PERANCANGAN harta digalakkan dalam Islam. Ada beberapa instrumen yang boleh diguna pakai untuk perancangan harta iaitu wasiat, hibah dan amanah.
Hibah adalah pemberian harta tertentu tanpa balasan. Hibah berkuat kuasa serta-merta selepas pemilik harta memberi harta dan penerima menerima harta itu.
Pemilik harta boleh menghibahkan hartanya tanpa had semasa hidup. Harta boleh dihibahkan kepada sesiapa saja sama ada waris faraid ataupun individu dan atau organisasi yang tidak ada kaitan dengan penghibah itu.
Hibah daripada ibu bapa kepada anak boleh ditarik balik, manakala hibah kepada selain daripada anak tidak boleh ditarik balik, begitu juga dengan hibah daripada anak kepada ibu bapa.
Konsep amanah merangkumi berbagai aspek termasuk kewajipan agama dan hubungan antara manusia. Menjaga keluarga, mencari ilmu, menjaga alam sekitar dan menjaga harta adalah amanah.
Amanah satu instrumen yang membabitkan tiga pihak iaitu setlor, pemegang amanah dan benefiasiari.
Setlor adalah pemilik harta yang mengamanahkan hartanya kepada pemegang amanah untuk memegang harta bagi pihak benefisiari.
Sebagai sebuah syarikat amanah berdaftar mengikut akta Syarikat Amanah 1949, as-Salihin Trustee Bhd boleh dilantik menjadi pemegang amanah.
As-Salihin Trustee Berhad menggabungkan konsep hibah dan amanah sebagai instrumen yang boleh digunakan untuk memastikan hak orang disayangi terjamin.
Contohnya Amanah Hayat dibentuk untuk menjaga kebajikan anak yang kurang upaya dan tidak boleh menguruskan diri sendiri.
As-Salihin Trustee Bhd menawarkan produk Amanah Hayat dan Deklarasi Hibah. Amanah Hayat dan Deklarasi Hibah ini berkuat kuasa serta-merta selepas Amanah Hayat dan Deklarasi Hibah dibentuk.
Oleh itu, harta dalam Amanah Hayat dan Deklarasi Hibah tidak tertakluk kepada hukum faraid. Kedua-dua instrumen ini berbeza dengan wasiat kerana wasiat berkuat kuasa selepas kematian pewasiat.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 03-77841993 atau e-mel pertanyaan kepada general@as-salihin.com.
Sempena musim haji tahun ini, as-Salihin Trustee Berhad menawarkan pakej khas berserta cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan.
0 comments:
Post a Comment