Thu | Nov 01, 07 | 2:27:53 pm MYT
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Hrkh) - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dilihat berperanan sebagai peguam bela kepada kerajaan bagi menutup segala kelemahan kerajaan yang didedahkan oleh pelbagai pihak.
Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.
Ahad lalu, ketika ditemubual oleh wartawan New Sunday Times Aniza Damis, Nazri berkata perhimpunan 1,000 peguam di Putrajaya membantah sistem kehakiman yang korup itu tidak boleh dijadikan isu kerana ia tidak mewakili suara majoriti pengamal undang-undang di Malaysia.
Naib Presiden KeADILan, Sivarasah Kandiah berkata Nazri seolah-olah tidak faham ketika membicarakan isu video rakaman perbualan seorang peguam, VK Lingam dengan hakim, Tun Ahmad Fairus.
"Pendapatnya bercanggah, terutama apabila menyatakan perhimpunan lebih 1,000 peguam di Palace of Justice Putrajaya sebelum ini adalah tidak mewakili suara majoriti seluruh pengamal undang-undang di Malaysia," ujarnya kepada Harakahdaily.
Hakikatnya, Sivarasah membuat kesimpulan bahawa Nazri sememangnya tidak tahu apa yang dikehendaki disebabkan fahaman politik yang dimilikinya terlalu cetek.
"Nazri kena faham, apabila lebih 1,000 orang peguam berhimpun, berarak menyatakan bantahan, itu menandakan ada sesuatu masalah yang serius, ada isu yang timbul," katanya lagi.
Sementara itu, AJK Jawatankuasa Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Pemuda PAS Pusat, Abdullah Abdul Karim melihat apa yang dilakukan Nazri tidak ubah sebagai boneka yang ditugaskan untuk menafikan apa jua kelemahan dalam kerajaan.
"Nampak sangat Nazri berdolak dalih, seolah-olah beliau dilantik untuk melenyapkan segala keaiban sistem kehakiman negara," tegasnya.
Apapun, Abdullah berpendapat respons yang diberikan Nazri ketika menjawab mengenai isu ini menunjukkan beliau jahil dalam undang-undang walaupun mempunyai latar belakang tentangnya.
"Nazri sendiri gagal untuk menjelaskan apa itu 'separation of powers' kepada ahli parlimen apabila dipersoalkan tentangnya," dakwanya.
Abdullah meminta pengamal undang-undang diingatkan agar tidak terus terpedaya dengan Nazri dengan apa jua pandangan dan kritikan terhadap tindakan yang bertujuan untuk melemahkan semangat mereka untuk terus memperjuangkan isu kehakiman ini. - mns
0 comments:
Post a Comment