Tue | Nov 06, 07 | 8:57:00 am MYT
Kuala Lumpur, 6 Nov (Hrkh) - Angkatan Muda KeADILan membantah keras cadangan kerajaan untuk mengenakan caj bagi kenderaan yang memasuki bandaraya Kuala Lumpur seperti yang diumumkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Dato' Seri Zulhasnan Rafique.
Ketua AMK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Md Zaman Md Tasi, pelaksanaan cadangan ini adalah tidak rasional dan tidak relevan untuk mengatasi masalah kesesakan lalulintas yang sering membungkam pengguna jalanraya untuk masuk ke pusat bandar.
Katanya, caj ini akan menambah beban yang tinggi khusus pekerja yang membeli rumah diluar Kuala Lumpur yang kebanyakkannya menetap di Puncak Alam, Rawang, Sg Buloh, Bangi, Kajang dan Seremban.
"Tindakan ini juga akan menyebabkan lumpuhnya penjualan rumah di luar Kuala Lumpur kerana pekerja tidak mampu menanggung kos kenaikan penggunaan kereta di samping pengangkutan awam yang tidak sampai ke kawasan mereka dan bayaran tambang yang dikenakan agak tinggi.
"Kerajaan, khususnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, harus peka bahawa masalah timbul akibat daripada sistem jalanraya yang tidak sesuai, dalam keadaan bandaraya besar seharusnya melaksanakan sistem jalan raya sehala untuk mengurangkan kesesakan lalulintas," katanya yang dipetik daripada Suara KeADILan online
Sebelum ini Dato' Seri Zulhasnan Rafique dilaporkan berkata, satu perbincangan dalam 'retreat' pada 27 November kelak akan membincangkan isu caj ini selain membincangkan isu-isu berkaitan kesesakan lalu lintas dan perkhidmatan pengangkutan awam di ibu negara yang akan turut membabitkan para pegawai daripada kementerian beliau sendiri, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kerja Raya. - mks.
0 comments:
Post a Comment