KUALA LUMPUR 10 Okt. – Terdapat tiga krew bertugas di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) buat masa ini bagi Ekspedisi 15 iaitu Komander Fyodor Yurchikhin dan jurutera penerbangan Oleg Kotov dari Rusia serta jurutera penerbangan dari Amerika Syarikat (AS), Clayton Anderson.
Yurchikhin dan Kotov tiba di ISS pada 9 April lalu dengan kapal angkasa Soyuz TMA-10 manakala Anderson pula mendarat dengan Atlantis pada 10 Jun lalu.
Ketiga-tiga mereka kini melakukan persediaan bagi menerima tiga krew baru Ekspedisi 16 termasuk angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang dijadualkan tiba dengan kapal angkasa Soyuz TMA-11 Jumaat ini.
0 comments:
Post a Comment