Faiz pula ke angkasa selepas ini

KUALA LUMPUR 11 Okt. - Kapten Dr. Faiz Khaleed akan diberi tanggungjawab sebagai angkasawan kedua negara pada bila-bila masa, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata, Faiz kini sudah pun layak sebagai seorang angkasawan dan bersedia melaksanakan misi di angkasa lepas sekiranya mendapat tawaran dari pihak Rusia.

‘‘Malaysia akan meneruskan Program Angkasawan Negara pada masa depan.

‘‘Kalau ada tawaran dari pihak Rusia untuk menghantar Faiz dengan Soyuz pada misi akan datang, maka saya terima tawaran tersebut,’’ katanya ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan pelancaran angkasawan pertama negara ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, malam ini.

Sementara itu, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penghantaran angkasawan kedua negara akan ditentukan selepas kerajaan membuat kajian dari segi kewangan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kajian itu harus dilakukan kerana misi ke angkasa yang seterusnya perlu dibiayai dengan perbelanjaan sendiri.

0 comments: