Unit Penyertaan Bumiputera di setiap negeri

KUALA LUMPUR 6 Nov. – Pergerakan Pemuda UMNO Pahang menggesa diwujudkan Unit Penyertaan Bumiputera (UPB) di setiap negeri yang bertanggungjawab memastikan kaum itu tidak dipinggirkan dalam projek pembangunan ekonomi yang dilaksanakan kerajaan dan swasta.

Wakilnya, Datuk Khairuddin Yaakob berkata, langkah itu amat penting bagi menghapuskan kebimbangan bumiputera yang kini merasakan mereka seolah-olah dipinggirkan dalam projek pembangunan koridor yang dilancarkan oleh kerajaan.

‘‘Unit ini akan memastikan pelancaran koridor berkenaan benar-benar menguntungkan bumiputera dan bukan hanya menjadikan mereka sebagai pemerhati,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO pada Perhimpunan Agung Tahunan pergerakan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Khairuddin yang juga Ketua Pemuda UMNO Pahang berkata, agensi pelaksana projek koridor yang terdiri daripada syarikat milik kerajaan (GLC) juga perlu lebih berhati-hati bagi memastikan bumiputera tidak terpinggir.

0 comments: