KUALA LUMPUR 6 Nov. – Badan Pencegah Rasuah (BPR) menutup siasatan ke atas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan setelah mendapati beliau tidak terlibat dalam dakwaan rasuah dan salah guna kuasa.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, BPR hanya bertindak begitu setelah mendapati dakwaan itu tidak benar.
Tegasnya, Peguam Negara (Tan Sri Abdul Gani Patail) tidak pernah mengarahkan BPR untuk menghentikan siasatan ke atas beliau (Musa).
Menurut Mohamed Nazri, Peguam Negara tidak mempunyai hak untuk mengeluarkan arahan kepada BPR untuk menghentikan siasatan kes yang mempunyai elemen rasuah.
‘‘Apabila BPR kata siasatan mendapati dakwaan itu tidak benar maka pihak (BPR) berkenaan tutup kes bukannya Peguam Negara arah BPR untuk tutup siasatan.
‘‘Peguam Negara tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan arahan kepada BPR bagi menghentikan siasatan ke atas sesuatu kes yang dikaitkan dengan unsur rasuah,” katanya.
0 comments:
Post a Comment