Eksperimen protein ke Jepun hari ini

SEPANG 25 Okt. - Uji kaji pengkristalan protein yang dilaksanakan oleh angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor di angkasa lepas akan dihantar ke Jepun esok untuk dianalisis.

Ketua Delegasi Saintis Malaysia untuk Program Angkasawan Negara, Profesor Dr. A. Rahman A. Jamal berkata, hasil kajian itu dijangka diketahui dalam masa kira-kira sebulan.

“Untuk mengetahui protein itu ada atau tidak mudah saja, letak di bawah mikroskop, kita boleh nampak.

“Namun untuk tentukan protein lebih tulen berbanding hablur di Bumi akan ambil masa, mungkin selesai Disember ini,” katanya ketika ditemui sebaik tiba dari Moscow, Rusia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

A. Rahman yang juga Pengarah UMBI UKM berada di Moscow bersama beberapa saintis Malaysia sejak 18 September lalu bagi memantau dan menyelaras eksperimen yang dijalankan oleh angkasawan negara di Stesen Angkasa Lepas (ISS) selama 10 hari sebelum kembali ke Bumi pada Ahad lalu.

0 comments: