BUENOS AIRES: Wanita Pertama Cristina Fernandez de Kirchner bakal menjadi pemimpin wanita Argentina pertama yang dilantik selepas dengan mudah memenangi pilihan raya presiden yang sebahagian besarnya adalah pungutan suara untuk kejayaan ekonomi suaminya.
Fernandez memenangi pilihan raya Ahad lalu berikutan keputusan rasmi menunjukkan beliau mendapat lebih 40 peratus undi dan meninggalkan jauh lawan dekatnya bagi membolehkan beliau bertanding dalam undian bulan depan.
Dengan keputusan yang diperoleh daripada hampir dua pertiga pusat undian, Fernandez meraih 44.86 peratus sokongan diikuti bekas ahli Parlimen, Elisa Carrio, yang menerima 22.98 peratus undi.
“Ini satu kejayaan bagi semua rakyat Argentina,” kata Fernandez kepada penyokongnya yang bersorak di kubu kempen beliau.
“Selain meletakkan kita kepada kedudukan penting, ia memberikan kita tanggungjawab besar dan tugas yang berat,” katanya mengenai kemenangan beliau.
Pasangan Kirchner berkenaan dilihat sebagai pasangan yang tidak dicabar dan diberikan jolokan sebagai Clinton Selatan.
Fernandez, seorang peguam berusia 54 tahun adalah antara pembantu penting suaminya dan seorang senator sejak sekian lama.
Pengundinya berkata bahawa mereka berharap wanita terbabit akan mendalami bidang ekonomi daripada suaminya.
Selepas krisis ekonomi pada 2001-2002, ekonomi kedua terbesar Amerika Selatan itu bertukar kepada gaya China sehingga Kirchner menjadi presiden empat tahun lalu.
Pertumbuhan ekonomi meningkat lapan peratus setahun dikuatkan lagi dengan perbelanjaan pengguna yang kukuh dan eksport pertanian.
Walaupun Fernandez menerima penghargaan penduduk Argentina berikutan kenaikan ekonomi negara itu, beliau juga akan berhadapan dengan kebimbangan mengenai masalah inflasi yang tinggi, kekurangan tenaga dan persepsi di kalangan penduduk Argentina bahawa pasangan Kirchner akan memegang terlalu banyak kuasa. – Reuters
0 comments:
Post a Comment