BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

TAHNIAH kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terus bertekad untuk menjalankan siasatan kes rasuah tanpa mengira latar belakang seseorang, sama ada ia membabitkan ahli politik atau tidak.

Jelas sekali, SPRM dapat menyerap tekanan dan desakan dalam melaksanakan tanggungjawabnya walaupun sering berdepan dengan pelbagai tuduhan.

Jaminan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan untuk terus tidak membeza-bezakan siasatan ke atas sesiapa juga yang disyaki, sebenarnya selaras dengan tugas suruhanjaya itu yang perlu bebas, telus, berkesan dan profesional dalam membanteras rasuah.

Lagi pun semua individu mempunyai hak sama rata di sisi undang-undang negara ini.

Apa yang diluahkan oleh Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd. Shukri Abdull sebelum ini bahawa pihaknya bercadang membekukan sementara siasatan ke atas ahli politik, perlu menjadi renungan semua pihak.

Adalah sukar SPRM untuk menegakkan keadilan apabila SPRM merasakan ada pihak berterusan membuat tuduhan tidak berasas apabila pihak mereka disiasat.

Berlaku adillah kepada SPRM apabila kita sendiri mahukan ia berlaku adil.

Awang – Yakin.

0 comments: