Ketagihan membunuhnya membuak-buak

Ketagihan membunuhnya membuak-buak


Ryan


siri kedua

SELEPAS membunuh Guruh Setyo Pramono alias Guntur berusia 27 tahun, Verry Idham Hensyansyah, 31, atau lebih dikenali sebagai pembunuh bersiri Ryan semakin ketagih membunuh.

Walaupun dia didapati menjalani hidup luar tabii kerana melakukan hubungan seks sesama lelaki atau homoseks, tetapi keinginan untuk membunuhnya lebih kerana mengalami sakit jiwa dan sehingga membunuh memberi nikmat kepada dirinya.

Dalam pemeriksaan psikologi yang dilakukan oleh pakar-pakar jiwa Hospital Bhayangkara Jawa Timur, ternyata tidak ditemui tanda-tanda gangguan jiwa berat atau psikosis pada diri Ryan. Dalam perkataan mudah Ryan tidak gila.

Hidupnya sebagai homoseks tidak mempengaruhi perbuatannya dia membunuh, sebaliknya Ryan lebih kepada ketagih membunuh dan menikmati ketika dia melakukannya.

"Apa yang dia lakukan dia fahami, termasuk apa saja akibatnya. Dia benar-benar sedar ketika membunuh,'' kata Dr.Roni Subagyo, salah seorang anggota pakar jiwa.

Ketika mengadakan hubungan homoseksual itu, Ryan lebih bersifat sebagai wanita, tetapi ia tidak menyumbang kepada minat kepada perlakuan untuk membunuh.

"Semua orang boleh membunuh. Tidak hanya homoseksual,'' kata Dr. Roni Subagyo.

Roni menjelaskan, gangguan orientasi seksual Ryan disebabkan akibat trauma keluarga.

Selama proses ujian, pembunuh berdarah dingin itu mengatakan, dirinya sering terlibat permasalahan dengan ibunya.

Puncanya beragam. Salah satu di antaranya, kebencian Ryan kerana ibunya menikah tiga kali. Dia tidak menyukai pengalaman ibu kandungnya tersebut. Daripada situ timbul kebencian Ryan kepada kaum wanita dan dia lebih dekat dengan lelaki.

Hasil psikiatri terakhir adalah mengenai sifat Ryan. Hasil ujian kejiwaan menunjukkan, Ryan sangat sensitif dan cenderung agresif serta impulsif.

Ini bermakna Ryan memang tergolong orang yang mudah tersinggung dan marah. Dalam keadaan seperti itu, reaksinya mungkin berupa penyerangan terhadap orang lain.

Daripada hasil kesimpulan pemeriksaan jiwa terhadap Ryan, disimpulkan bahwa Ryan termasuk seorang psikopat atau gila. Psikopat adalah suatu keadaan psikologi yang ditandai dengan perilaku antisosial dan tidak normal yang berterusan.

Menurut fahaman Freud, ini disebabkan oleh gagalnya super ego mengontrol ego, id menjadi begitu besarnya untuk mendapatkan kepuasan, dan ego gagal menjadi penengah antara id dan super ego. Id adalah struktur keperibadian yang tidak teratur dan berupa dorongan atau keinginan dasar manusia.

Ego adalah bahagian daripada struktur keperibadian yang tersusun dan berupa fungsi pertahanan, persepsi, kecerdasan dan pengenalan serta pelaksanaan.

Super ego adalah bahagian daripada struktur keperibadian yang tersusun dan berupa tujuan spiritual, nilai-nilai norma yang dipelajari, berfungsi untuk mengkritik, mengendalikan, dan membatasi dorongan, fantasi, perasaan serta perbuatan.

0 comments: