Generasi keliru dan teori Ku Li
SEMASA dipanggil sebagai salah seorang ahli panel di Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia luar negara di Kuala Lumpur hujung minggu lalu, saya ada menyimpulkan mengenai generasi kita yang berada dalam keadaan keliru.
Saya berkata bahawa kita sedang berada dalam satu situasi yang sangat keliru atau terkeliru. Kekeliruan itu nampaknya melangkaui batas-batas yang kritikal. Ia merangkumi soal-soal asas yang terlalu penting. Isu bahasa apa yang perlu digunakan, isu bangsa dan kaum yang tidak habis-habis dibangkitkan, isu agama mana yang paling mulia, pembahagian ekonomi negara siapa yang perlu dapat lebih, isu meritokrasi dan pelbagai lagi. Pendek kata, hidup kita tiap-tiap hari bercakap, berbahas, berhujah mengenai isu-isu ini.
Kita juga sudah mulai melihat ''orang itu dan orang ini'' dengan penuh prasangka atau dengan dua pandangan yang berbeza. Kita tidak melihat sesuatu dengan objektif lagi, tapi negatif.
Apakah setelah 52 tahun merdeka, Malaysia masih lagi berada dalam proses percubaan? Satu proses untuk menentukan betul atau salah terhadap sesuatu dasar yang diperkenalkan?
0 comments:
Post a Comment