KUALA LUMPUR 6 Nov. – Pendaki Gunung Everest wanita pertama negara, Marina Ahmad tidak menyangka kejayaannya menawan puncak tertinggi di dunia itu mendapat pengiktirafan Puteri UMNO dalam Perhimpunan Agung Tahunan pergerakan itu.
Marina, 26, berasa sungguh terharu kerana usahanya untuk membuktikan wanita juga mampu menawan puncak tertinggi dunia itu turut diiktiraf oleh parti politik negara.
“Saya berasa sungguh seronok dan terharu apabila dihargai dalam satu perhimpunan yang cukup besar ini,” katanya ketika ditemui di Pusat Dagangan Putra (PWTC) hari ini.
Pergerakan Puteri UMNO memberi penghargaan berbentuk cenderamata kepada wanita kebanggaan negara itu atas kejayaannya mengharumkan nama negara seterusnya mengangkat martabat wanita di persada dunia.
“Ketahanan mental sangat penting dalam mencapai sesuatu kejayaan di samping ketahanan fizikal dalam mengharungi segala cabaran,” ujarnya.
0 comments:
Post a Comment