BISIK-BISIK

BISIK-BISIK

AWANG bersetuju dengan kenyataan Datuk Seri Dr. Rais Yatim bahawa telah terlalu banyak keluhan dan cemuhan berkaitan tindakan memperli agama atau mewujudkan situasi hasutan.

Ia perlu dikawal supaya tidak berterusan menjadi ancaman kepada keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum dan agama.

Kecaman pelbagai pihak dalam masyarakat kepada pelaku-pelaku yang mencetuskan ketegangan kaum perlu disusuli dengan tindakan undang-undang, jika ia mempunyai asas yang cukup.

Pihak-pihak berkuasa yang berkenaan perlu mengambil langkah-langkah setimpal, yang boleh menjadi pengajaran kepada pihak lain supaya tidak membangkitkan isu-isu yang boleh menyentuh sensitiviti kaum dan agama.

Jika tidak diambil tindakan dan dalam kadar yang pantas, ia boleh merebak menjadi satu gejala yang akhirnya sukar untuk dikawal.

Beberapa isu yang menyentuh sensitiviti agama kebelakangan ini sebenarnya patut dijadikan kes-kes yang boleh membendung menularnya elemen tidak peka terhadap hidup bermasyarakat di negara kita.

Bagi Awang, masa sudah tiba untuk bertindak secara perundangan ke atas kesalahan sedemikian rupa dan bukan sekadar menuntut permohonan maaf.

Awang - Tunggu.

0 comments: