Oleh Bashah Zainol Abidin
JELAS ujian getir menunggu Mohd Azraai Khor Abdullah musim ini ketika tumpuan peminat skuad Hijau Kuning terarah kepada 'sentuhan ajaib' miliknya.
Pencapaian mengejutkan dengan menjuarai tiga trofi musim lalu - Piala Malaysia, Liga Super dan Piala FA dianggap ada kaitan dengan kepakaran dan aplikasi pengendali itu dan pertaruhan sekali lagi diletakkan ke atas bahunya.
Apakah jurulatih itu dapat menjana skuad negeri dibimbing musim ini mengulangi pencapaian musim lalu atau pun sekurang-kurangnya dapat mempertahankan satu gelaran. Ikutilah temubual wartawan Berita Minggu, Bashah Zainol Abidin dengan pengendali itu, baru-baru ini.
Soalan: Kedah mengejutkan peminat bola sepak tempatan dengan memenangi tiga trofi dalam Liga Malaysia musim lalu walaupun matlamat itu disasar bagi musim 2007-2008. Mampu pasukan anda mengulangi gemilang itu?
Azraai: Saya tidak mahu memberi apa-apa bayangan ketika ini. Tetapi berpandu kepada bekalan pemain muda yang purata berusia 22 tahun, InsyaAllah pasukan negeri dengan ramai tenaga muda mampu meraih lagi gelaran musim ini. Secara peribadi saya mahu memastikan era lama ketika pasukan diketuai Radhi Mat Din dan rakan akan kembali semula buat menceriakan peminat setia kami.
Soalan: Selepas memenangi tiga piala musim lalu, apakah matlamat musim ini?

Azraai: Secara logik saya mengharapkan kita dapat menjuarai Liga Super dan Piala Malaysia. Inilah dua gelaran yang menjadi sasaran pengurusan Persatuan Bola Sepak Kedah. Kita ada bekalan dan kemampuan untuk cuba mempertahankan mahkota dua kejohanan utama ini.Tetapi bagi Piala FA segala-galanya terletak pada undian nanti.
Soalan: Adakah barisan pemain Kedah akan terasa tekanan dengan cabaran yang akan dihadapi musim ini dan bagaimanakah anda bercadang untuk mengatasinya?
Azraai: Mudah sahaja, pesanan saya kepada pemain adalah kita mampu mencapainya kerana Kedah boleh dan sudah pun membuktikannya. Keyakinan diri dan dan kemahuan setiap pemain bagi meraih kejayaan akan mengatasi segala rintangan yang bakal dilalui mereka kelak.
Soalan: Apakah yang sudah dibuat untuk mengatasi kelemahan musim lalu serta memastikan pasukan musim ini lebih mantap walaupun pemain anda sudah berjaya memenangi tiga piala musim lalu?
Azraai: Kelemahan ketara ialah ialah di bahagian sayap dan pertahanan kiri kerana Khyril Muhymeen kerap bersama pasukan kebangsaan dan Zafizan Hashim terlalu kerap diturunkan. Jadi saya mendapatkan khidmat Zirul Fitree dari Kelantan dan Ronny Harun dari Sabah yang berusia 23 tahun bagi mengisi bahagian yang dianggap lemah ini.
Soalan: Apakah rahsia berjaya mengekalkan ramai pemain musim lalu walaupun mereka mendapat tawaran lumayan dari pasukan lain?
Azraai: Barisan pemain muda kita sudah mula mendapat gaji lumayan dan mereka selesa dengan perkembangan pasukan. Mereka mahu terus menabur khidmat. Ia juga kesetiaan kepada negeri bermula dengan diri saya sendiri. Tidak ada tawaran yang dapat mengubah fikiran saya bersama pasukan lain kerana kesetiaan saya adalah bersama Kedah, seperti juga Radhi dan Ahmad Sobri Ismail.
Soalan: Apakah matlamat anda pada pertandingan Liga Juara-Juara AFC?
Azraai: Saya mahu memastikan kita sampai ke peringkat separuh akhir yang belum pernah dicapai oleh mana-mana pasukan tempatan pada kejohanan bertaraf antarabangsa ini.
Soalan: Bagaimanakah cara Azraai mahu meningkatkan keupayaan pasukan dari terbaik di Malaysia ke peringkat antarabangsa?
Azraai: Ketika ini pemain saya, khususnya yang muda sudah mula matang dan pendedahan di peringkat antarabangsa akan meningkatkan keupayaan mereka. Ini bukan sahaja akan menguntungkan Kedah malah pasukan Malaysia juga akan menikmati hasilnya nanti. Pendedahan kebanyakan pemain dengan pasukan di bawah umur kebangsaan sudah menampakkan hasil ketika mereka beraksi pada pertandingan tempatan dan ini juga akan berlaku dalam jangka masa lima tahun akan datang di peringkat antarabangsa.
Soalan: Berapa lama Azraai terpaksa bersabar sehingga dapat mencapai kejayaan yang meletakkan diri anda sebagai satu-satunya jurulatih tempatan yang berjaya menjuarai Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia dalam semusim?
Azraai: Saya terpaksa bersabar dari mula menjadi jurulatih pasukan Piala Presiden Kedah pada tahun 1990 dan ketika naluri saya menyatakan saya mampu membawa kejayaan kepada Kedah sebagai ketua jurulatih kalau diberi peluang. Hanya pada tahun 2004 Datuk Paduka Ahmad Basri Akil membawa saya ke Kedah sebagai ketua jurulatih serta melakarkan satu pembangunan bola sepak negeri bagi jangka panjang dan selepas empat tahun baru saya dapat capai cita-cita itu. Tanpa kerjasama daripada pengurus pasukan (Datuk Othman Aziz) dan penolong pengurus pasukan (Syed Khairul Syed Abidin) tidak mungkin pasukan Kedah dapat menikmati gemilang ini.
BIODATA:
* NAMA: Mohd Azraai Khor Abdullah
* TARIKH LAHIR: 25/10/1952
* ASAL: Alor Star, Kedah
* MAJIKAN: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA)
* STATUS: Sudah berkahwin
* NAMA ISTERI: Rohani Ibrahim
* ANAK: Mohd Firdaus, Siti Fairus dan Noor Azryena Khor
* PENGALAMAN: Mewakili Kedah dari 1969 - 1980; skuad Malaysia 1975 - 1978; jurulatih Piala Presiden Kedah 1990-1994 dan 1998, ketua jurulatih Kedah 2004 (sehingga kini)
INFO: Pencapaian Kedah
* 1940: Naib juara Piala Malaysia
* 1987/88/89: Naib juara Piala Malaysia
* 1990: Juara Piala Malaysia 1991: Juara Sumbangsih
* 1992: Naib juara Piala Malaysia
* 1993: Juara Piala Malaysia dan Juara Liga bahagian satu
* 1996: Juara Piala FA
* 1997: Juara Piala Sumbangsih
* 2005: Juara Liga Perdana
* 2007: Juara Piala FA, Juara Piala Liga Super dan Juara Pila Malaysia.
0 comments:
Post a Comment