan dan gaji lebih baik guru lain.
Beliau juga berkata, kejayaan kerajaan mentadbir sekolah agama terbukti dengan pelaksanaan program Jawi, al-Quran dan Asas Fardhu Ain (j-QAF).
“Kalau dulu kita kata ramai lulusan agama menganggur tapi sekarang 10,000 orang mendapat pekerjaan. Tak ada lagi pengangguran di kalangan lulusan agama dan menjelang 2010 seramai 200,000 pelajar akan mendapat manfaat daripada j-QAF,” katanya.
0 comments:
Post a Comment