PM dan isteri gembira sambut raya semasa anak isteri tahanan ISA menderita

Roy Rasul
Fri | Oct 05, 07 | 4:32:22 pm MYT

"Pak Lah dan isteri beraya... tahanan ISA dan keluarga terus derita.. Bebaskan mereka,kembalikan kepangkuan keluarga," demikian antara sepanduk yang direntang dalam demonstrasi membantah Akta keselamatan Dalam Negeri (ISA) berhampiran Masjik Jamek, tengah hari tadi.

ImageDemontrasi anjuran Gerakan Mansuhkan ISA yang disertai beberapa badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh, serta beberapa pimpinan Barisan Alternatif (BA) seperti Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Saleh, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Tian Chua, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad, Bekas tahanan ISA, Shaari Sungip sertaisteri-isteri tahana ISA.

Demontrasi yang berlangsung secara aman turut menarik perhatian orang ramai yang lalu-lalang di kawasan tersebut.

ImageSementara itu, Syed Ibrahim berkata, tindakan mengadakan demontrasi itu bagi menunjukkan bantah berterusan daripada mereka bahawa akta tersebut menzalimi ramai orang.

Beliau yang bercakap kepada media di tempat tersebut berkata, sehingga sekarang ada yang merengkok di situ enam tahun lalu.

"Sekarang ini lebih kurang tujuh hari lagi akan menjelang 1 Syawal, maka kita membuat keputusan untuk memberitahu rakyat bahawa akta ISA tidak bolehlagi diteruskan dan semua tahanan perlu dibebaskan," katanya.

Tambahan pula katanya, dalam dalam bulan Ramadan ini semua orang bersama keluarga tetapi tahanan ISA yang beragama Islam menghabiskan bulan mulia ini bersendirian.

ImageKatanya, kebanyakan tahanan menyambut Ramadan dan Syawal kali ke enam tanpa diketahui kesalahan dan buktinya.

Beliau berkata, bayangkan selama enam tahun itu keluarga tahanan hilang penyara nafkah dan tanpa bantuan kebajikan yang jelas.

"Kekejaman dan kezaliman ini akan berterusan berlaku selagi mana ISA wujud," katanya.

Sekarang ini katanya, terdapat lebih kurang 90 tahanan dan hampir tahanan dilebelkan sebagai Jemaah Islamiyah (JI).

Nasib tahanan ISA dan keluarganya katanya, terumbang-ambing dan tidak mendapat perhatian atau keehsanan lebih-lebih lagi daripada kerajaan.

ImageMalah dakwanya, Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi bersikap hipokrit apabila beliau menyarakan Kem Guantonamo ditutup.

Bagaimanapun dakwanya di Malaysia beliau yang bertanggungjawab merestui pencabulan hak asasi rakyat Malaysia di Kemta dan menahan beratus-ratus orang tanpa bicara.

Sehubungan itu katanya, sempena Ramadan dan Syawal nanti, GMI menyeru kerajaan supaya membebaskan semua tahanan ISA tanpa pengecualian atau dakwa mereka di mahkamah.

Kerajaan juga katanya, perlu menerima syor Suhakam supaya akta ISA dimansuhkan. - m

0 comments: