Budak punca kebakaran

CALIFORNIA: Pegawai menyalahkan kebakaran hutan yang memusnahkan kawasan lebih 15,380 hektar dan 21 rumah minggu lalu ke atas seorang budak lelaki yang bermain dengan mancis api, dan berkata mereka akan meminta pendakwa mempertimbangkan kes itu.

Budak berkenaan, yang nama dan usianya tidak disiarkan, mengaku menyalakan api pada 21 Oktober lalu, kata Sherif Los Angeles, Sarjan Diane Hecht, kelmarin. Angin kencang membantu ia merebak dengan pantas.

“Dia mengaku bermain dengan mancis dan secara tidak sengaja memulakan kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan.

Budak itu diserahkan kepada ibu bapanya, dan kes berkenaan akan dibentangkan kepada pejabat Peguam Daerah, kata Hecht.

Kebakaran bermula di kawasan berhampiran Agua Dulce dan api merebak dengan pantas. – AP

0 comments: