Peraduan istimewa Hari Raya

Peraduan istimewa Hari Raya


DENGAN memenangi peraduan ini, anda akan menerima wang tunai RM1,000 bagi mengadakan rumah terbuka di rumah sendiri. - Gambar hiasan


SEBANYAK 10 keluarga bertuah akan dipilih sebagai pemenang peraduan yang menawarkan hadiah wang tunai bagi mengadakan rumah terbuka di rumah anda sendiri sempena Aidilfitri ini.

"Dengan hanya menyertai peraduan Johnson's® Baby Istimewa Hari Raya, anda mungkin akan menjadi salah seorang daripada 10 keluarga bertuah untuk memenangi wang tunai RM1,000 untuk majlis rumah terbuka Hari Raya di rumah anda sendiri," kata Pengarah Urusan Johnson & Johnson Sdn. Bhd., Joyce Lee dalam satu kenyataan kepada Kosmo!

Untuk menyertainya, anda hanya perlu membeli mana-mana produk Johnson's® Baby bernilai RM20 ke atas dan sertakan resit bersama borang peraduan yang boleh didapati di pasar raya hiper dan pasar raya Giant di seluruh negara.

Nyatakan secara kreatif mengapa anda layak meraikan Hari Raya ini bersama 50 rakan dan keluarga di rumah terbuka yang ditaja oleh Johnson's® Baby. Penyertaan yang paling asli akan memenangi hadiah tunai untuk rumah terbuka Hari Raya yang menyeronokkan itu.

"Rumah terbuka begitu sinonim dengan sambutan Hari Raya. Kegembiraan bertemu sanak saudara dan rakan taulan, keceriaan berkongsi hidangan yang lazat serta sama-sama meraikan hari yang penuh bermakna ini telah lama tertanam dalam budaya rakyat Malaysia," tambahnya.

Menurutnya, kemerosotan ekonomi hari ini tidak sepatutnya menjejaskan kemeriahan sambutan Aidilfitri.

"Oleh itu, melalui peraduan ini, kami berharap hadiah wang tunai RM1,000 untuk setiap 10 keluarga yang menang akan menggembirakan mereka," katanya lagi.

Peraduan Jamuan Istimewa Hari Raya Johnson's® Baby akan bermula pada 1 September ini dan tamat pada 31 Oktober 2009.

0 comments: