Dekorasi Ramadan

Dekorasi Ramadan


LAMPU berbentuk bulan sabit yang berwarna-warni menerangi bangunan Masjid Mohammed Al-Amin di Beirut.


SETIAP kali tibanya Ramadan, umat Islam di seluruh dunia pasti menghias kediaman, premis kedai dan tempat ibadah dengan lampu yang berwarna-warni.


TEMPAT suci Islam, Masjid Al-Aqsa bergemerlapan indah disinari cahaya lampu termasuk lampu berbentuk bulan sabit dan bintang di sekitarnya di Beirut.


Sesuai dengan keindahan ajaran suci Islam, pastinya masjid yang menjadi tempat berkumpul Muslimin dan Muslimat untuk mengadap Yang Maha Esa dihiasi dengan lampu-lampu yang pelbagai bentuk dan berwarna-warni.

Biasanya, bentuk bulan sabit dan bintang menjadi pilihan kerana kedua-duanya begitu sinonim dengan reka bentuk binaan masjid. Berikut dua buah masjid yang dihias indah sempena Ramadan tahun ini, iaitu Masjid Al-Aqsa di Jerusalem dan Masjid Mohammed Al-Amin di Beirut.

0 comments: