BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

AWANG tidak berhajat untuk meramal keputusan pilihan raya kecil Permatang Pasir yang akan diketahui malam ini. Tunggulah sahaja pengundi membuat penentuan sama ada mahu mengekalkan Pas atau melakukan perubahan dengan memilih calon Barisan Nasional (BN).

Menang atau kalah, adalah adat pertandingan dan keputusan itu nanti harus dihormati oleh semua pihak.

Cuma yang Awang sedih ialah gejala menyerang peribadi, fitnah dan tuduhan liar sepanjang kempen oleh parti pembangkang.

Nampaknya pendekatan parti pembangkang tidak berubah. Malah harapan untuk melihat kempen yang tertib dan bersih daripada tohmahan pada bulan Ramadan ini juga, tidak kesampaian.

Pada Awang, keputusan pilihan raya nanti adalah satu hal. Tetapi tingkah laku parti politik juga adalah satu hal berlainan, yang akan dinilai oleh rakyat.

Sebab itulah pakatan pembangkang bukan sahaja gagal meningkatkan momentum sokongan rakyat selepas pilihan raya umum lalu, bahkan kian merosot pengaruh mereka.

Sesungguhnya pembangkang terlepas satu demi satu peluang untuk mempamerkan imej yang harmoni dan sederhana. Mungkin mereka tiada budaya itu.

Awang – Tolak ekstremisme.

0 comments: