Wed | Nov 07, 07 | 3:10:46 pm MYT
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Hrkh) -Menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin mungkin terlalu sibuk bersidang dalam Perhimpunan Agung Umno kali ini hingga tidak sempat membaca cemuhan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr Lim Kheng Yaik terhadap lembabnya kerajaan pimpinan bapa mertuanya dalam membuat keputusan, kata Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.
"Jika tidak, teruk Kheng Yaik dikerjakannya. Silap haribulan, 'diberukkan' sebagaimana beliau 'memberukkan' bakal peserta Himpunan Aman Bersih 10 November," kata beliau ketika mengulas menteri-menteri kanan Barisan Nasional yang kelihatan berbeza arah dengan Perdana Menteri.
"(Datuk Seri) Samy Vellu - Menteri Kabinet Pak Lah merajuk - tak nak sambut Deepavali tahun ini. Tak ada rumah terbuka pemimpin MIC Khamis ini - kata Samy (kenyataan tersebut ditarik balik beberapa jam kemudian).
"Kheng Yaik, seorang lagi Menteri Kabinet Pak Lah, tak kurang berani dan jantan. Hari ini, beliau mengambil peluang menyelar dan membedal kerajaan secara terbuka," kata Husam.
Kheng Yaik menyifatkan keputusan mengenai bekalan elektrik dari Empangan Bakun lambat dibuat.
Jika keputusan tidak dibuat dengan segera, katanya, "kita akan menjadi bahan ketawa terbesar di dunia ini apabila kita mengambil sehingga 15 tahun untuk menyiapkan Bakun..."
Mengenai tindakan Khairy menyifatkan rakyat yang akan berhimpunan menuntut demokrasi pada 10 November ini sebagai beruk, Husam hanya mengulasnya dengan sinis.
"Kali ini, beruk pilihan Khairy, selepas sebelum ini Khairy 'memonyetkan' bloggers. Hebat," katanya.
0 comments:
Post a Comment