PM pulang

SUBANG 4 Okt. – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Datin Seri Jeanne Abdullah selamat tiba di tanah air malam ini selepas menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York, Amerika Syarikat (AS).

Dalam perjalanan pulang ke Malaysia, Abdullah dan isteri singgah di London untuk merasmikan Kampus Universiti Lim Kok Wing di bandar raya tersebut.

Pesawat khas yang membawa Abdullah dan isteri mendarat pada pukul 9 malam ini di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini.

0 comments: