Thu | Oct 25, 07 | 11:00:56 am MYT
Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menasihati pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) supaya menjalankan tugas dengan penuh amanah dan sentiasa memelihara kewibawaan. Persoalannya bilakah BPR tidak menjalankan amanah. Yang tidak menjalankan amanah Abdullah dan pemimpin BN.
Tidakkah mereka melancong dengan menaiki bot mewah di Australia ketika penduduk Johor dilanda banjir pada Disember 2007 yang mengorbankan 17 nyawa? Sebenarnya pegawai BPR sudah bertungkus-lumus menjalankan amanah. Ada meninggalkan anak isteri untuk membuat siasatan. Apa yang berlaku selepas itu, habuk pun tidak ada. Kerana pukat hanya terkena kepada ikan bilis sahaja. Inilah dilema sebenarnya. Kerana kuasa mendakwa tidak ada pada mereka. Mereka seperti singa tua yang tidak ada gusi.
Rakyat perlu awas kerana Abdullah cuba untuk bina imej baru yang terconteng di mukanya. Ini kerana pilihan raya sudah dekat. Beliau perlu membina imej untuk menipu pengundi lagi pada pilihan raya akan datang.
Semakin hari semakin terserlah imej buruk beliau. Pepatah Arab ada menyebut "Walaupun kamu sembunyi macam mana sekalipun akhirnya diketahui juga, walaupun kamu naik ke atas langit." Sekarang imej beliau tidak seperti mana beliau mula-mula naik untuk menghadapi pilihan raya 2004. Imej anak ulama, mempopularkan Islam Hadhari, perang rasuah, jadi imam tarawih, imej telus, kononnya sifat terbuka, imej berbeza dengan Tun Dr Mahathir Mohamad. Menyebabkan orang tertipu dan beliau menang besar.
Tetapi dengan perkembangan mutakhir semua lapisan msyarakat sudah meluat, sama ada pegawai kerajaan atau orang biasa. Malahan orang Umno sendiri sudah nampak kelemahan dan tidak berupaya Abdullah mentadbir parti dan negara. Kata orang Terengganu 'dah habis gas'.
Indeks rasuah semakin parah. Zamannya seorang Naib Presiden Umno, Tan Sri Isa Samad disabitkan rasuah dalam pemilihan parti hanya dihukum tidak boleh pegang jawatan dalam parti selama enam tahun.
Kenapa pula BPR tidak boleh mengambil tindakan kalau ia dikategorikan rasuah. Ini menunjukkan pemimpin Umno kebal dan bebal. Rakyat kena fikir kalau sesama sendiri pun rasuah berlaku macam mana pula ketika berlawan dengan pembangkang dalam setiap kali pilihan raya.
Isu-isu yang bertimbun-timbun walaupun beliau bercakap soal modal insan, tetapi apa yang berlaku masalah rasuah menjadi-jadi. Dan tidak ada penyelesaian. Isu yang paling ketara adalah klip perbualan seorang peguam mengenai susun atur hakim di negara ini.
Kenapa beliau takut untuk tubuh suruhanjaya yang lebih bebas. Kalau isu tok ketampi pun ada suruhanjaya, kenapa isu yang besar hanya tubuh penal penyiasat bebas yang hanya perhabis beras. Ini kerana bidang kuasanya terhad. Sedangkan isu ini adalah tonggak kekuatan sebuah negara berbanding dengan isu tok ketampi dalam lokap. Isu yang boleh meruntuhkan sebuah negara dan kehancuran rakyat jelata. รข€“ lanh
0 comments:
Post a Comment